Marrybrown Raikan Ulangtahun Ke-40 Dengan Ayam Gangjeong Korea Pedas Manis - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Marrybrown Raikan Ulangtahun Ke-40 Dengan Ayam Gangjeong Korea Pedas Manis

Trending

Marrybrown Raikan Ulangtahun Ke-40 Dengan Ayam Gangjeong Korea Pedas Manis

Marrybrown Raikan Ulangtahun Ke-40 Dengan Ayam Gangjeong Korea Pedas ManisBiarkan deria rasa anda lalui perjalanan yang lazat ke Korea dengan Ayam Gangjeong yang manis dan pedas daripada restoren fast food Marrybrown

Annyeonghaseyo Malaysia! Kebanyakan masakan Korea banyak yang bercitarasa pedas dan tidak lengkap tanpa menggunakan pes gochujang. Bagi masyarakat Korea, semakin pedas sesuatu makanan, ianya semakin sedap dan lazat.

Ayam Gangjeong Korea Marrybrown

Bersempena dengan Ulangtahun Ke-40 Marrybrown, mereka meraikannya dengan memperkenalkan menu terbaru Ayam Gangjeong, sentuhan inspirasi Korea dari Marrybrown yang bakal ditemui pada 8 April 2021 ini. Seiring dengan tagline something different selama 40 tahun, sekali lagi MB ingin membawa rakyat Malaysia alami dunia fenomena Korea dengan penangan makanannya yang pasti memenuhi citarasa anda.


Ayam Gangjeong Korea Disaluti Gabungan Mantap Sos Pedas Manis

Sejak dahulu lagi, Marrybrown akan sentiasa membawa rakyat Malaysia mengikuti pengembaraan gastronomi ini ke seluruh dunia dengan pelbagai citarasa menunya. Kali ini Marrybrown membawakan Ayam Gangjeong Korea daripada Marrybrown yang kini mendapat tempat dihati dan disukai rakyat Malaysia.

Ayam Gangjeong Korea Marrybrown

"Pencapaian kali ini adalah satu rahmat buat kami, terutamanya dalam menghadapi situasi yang tidak menentu. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah menjadikan makanan kami ini sebahagian daripada memori indah buat mereka," kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown Sdn. Bhd.

"Walaupun kita harus menjalani norma baharu, kami tahu kebanyakan rakyat Malaysia sedang kancheong untuk melancong ke luar negara sambil menikmati makanan budaya lain. Oleh itu, wahai rakyat Malaysia, jangan Gangjeong! kita pasti akan mendapat peluang itu. Untuk itu, biarlah kami yang membawa kegembiraan kepada anda dengan memperkenalkan makanan daripada pelbagai pelusuk dunia yang anda rindu atau tidak pernah anda alami," Dato' Joshua berkata.


Ayam Gangjeong Korea daripada Marrybrown ini disaluti dengan gabungan mantap sos pedas manis. Gabungan rasa yang pasti buat korang semua suka. Memang pedas terangkat tetapi sedap!

Penggemar Marrybrown boleh memilih untuk menikmati sama ada dua atau tiga ketul ayam dari Kombo Ayam Gangjeong yang bermula dengan harga RM 17.90. Penggemar juga boleh menikmati burger yang dihidangkan dengan charcoal bun iaitu Kombo Burger Gangjeong yang bermula dengan harga RM 15.90. Semua kombo ini disajikan dengan Potato Wedges dan segelas Coca-Cola® Rasa Asli.

Ayam Gangjeong Korea Marrybrown

Ayam Gangjeong Korea Marrybrown

Bagi mereka yang mahu menikmati kedua-dua Ayam Gangjeong dan Gangjeong Burger, Gangjeong Box adalah pilihan yang tepat. Set kombo ini dilengkapkan dengan Burger Gangjeong (boneless fried chicken dengan sos Gangjeong) dan dua ketul Ayam Gangjeong, juga termasuk segelas Coca-Cola® Rasa Asli dan Potato Wedges, yang berharga RM 25.80. Bagi mereka yang “tidak lengkap tiada nasi” tawaran terbaru Marrybrown rice bowl sangat sesuai untuk anda (nasi biasa bukan nasi lemak). Bermula dengan harga RM 11.90, Kombo Gangjeong Rice Bowl didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam.


● Gangjeong Rice Bowl Combo


Ayam Gangjeong Korea Marrybrown
Harga dari RM11.90

Ayam Gangjeong Korea Marrybrown

● Gangjeong Burger Combo


Ayam Gangjeong Korea Marrybrown
Harga dari RM15.90

● 2-pc Gangjeong Chicken Combo

Ayam Gangjeong Korea Marrybrown
Harga dari RM17.90

● 3-pc Gangjeong Chicken Combo


Ayam Gangjeong Korea Marrybrown
Harga dari RM21.90

● Gangjeong Box


Ayam Gangjeong Korea Marrybrown
Harga dari RM25.80

Kak Bell dah rasa ke semua menu Kombo Ayam Gangjeong ni termasuklah burger charcoal bun dia. Mula gigitan pertama terasa sos manisnya, kemudian sensasi pedas mula terasa. Untuk burger memang Kak Bell boleh makan terus, tapi ayam Gangjeong dia memang pedas. Walaupun pedas tapi sangatlah sedap. sebab. Nanti bolehlah bawa oppa ke, noona kesayangan korang Marrybrown untuk cuba sajian Korea yang memang sedap giler ni. Pedas-pedas manis yang memang fuhh berpeluh dibuatnya! Untuk review Ayam Gangjeong Marrybrown ni, pada Kak Bell memang sedap sangat. Nak kena repeat order!

Ayam Gangjeong Korea Marrybrown

Untuk menambahkan lebih tarikan, Marrybrown menawarkan peluang eksklusif kepada penggemar yang bersemangat untuk mendapatkan menu tersebut melalui pra-pesanan Shopee pada 4 April (4.4) yang telah jual lebih daripada 1,000 set hidangan pada hari tersebut. Sis bagi rating 4.1 bintang!


Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari Marrybrown.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post