Hi semua! Siapa yang tak kenal pasaraya hypermarket yang menjual pelbagai
keperluan seharian dan 100% Barangan Halal Lulu Hypermarket. Lulu
Hypermarket ni memang dah terkenal di seluruh dunia dan cawangan pertama
mereka terletak bersebelahan dengan Jakel Mall di Caps Square Kuala Lumpur,
Jalan Munshi Abdullah. Setelah mendapat sambutan baik di Malaysia, cawangan
kedua mereka dibuka di 1 Shamelin Mall, Cheras.
Pasaraya setempat Lulu Hypermarket yang semakin terkenal dan sudah mempunyai
pelanggannya yang tersendiri telah membuka store ketiga mereka di Setia City
Mall pada hari ini 31 Mac 2021. Jadi hari ini Kak Bell tidak melepaskan
peluang berkunjung ke Lulu Hypermarket Setia City Mall pada hari
pembukaannya berikutan tawaran pembukaan hebat bermula 31 Mac 202 sehingga 4
April 2021.
Lulu Hypermarket Setia City Mall Store Terbesar Dan Terluas
Untuk pengetahuan, Lulu Hypermarket Setia City Mall ini merupakan store
terbesar mereka. Store tersebut yang mempunyai 3 tingkat ruangan
membeli-belah dengan keluasan 150 ribu kaki persegi. Tingkat LG adalah
seluas 70 ribu kaki persegi menempatkan bahagian pasar raya, barangan segar,
coklat import berkualiti tinggi, kurma, kekacang, makanan panas, roti,
barangan penjagaan Kesihatan & Kecantikan dan banyak lagi.
Lantai UG yang seluas 40 ribu kaki persegi pula menempatkan Lulu Fashion
Store seperti saree, churidar dan juga pakaian tradisional Melayu. Manakala,
peralatan elektrik pula berada di lantai G.
Inaugural Offer 31 Mac 202-4 April 2021
Selain dari tawaran pembukaan 'Inaugural Offer' ini, terdapat juga tawaran
Ahlan Ramadan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi.
Untuk Promosi Ahlan Ramadan adalah di semua cawangan Lulu Hypermarket di
Malaysia tetapi tawaran khas pembukaan hanyalah di outlet Lulu Hypermarket
Setia City Mall sahaja.
Dari awal pagi lagi peminat setia pasaraya Lulu telah beratur panjang
sebelum pasaraya dibuka. Setelah dibuka hanya 500 pelanggan sahaja yang
dibenarkan masuk dengan pemberiaan kad masuk pelanggan bagi mematuhi garis
panduan keselamatan Covid-19.
Terdapat banyak produk yang ditawarkan pada harga yang sangat istimewa.
Antaranya seperti Milo 1kg RM11.95, Maggi Kari/Ayam (5 paket) RM1.88,
Mister Potato RM1.95, Beras Brasmathi Sunflower RM29 (harga asal RM60),
minyak masak, KitKat Value Pek, Twister Twin Pack RM8.89 dan banyak lagi.
Untuk barangan dengan harga menarik ni, boleh tengok tag harga promosi
dengan tulisan 'Inaugural Offer'.
Diantara bahagain yang menarik adalah Lulu Roastery section. Di sini
ada menyediakan macam-macam jenis pilihan kacang panggang dan juga buah
buahan kering seperti almond, buah gajus, buah kurma dan lain-lain. Untuk
memudahkan pelanggan terdapat stok kekacang yang telah dipek selain
pembelian secara timbang.
Dibahagian Medan Selera menghidangkan pelbagai jenis makanan yang 100%
HALAL. Ada pelbagai pastri, pencuci mulut dari Arab seperti Konafa, Mamool,
Basboosa, Baklawa, selain Nasi Briyani Ayam, Chicken Shawarma dan Kambing
Golek. Yang penting seekor kambing untuk hari pembukaan habis dijual. Memang
menyelerakan sungguh bila singgah ke bahagian makanan Lulu Hypermarket ni.
Nak makan di sana boleh, nak bungkus bawa balik pun tiada masalah.
Seterusnya untuk tingkat atas ada dijual barangan elektrik, stationary,
luggage dan bahagian sukan. Sampai sahaja bahagian ni, dah ramai pelanggan
sambar Smart TV sebab harga murah sangat-sangat. Smart TV Samsung Crystal
UHD 55 inci model TU6900 dijual pada harga RM1699 sahaja! Nasib baiklah baru
sahaja beli TV, jenama sama pulak tu tetapi lebih murah di Lulu Hypermarket.
Barangan elektrik lain seperti mesin basuh Samsung Top Load 7kg berharga
RM549, Sharp Microwave Oven 20L RM189 dan banyak lagi dan semuanya ada
tawaran hebat. Kak Bell cuma beli 2 buah blender Phillips sahaja pada harga
RM69x2 (harga asal RM131).
Bagi yang hendak mencari kain saree, churidar dan seumpamanya, jangan lupa
membeli-belah di bahagian Lulu Celebrate. Apa yang anda boleh
dapatkan di segmen ini adalah kain terbaik untuk nak buat saree, baju kurung
sehinggalah ke pakaian Punjabi. Kain sutera yang terdapat di LuLu pula
diimport khas dari India. Rambang mata dibuatnya bila nampak fabrik dan
warna yang pelbagai.
Diantara bahagian yang Kak Bell suka adalah bahagian sayuran dan barang
basah. Di Lulu Hypermarket kawasan barang basahnya kemas dan bersih. Memang
tersusun dan memeudahkan. Kalau datang ke sini sebelum 4 April 2021,
jangan lupa untuk dapatkan ayam. Harga sekilo adalah RM3.99 sahaja. Ikan
siakap RM10.99 sekilo, ikan bawal emas RM19.99 sekilo, Indian Buffalo Cube
Frozen RM17.99 sekilo dan telur segar saiz C RM5.99 sahaja.
Di Lulu Setia City Mall, pelanggan akan selesa membeli-belah kerana ruang
niaga yang kemas tersusun dan luas. Pendek kata, semua keperluan harian dan
keperluan yang kita perlukan sempena bulan Ramadhan nanti pun ada. Lulu
Hypermarket juga menjanjikan tempat letak kenderaan yang mencukupi dengan
lebih daripada 400 tempat letak kenderaan terbuka serta terdapat tempat
letak kenderaan tertutup di setiap tingkat juga.
Untuk pembukaan hari ini, 1000 pelanggan pertama yang berbelanja RM50 ke
atas akan diberikan 'goodies bag' dari Lulu.
Bagi anda semua jangan lupa datang membeli-belah dengan harga tawaran
istimewa bermula dari 31 Mac 2021 sehingga 4 April 2021 sahaja. Jangan
lepaskan peluang untuk membeli-belah di Lulu Hypermarket Setia City Mall dan
berjimat besar!
Persiaran Setia Dagang,
Setia Alam, 40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/
http://malaysia.luluhypermarket.com/MY/all