Jom Sertai Peraduan Makan dan Menang Produk LengQuas Dan Menang Hadiah Sehingga RM100,000 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Jom Sertai Peraduan Makan dan Menang Produk LengQuas Dan Menang Hadiah Sehingga RM100,000

Trending

Jom Sertai Peraduan Makan dan Menang Produk LengQuas Dan Menang Hadiah Sehingga RM100,000

Hai semua! Berbaki kurang 10 hari sahaja lagi bulan Ramadhan yang mulia bakal datang. Sekejap sahaja setahun sudah berlalu. Mesti dalam minggu ini kebanyakkan dari kita telah pun membuat persiapan bagi meyambut bulan puasa dengan persediaan stok bahan mentah untuk bersahur dan berbuka nanti.


Kalau Kak Bell di awal minggu Ramadhan memang rajin lah juga memasak untuk sahur atau berbuka. Kalau dah datang malas memang beli sahajalah jawabnya. Untuk memudahkan persiapan untuk berpuasa nanti, apa kata anda semua mencuba produk makanan sejuk beku atau ready to-eat dari jenama LengQuas. Kurang dari 5 minit sahaja masuk dalam microwave dah siap sedia untuk di makan panas.


LengQuas Menyediakan 21 Menu Pilihan Produk Ready-To-Eat

LengQuas merupakan produk makanan sejuk beku keluaran Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) di bawah KOPETRO Food Sdn. Bhd. yang menyediakan hidangan segera pelbagai lauk-pauk tradisional. Kesemua produk LengQuas berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.


Di antara produk menjadi jualan tertinggi adalah Paru Goreng Berlado, Daging Masak Hitam dan Daging Dendeng. Harganya juga berpatutan bermula dari RM6-RM10 bergantung kepada pilihan sama ada ayam atau daging. Kak Bell kalau di office malas nak keluar makan, memang akan beli produk ready-to-eat. Hanya panaskan dalam microwave, kemudian melahap. Mudah kan!

Kak Bell dah cuba 8 jenis menu dari kesemua menu pilihan yang ada. Memang terbaik sedap dan Kak Bell suggest korang cuba menu Paru Goreng Berlado, Daging Masak Hitam dan Daging Dendeng.





Berikut merupakan 21 menu produk sejuk beku LengQuas. Semuanya menu masakan tradisional yang sedap dan menyelerakan. Tak perlu bersusah-payah berperang di dapur nak masak masakan yang sedap.

1) Beef Stew
2) Chicken Glaze
3) Daging Lemak Kuning
4) Kari Daging
5) Daging Asam Pedas
6) Daging Dendeng
7) Kuah Kacang
8) Daging Masak Hitam
9) Ayam Masak Hitam
10) Rendang Ayam
11) Ayam Percik
12) Paru Goreng Berlada
13) Sambal Ikan Bilis
14) Ayam Masak Merah
15) Nasi Briyani Ayam Rendang
16) Nasi Putih Daging Masak Hitam
17) Nasi Minyak Ayam Percik
18) Nasi Hujan Panas Ayam Kurma
19) Nasi Briyani Ayam Masak Merah
20) Nasi Ayam Kukus
21) Nasi Lemak Ikan Bilis


Kini LengQuas mempunyai 245 orang ejen dan pengedar jualan yang telah dilantik di setiap negeri di antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lebih ramai lagi ejen di negeri-negeri lain bagi meluaskan pasaran produk LengQuas.

Untuk membuat pembelian produk LengQuas, pelanggan boleh berhubung terus ke talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd di 60 17-319 5764, atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas. Produk LengQuas juga dijual di 7-Eleven, MyNews, Stesen Minyak Petronas dan pasaraya terpilih berdekatan anda.


Peraduan Makan dan Menang Produk LengQuas Dan Menang Hadiah Sehingga RM100,000

Berita baik buat anda yang suka masuk peraduan. 1 April lalu, KOPETRO telah melancarkan peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas. Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.



Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil bin Abd Lateff, peraduan ini adalah salah satu langkah KOPETRO untuk memperkasakan lagi jenama LengQuas dalam industri makanan tempatan.

“Sejak mendapat liputan media pada Disember 2020, permintaan terhadap produk LengQuas semakin memberangsangkan. Jadi kami menganjurkan pertandingan ini untuk memeriahkan lagi penjualan produk LengQuas, lebih-lebih lagi apabila Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi.”

Tambahnya lagi, penyertaan untuk peraduan ini sangat mudah, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20, imbas kod QR yang disediakan, jawab soalan mudah dan sertakan resit pembelian sebagai bukti penyertaan.


Cara penyertaan peraduan:
1) Perlu beli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20 dalam satu resit
2) Imbas kod QR yang disediakan isi maklumat diri.
3) Jawab soalan mudah dan muatnaik resit pembelian sebagai bukti penyertaan


Anda boleh memenangi hadiah istimewa iaitu Thermomix yang bernilai RM 10,000. Seronoknya kalau dapat menang alat memasak Thermomix ni. Memang idaman bagi yang suka memasak.

Selain dari penyertaan umum, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan. Bagi penyertaan umum, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan, manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan.


Mengenai Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO)

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai 17,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan.


Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 5 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The BrandLaureate e-Branding Awards 2020 bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards.

Untuk maklumat lanjut mengenai KOPETRO dan LengQuas, and aboleh rujuk laman sesawang di bawah. Apa lagi, jom dapatkan produk LengQuas, sertai peraduan dan berpeluang menang hadiah menarik.

KOPETRO
www.kopetro.com.my
www.facebook.com/kopetroberhad
www.instagram.com/kopetroberhad


LengQuas
www.facebook.com/lengquas.official
www.instagram.com/lengquas.official
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post