Garci Pro Gel Berjaya Bantu Kurangkan Masalah Kebas & Lenguh Badan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Garci Pro Gel Berjaya Bantu Kurangkan Masalah Kebas & Lenguh Badan

Trending

Garci Pro Gel Berjaya Bantu Kurangkan Masalah Kebas & Lenguh Badan

Pendahuluan

Mesti di antara kita pernah berhadapan dengan masalah lenguh atau kebas di bahagian kaki, tangan malahan di seluruh badan. Keadaan ini boleh dialami sesiapa saja apabila duduk bersila atau bersimpuh di atas lantai dalam tempoh yang lama. Memang membuatkan kita rasa tidak selesa dan kita mesti mencari solusi bagi mengurangkan rasa kebas dan untuk keselesaan.

Garci Pro Gel


Kak Bell sendiri pun selalu hadapi ketidakselasaan begini. Memang tak boleh berdiri terlalu lama ketika di dapur, tak boleh bersimpuh terlalu lama dan kerap juga mengalami kekejangan otot kaki atau 'kaki cramp'. Di kalangan masyarakat Melayu, kekejangan otot kaki ini dipanggil ‘simpul mengkarung’ atau ‘simpul biawak’ dan biasanya tidaklah membawa kemudaratan. Tetapi sakitnya bila kaki tiba-tiba kejang tu memang lain macam. Memang luar biasa sakitnya.

Apa yang Kak Bell buat bila dah kejang kaki, tolak perlahan-lahan jari kaki biar menaik dengan menggunakan tangan dan tunggu kekejang otot reda, ambil minyak panas dan urut tapak kaki biar darah mengalir semua dengan baik dan lancar. Yang tak bestnya bau minyak panas kuat sangat dan kadangkala boleh menggelupur panas!

Garci Pro Gel

Al-kisahnya baru-baru ni Kak Bell ternampak satu produk Massage Gel yang boleh menghilangkan kebas, lenguh kaki tangan dan sakit belakang. Disebabkan banyak maklumbalas positif oleh pengguna dan testimoni garci pro tentang keberkesanannya, jadi Kak Bell cubalah Garci Pro Gel. Akhirnya terbukti yang produk ini berjaya bantu mengatasi dan mengurangkan masalah kebas, lenguh badan, kaki cramp dan sakit belakang yang Kak Bell alami. Dah benda baik, barang baik, jadi Kak Bell nak kongsikan dengan pembaca semua tentang massage gel review ni setelah mencubanya.

Gel Urut Garci Pro Menggunakan Bahan Semulajadi Dari Australia

Garci Pro Gel ini merupakan produk kesihatan gel urutan yang dikeluarkan oleh MISG Global. Ianya bagus untuk menghilangkan rasa lenguh dan sakit bukan sahaja di kaki malah satu badan pun boleh sapu.

Garci Pro Gel


Ianya diformulasi daripada bahan semulajadi yang diimport khas dari Australia yang dihasilkan dari minyak kayu putih atau lebih dikenali sebagai Eucalyptus Oil yang dapat membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan otot. Selain dari tu, ingredients yang lain seperti peppermint, aloe vera, minyak argan, teh dan epal hijau.

Gel Garcipro ini menggunakan 100% herba dan juga telah mendapat kelulusan KKM (NOT180400360K). Jadi tak perlu risaukan kesan sampingan penggunaanya dalam jangkamasa panjang atau pendek dan ianya selamat digunakan. Produk ini mampu membantu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf dan ia amat mudah meresap ke dalam kulit kerana telah di hasilkan menggunakan teknologi nano.

Gel Garci-Pro sesuai digunakan oleh semua golongan termasuk lelaki mahupun wanita, terutama sekali yang mempunyai masalah seperti sakit kebas, saraf, lutut, tumit, membantu proses rawatan strok dan sebagainya. Selain itu, gel ini juga amat sesuai untuk ahli sukan atau individu yang aktif. Bila lakukan aktiviti sukan secara aktif mesti kerap kali terjadi masalah kaki cramp kan?

Berikut adalah diantara manfaat gel ini dan Kak Bell sarankan korang semua untuk cuba sendiri untuk rasa sendiri keberkesanannya.

Manfaat Dan Khasiat Gel Garci-Pro

✔ Membantu melancarkan pengaliran darah dan merawat saluran darah tersumbat
✔ Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan
✔ Membantu merawat urat saraf yang rosak penyebab kebas
✔ Membantu melegakan kekejangan otot dan sendi
✔ Melegakan sakit urat dan sakit lutut
✔ Membantu mengurangi risiko strok dan serangan jantung mengejut
✔ Melegakan selsema dan pening kepala
✔ Melegakan sakit perut/senggugut
✔ Membuang angin dalam badan


Bagaimana Cara Nak Guna Garci-Pro Gel?

Cara guna memang mudah sahaja kerana ianya datang dalam bentuk gel/lotion. Mula-mula gel disapu, kita akan rasa berangin. Kemudian, ia akan bagi cooling effect. Yang penting ianya tidak memberikan kesan panas macam minyak panas yang selalu Kak Bell pakai. Memang best sangat!

Garci Pro Gel

  1. Letakkan sedikit gel di telapak tangan dan ratakan.
  2. Sapu di tempat yang terasa kebas dan sengal-sengal.
  3. Gel ini akan meresap ke dalam kulit lalu membaik pulih sistem saraf dan pengaliran darah sekaligus mengurangkan rasa kebas/sesemut pada kulit.
  4. Rasainya kesannya dalam beberapa minit kemudian.

Bila apply gel garci pro lotion di kawasan yang sakit, Gel Kayu Putih ini akan beri rasa sejuk, dingin, tidak panas. Kak Bell suka tekstur gel dia yang pantas meresap dalam kulit dan tidak melekit langsung! Baunya pun menyegarkan (bau aromaterapi). Lepas sapu 3 kali sehari selama 2 hari, terus ada perubahan. Kak Bell sekadar sapu saja, tak perlu nak urut bagai pun dah terasa kesan penggunaannya.

Garci Pro Gel


Selain dari masalah seperti yang Kak Bell alami, khasiat gel garci pro ni pun banyak. Ia juga dapat membantu masalah-masalah berikut:

  • Kebas kaki dan tangan (Melancarkan aliran darah di bahagian kebas)
  • Sakit dari pinggang ke bawah
  • Lenguh tengkuk/leher
  • Sakit lutut
  • Sakit dan lenguh sendi
  • Strok separuh badan (Mengelak risiko strok dan serangan jantung mengejut)
  • Frozen Finger
  • Frozen Shoulder
  • Sakit Saraf
  • Sakit tumit menyucuk
  • Angin dalam badan

Berikut adalah tips untuk penggunaannya mengikut situasi dan keadaan sakit yang dialami oleh korang dan Kak Bell sertakan sekali video tentang produk ini.


Sakit kebas kurang dari 6 bulan - Di nasihatkan guna 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur.
Sakit kebas lebih dari setahun dan strok angin ahmar - Dinasihatkan supaya sapu gel 4 jam sekali.


Garci Pro Gel

Sekarang ni memang Kak Bell seronok sangat sebab dapat kurangkan masalah sakit belakang, leguh-lenguh badan dan kebas yang Kak Bell alami. Memang hidup ini lebih indah tanpa sakit dan sengal badan dan kaki. Harga Garci-Pro Gel lotion ni adalah RM90. Kalau korang nak dapatkan harga yang lebih murah, boleh beli 2 pada harga RM170 dan dapat percuma 1. Untung kot dapat 3 botol pada harga RM170! Kak Bell pun dah beli dan pos pada orang tua di kampung.

Buat korang yang ada alami masalah kebas dan sakit-sakit yang Kak Bell beritahu tadi, bolehlah cuba sendiri untuk tahu keberkesanan GarciPro Gel ini. Mesti tak cari gel urut yang lain. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk info di bawah.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post