MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

Trending

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik | Hi semua! Berikutan wabak COVID-19 yang masih melanda, adalah penting bagi semua orang memberikan lebih perhatian untuk meningkatkan tahap kesihatan dari segi kesihatan mental, fizikal dan ketahanan badan.

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

Salah satu kaedah berkesan untuk meningkatkan kadar imuniti dan ketahanan tubuh badan adalah melalui pengambilan nutrien yang baik dan pilihan makanan yang sihat. 'Eating Clean' adalah salah satu cara terbaik untuk kita mula menjaga tubuh kita dengan meningkatkan kadar pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, kurangkan pengambilan processed food dan sebagainya.

Walaupun Kak Bell boleh makan apa jua jenis buah dan sayur, tetapi disebabkan pengambilan buah-buahan segar tidak dijadikan rutin dalam kehidupan seharian, jadinya Kak Bell jarang makan buah-buahan.

Buah-buahan adalah sumber vitamin dan mineral penting, dan kaya dengan serat. Buah-buahan juga mempunyai antioksidan dan flavonoid yang dapat meningkatkan tahap kesihatan. Pengambilan kuantiti buah dan sayuran yang tinggi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko seseorang terkena penyakit seperti jantung, barah, radang, dan diabetes.


Hanya Buah-Buahan Segar Di MBG Selayang Fruits Hub

Dalam menghadapi cabaran pandemik sekarang, ramai yang kehilangan pekerjaan dan hilang punca pendapatan. Demi meneruskan kehidupan, banyak cara dilakukan untuk menambah pendapatan dan rezeki masing-masing. Ada juga yang membeli buah-buahan dari pasar borong dan menjualnya secara atas talian (wholesale fruits online) dan mampu menjana keuntungan.

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

Menyedari kebaikan buah-buahan dan kebaikannya untuk imunisasi badan, baru-baru ini Kak Bell berkunjung ke MBG Selayang Fruits Hub bagi mendapatkan stok buah-buahan. Selalu kalau balik ke Rawang, memang nampak signboard MBG ni selepas bulatan Batu Caves. Baru sekarang Kak Bell menyinggah ke sini.

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik
MBG Selayang wholesale market

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik
En. Adnan Lee, pemilik MBG Selayang Fruits Hub (MBG fruit owner)

MBG Selayang Fruits Hub ini mula bertapak sejak tahun 1975, dimana perniagaan buah-buahan ini merupakan legasi dari keluarga pemiliknya, En Adnan Lee. Setelah diambil alih perniagaan ini pada tahun 1995, En Adnan Lee telah berjaya membuka outlet pertama MBG di Avenue K, Jalan Ampang dan seterusnya berkembang maju ke hari ini. Maksud bagi MBG adalah 'Money Back Guarantee' di mana setiap pembelian yang pelanggan buat adalah berbaloi kerana MBG hanya menjual buah yang segar dan terbaik buat pelanggan mereka.


MBG Selayang Fruits Hub Pusat Sehenti Buah-Buahan Tempatan Dan Import

MBG Selayang Fruits Hub (Selayang fruits supplier) yang menjadi One-stop-shop atau pusat sehenti untuk pelbagai jenis buah-buahan segar tempatan dan luar negara ini diperolehi secara terus oleh pihak MBG daripada petani dan pengimport. Semua buah-buahan tersebut akan disimpan di dalam sebuah bilik berhawa dingin bersuhu 2-3 darjah selsius untuk memastikan buah segar dan tahan lama.

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik
Great harvest fruits
 
MBG Selayang Fruits Hub sekarang mengimport buah-buahan dari 40 buah negara seperti Chile, US, California, Egypt, Kazashtan dan lain-lain lagi. Buah-buahan yang diimport dari negara Timmur Tengah khususnya yang ditanam di negara Eutopia menghasilkan hasil buah yang segar dan sihat berikutan galian mineral yang didapati dari sungai Nil yang panjangnya 6,853 km (4,258 mi/batu). Selain suhunya yang panas, kelembapan rendah, penanaman buah di sana tidak memerlukan penggunaan racun perosak yang banyak. Jadi kos akan lebih murah.

Apa yang menarik, di MBG anda boleh mendapatkan buah-buahan yang 'rare' atau jarang dijual dimana-mana kedai. Anda boleh cuba buah Ecuador Piyata Yellow Dragon Fruit, Japan Fruits, Fresh Fiq, korea Strawberry, Barhi Dates, Passion Fruits, Cherry, Saphire Grapes dan banyak lagi yang jarang kita jumpa di sini.

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik
MBG fruit basket

Di MBG Selayang Fruits Hub terdapat 4 bahagian yang terdiri daripada Retail Section, Chilled Fruits Section , Warehouse Area dan Wholesale/Bulk Buy. Kak Bell sempat melihat sendiri keadaan di dalam bilik berhawa dingin untuk penyimpanan. Memang besar tempatnya dan di setiap rak menempat kan hingga beratus-ratus karton buah macam rak-rak jualan di IKEA, tapi IKEA untuk buahlah!


Wholesale/Bulk Buy Section
 
MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

Warehouse Area

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

Retail Section

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

Chilled Fruits Section

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

Banyak juga informasi yang dikongsikan oleh En. Adnan tentang bisnes perniagaan buah dan juga cara penyimpanannya. Diantara ruang penyimpanan sejuk dan ruang luar yang berhawa panas, ada satu ruangan khas ditengahnya. Ianya untuk memastikan chilled room sentiasa kekal suhunya ketika pekerja keluar masuk dari bahagian sejuk ke ruang luar.


Menawarkan Harga Borong Termurah

Buat masa ini MBG mempunyai 35% buah-buahan tempatan (termasuk Thailand) dan 65% merupakan buah import. Anda boleh sahaja datang ke MBG untuk membeli secara pukal atau kuantiti sedikit. Paling best pembelian anda pasti menguntungkan kerana anda boleh dapatkan harga belian 20% hingga 50% lebih murah berbanding tempat lain. Semua buah boleh dibeli dengan harga borong yang murah supaya lebih ramai orang boleh menceburi bidang ini.

MBG Wholesale Fruits Selayang Tempat Dapatkan Buah-Buahan Segar Terbaik

Where to buy wholesale fruits?

Bagi mereka yang ingin membeli stok buah secara pukal untuk jualan sendiri atau membuat perniagaan online penghantaran buah-buahan pada masa wabak ini, memang disarankan datang ke MBG Selayang Fruits Hub sebab murah dan segar. Tambahan dah dekat Ramadan dan Hari Raya, memang masa yang tepat untuk membeli buah-buahan dengan lebih hemat.

Kak Bell sendiri dah rasa beberapa jenis buah dari MBG seperti buah lai, Ecuador Piyata Yellow Dragon Fruit, anggur, limau, buah tin dan kurma segar dan ternyata buah MBG memang sangat segar dan manis. Jangan ingat semua buah yang di beli mempunyai rasa yang sama ya. Lokasi penanaman, cara penanaman dan penyimpanan juga turut memberikan kesan terhadap rasa buah-buah tersebut. Kalau tak percaya cuba dapatkan buah dari MBG dan perbandingan. Memang sesuai dengan motto "Money Back Guarantee"!


Bagi anda yang ingin membuat tempahan atau pembelian, boleh hubungi nombor di bawah dan rujuk laman sesawang MBG Fruits Selayang untuk maklumat lanjut.

MBG Selayang Wholesale Fruit Market Address 
Lot 639, Jalan Batu Hampar,
Off Jalan Ipoh, Batu 7,
68100, Selayang, Kuala Lumpur.

Tel: 0162798603 (Azmer) 0166824603 (Azizeh)
Buka Isnin - Jumaat (5.00AM - 6.00PM)

MBG website: https://mbg.com.my
FB: https://www.facebook.com/mbgfruit
IG: https://instagram.com/mbgfruitshop

where to buy wholesale fruits, wholesale fruit market in kuala lumpur, selayang wholesale fruit market address, mbg fruit shop near me, wholesale fruits online, mbg fruit owner, selayang fruits supplier, wholesale fruits near me, selayang wholesale market, mbg wholesale selayang,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post