Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub | Buat penggemar hidangan steak pasti tidak asing dengan Me’nate Steak Hub,
sebuah jenama restoran yang tidak asing lagi dan antara steakhouse Halal
terbaik di Malaysia buat masa ini. Sempena Ramadan kali ini (13 april 2021), Me’nate steak
hub juga tidak ketinggalan turut serta dalam memeriahkannya dengan kempen
istimewa buffet Ramadan 2021 mereka.
Tahun ini Me'nate masih mengekalkan hidangan buffet berbuka puasa dengan
mematuhi SOP yang di tetapkan oleh KKM. Masa ibadah puasa tahun lalu, semua operasi hab
makanan yang menawarkan buffet berbuka puasa terpaksa menghentikan sementara
operasi mereka berikutan pandemik Covid-19. Alhamdulilah setelah setahun
berlalu dan keadaan yang semakin terkawal, minggu lalu Kak Bell berpeluang
hadir untuk menkmati hidangan yang bakal ditawarkan bersempena istimewa
Ramadhan Me'nate Steak Hub bagi Ramadhan tahun ini. Buat pengunjung terutamanya umat Islam yang berpuasa bolehlah ke sini untuk buka puasa.
Kempen buffet ramadhan 2021 kali ini bakal menyajikan lebih daripada 70 hidangan
dari pelbagai pilihan menu makanan barat dan tempatan. Selain itu juga
Me’nate Steak Hub ada menyediakan pakej Ramadan Special Group Steak
untuk pelanggan-pelanggan mereka.
Roasted Whole Lamb + Mandhi Rice
Roasted Whole Chicken
Setiap menu Ramadan kali ini disediakan oleh Chef-Chef Me’nate yang
berpengalaman dan sudah pasti ianya mengikut kepelbagaian citarasa para
pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate. Jom lihat apa menu menarik
untuk Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub tahun 2021.
"Masih mengekalkan konsep tradisi Me’nate, kami masih mengekalkan menu steak dan makanan barat dan Mediterranean sebagai pilihan utama sajian. Istimewanya Kambing Panggang Bukhari bersama nasi Mandhi menjadi taruhan untuk memuaskan para pelanggan yang meminati kambing panggang. Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Tomato, Mee Soto,Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow yang di goreng panas dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan."
Sajian Utama Tempatan
Teriyaki Chicken Drummets With Sesame
Moroccan Roasted Chicken
BBQ Buffalo Wings
Buttered Mix Vegetables
Spicy Black Mussel In Garlic Lemon Sauce
Sajian Makanan Barat Dan Mediterranean
Tomato Baked Meatballs
Spaghetti Aglio Olio Beef
Fettuccine Chicken Alfredo
Penne Arabiata
Linguine Alle Vongole
Pencuci Mulut Dan Kuih-Muih
ABC Stall
Tawaran Harga Menarik Di Bawah Bajet RM100
Pakej buffet ramadan kali ini menawarkan harga yang sangat berbaloi di bawah
RM100 iaitu RM89.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak, manakala
bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan sebarang
bayaran. Untuk warga emas Kak bell tak jumpa pula harganya.
Untuk setiap tempahan early bird pihak Me’nate akan memberi potongan sebanyak
10% hingga ke 30% bergantung terma dan syarat.
Bagi memenuhi permintaan pelanggan di Ramadan 2021 ini yang menggemari
daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium
yang boleh di nikmati seisi keluarga dengan harga yang berpatutan iaitu
hidangan "GROUP STEAK" FAMILY PLATTER.
Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A (PREMIUM FAMILY PACKAGE)
dan SET B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE) dimana satu set boleh dimakan
sehingga 5 ke 6 orang.
Terdapat sehingga sebelas menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER
ini dan hidangan pemanis mulut/dessert diberikan secara PERCUMA dari
kaunter buffet. Yang pastinya hidangan dalam FAMILY PLATTER ini masih
mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk
pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali
ini. Kepada yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai
pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk
keluarga anda.
Me'nate Steak Hub Memperkenalkan Produk Sejuk Beku MeatLab
Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me’nate turut
memperkenalkan produk sejuk beku terbaru mereka iaitu jenama MeatLab.
Produk sejuk beku ini boleh di jadikan hidangan berbuka bila di rumah atau
sebagai ole-ole semasa balik ke kampung dan juga semasa menyambut Hari
Raya Aidilfitri nanti.
Terdapat 5 jenis pilihan yang boleh nikmati iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb
Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu
MeatLab juga akan memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena bulan Ramadhan dan Aidilfitri ini.
BBQ Beef Ribs
Lamb Shabu
Lamb Shank
Tawaran Diskaun Korporat Untuk Projek CSR
Me’nate juga ingin menjemput Syarikat atau badan-badan Korporat serta
individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan
sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate contoh
seperti majlis buka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang
ramadan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang
berminat.
Buat masa ini restoran Me’nate Steak Hub mempunyai 7 (tujuh) cawangan di
seluruh Malaysia yang berada di Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam,
Seremban, Melaka serta Johor Bahru tetapi hanya enam (6) sahaja cawangan
yang menganjurkanya Buffet Ramadan kecuali di Ampang Kuala Lumpur yang hanya
menyediakan menu Istimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef bersama nasi
Bukhari yang boleh di nikmati empat hingga ke lima orang. Selain itu di
Me’nate Steak Hub Ampang juga ada menyediakan pakej Istimewa Group Steak
Iftar untuk lima hingga ke enam orang, sesuai untuk di nikmati seisi
keluarga dan juga pakej Istimewa Iftar untuk 2 orang.
Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para
pelanggan menunaikan ibadah solat.
Para pelanggan dan Syarikat yang berminat boleh menghubungi
cawangan-cawangan Me’nate Steak Hub terdekat untuk membuat tempahan atau
bertanya tentang pakej yang disediakan melalui nombor di bawah.
Pakej Buffet Ramadan • Pakej Group Steak • Ala Carte
• SETAPAK +6019 3911 047• SHAH ALAM +6019 4771 047
• BANGI +6019 2611 047
• SEREMBAN +6014 3511 047
• MELAKA +6014 6040 047
• JOHOR BAHRU +6013 7510 347
Pakej Heavenly Beef/Lamb • Pakej 2 Pax • Pakej Group Steak • Ala Carte
• AMPANG +6016 8795 947Maklumat lanjut, layari sesawang berikut:
Website: https://menate.com.my/
FB: https://www.facebook.com/menatesteakhub/
IG: https://www.instagram.com/menatesteakhub/?hl=en