Hi semua! Salam sejahtera buat pembaca blog Kak Bell. Tinggal besok sehari
sahaja lagi kita semua akan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.
Tidak pastilah tahun ini bazar Ramadhan dibenarkan beroperasi atau tidak.
Setiap tahun Kak Bell memang selalu berkunjung ke bazar Ramadhan TTDI yang
berdekatan dengan office. Maklumlah bila bekerja shift malam, memang tapau
dari bazar ajelah.
Sebenarnya dari awal Januari haritu Kak Bell merancang hendak buat kompilasi
koleksi resepi. Adalah tanya kawan-kawan blogger yang sudi berkongsi resepi
untuk dimasukkan dalam sebuah artikel. Disebabkan kesibukkan, baru hari ini
ada masa nak buat! Tak tahulah apa yang busy sangat katanyaaaa.
Anda semua peminat buah labu kuning? Labu kuning (pumpkin) atau waluh di
Indonesia memang mudah kita dapati di pasar-pasar. Buah labu memang banyak
khasiat dan kaya dengan vitamin dan mineral. Buah labu ini mengandungi
lemak, protein, kalori, beta karoten, zat besi, kalium, natrium, fosfor,
kalsium, vitamin A, vitamin C, vitaim E, vitamin K, vitamin B6, lutein,
niasin, dan pelbagai nutrisi lain. Selain kaya dengan serat, buah labu
memang baik untuk penghadaman. Kalau kucing terkena cirit-birit, boleh
gunakan labu rebus yang dicampurkan ayam sebagai wet food.
Labu kuning boleh dijadikan pelbagai bahan masakan dan juga kuih-muih. Kak
Bell pun gemar makan buah labu ni. Baru-baru ini, pertama kali Kak Bell cuba
buat labu goreng! Sedap juga rasanya macam makan keledek goreng. Jadi kali
ini Kak Bell kongsikan 10 Koleksi Resepi Kuih-Muih Daripada Labu Kuning.
Korang kalau tak suka gula kabung, boleh aja letak gula pasir. Sukatan gula
pun ikut aja korang suka macam mana. Kalau tak suka manis korang kurangkan
lah sikit gula. Masukkan sedikit garam supaya ada rasa lemak-lemak manis
masin.
Kredit Shuhaida Kabdy
2) Resepi Pumpkin Pasta
Resepi ini menggunakan pasta wholegrain jenama Tesco dan dimasak bersama
labu kuning. Sedap betul sebab pumpkin tu rasa lemak lemak dan berkrim.
Kredit Eny Abdullah
3) Resepi Kuih Kaswi Labu
Resepi Kuih Kaswi Labu ini di bawakan oleh Ayam Brand. Lama betul tak makan
kuih kaswi. Sedapnya!
Kredit Anie Mohamed
4) Resepi Pengat Labu Candil Biji Nangka
Tepung pulut dibancuh dengan mengunakan air masak, letak air sedikit demi
sedikit untuk membancuh adunan, selepas itu jadikan adunan seperti biji
nangka.
Kredit Bonde Zaidalifah
5) Resepi Lepat Labu Manis
Tidak susah pun sebenarnya nak buat lepat labu ni. Bancuhan jangan terlalu
lembek, jangan sampai keras. Agak-agak macam buat cekodok pisang. Kuih lepat
ni kalau tak habis, boleh dikukus semula.
Kredit Azirahman
6) Resepi Bingka Labu
Caranya amat mudah, masukkan ke semua bahan dan blender atau pun boleh juga
gunakan food processor dan kisar dengan halus.
Kredit Che' Nom
7) Resepi Pengat/ Serawa Labu
Resepi labu yang paling mudah hendak disediakan. Cuma perlu ada labu, gula,
garam, gula melaka, daun pandan dan santan.
8) Labu Kuning Goreng Crispy
Siapa yang belum pernah cuba sediakan labu goreng, mesti cuba resepi ni.
Sedap juga rasanya macam makan keledek goreng.
9) Resepi Cekodok Labu Manis/ Cucur Labu
Kalau waktu petang memang layan kalau dapat makan cekodok labu. Mudah dibuat
dan enak dihidangkan untuk seisi keluarga.
Kredit Eyzamiel
10) Resepi Kuih Bakar Labu
Rasa bingka labu yang lemak manis dan lembut ini mempunyai peminatnya yang
tersendiri. Ada yang menggunakan nisan kabung bagi menggantikan gula putih.
Kemudian bakar hingga permukaan kuih keperangan.
Kredit Aziekitchen
Bolehlah anda semua cuba resepi kuih-muih dari labu kuning untuk bulan puasa ni nanti. Kredit link telah diberikan buat semua pemilik asal resepi. Gambar resepi ada yang Kak Bell ambil dari Google. Mohon halalkan ya. Terima kasih!