Resepi Sambal Goreng Jawa Paling Simple Dan Mudah - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Sambal Goreng Jawa Paling Simple Dan Mudah

Trending

Resepi Sambal Goreng Jawa Paling Simple Dan Mudah

Hi semua! Kali ini Kak Bell kongsikan pula cara nak masak Sambal Goreng Jawa Paling Simple Dan Sedap. Bahan-bahan yang digunakan untuk kedua-dua jenis masakan ini sama sahaja, cuma bezanya sambal goreng Jawa menggunakan cili kering yang ditumis. Untuk sayur goreng Jawa tu pun ada yang menggunakan santan.


Kak Bell memang suka dengan menu sambal goreng Jawa ni tetapi malas nak buat sebab lama nak sediakan semua bahan, kemudian perlu goreng bahan-bahan secara berasingan. Kalau versi orang Jawa Johor, sambal jawanya sedikit basah berbanding dengan sambal Jawa Selangor yang versi kering. Kedua-duanya punn sedap, cuma Kak Bell belm pernah rasa dan cuba masak versi yang ditambah dengan santan. Bukannya apa, cuma takut cepat basi sebab Kak Bell suka masak dalam kuantiti banyak.


Biasanya sambal goreng Jawa atau sayur goreng Jawa ni dimakan bersama dengan nasi ambeng. Nak makan sebagai lauk dengan nasi putih atau mi goreng pun boleh. Sebelum ni Kak Bell ada campurkan sedikit hati. Tapi kali ni cuma gunakan sayuran sahaja. Boleh je kalau nak campurkan bahan lauk lain seperti paru atau hati. Yang penting resepi sambal goreng Jawa ini perlu ada kacang panjang, suhun, ubi kentang, tauhu fucuk dan tempe.


Untuk resepi ni Kak Bell buat banyak satu kuali. Kalau nak buat sikit sesuaikan saja bahan atau boleh tengok resepi sebelum ni > Sayur Goreng Jawa

Bahan A (bahan kisar)
10 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
10 ulas bawang kecil
10 ulas bawang putih

Bahan B (potong kecil/dadu)
4 paket tempe
4 biji ubi kentang
5 ketul tauhu
Minyak untuk menggoreng

Bahan C
5 biji lada merah
1 paket kacang panjang (hiris serong)
2 pek suhun (direndam)
2 pek pucuk/fucuk (direndam)
Kicap lemak manis
Sedikit garam
Perasa jika suka


Cara memasak:
1) Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan B secara berasingan hingga sedikit garing dan asingkan. Potong kecil atau potong dadu.



2) Gunakan sedikit minyak yang sama, tumis bahan A (bahan kisar) sehingga naik bau dan cili kisar masak.

3) Masukkan kacang panjang dan goreng seketika.


4) Bila sayur sudah separuh masak, masukkan bahan C yang telah digoreng tadi. Masak hingga kuah separuh kering.


5) Tambahkan kicap manis, perasakan dengan garam dan gaul rata. Kacau lagi bahan hingga kuah kering. Sedia untuk dihidang.


TIPS!
  • Boleh tambah ikan bilis goreng atau udang
  • Boleh masukkan lobak atau kobis
  • Kuantiti bahan boleh disesuaikan


Sebenarnya dah lama masak Sambal Goreng Jawa ni tapi tak sempat nak update di blog. Ada yang nak order dari Kak Bell tapi takut nak open order. Hehe. Yang penting memang sedap sebab ada tempe, kentang bagai. Jangan lupa cuba Resepi Sambal Goreng Jawa Paling Simple Dan Sedap ni.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post