Hi semua! Tak lama dah bulan puasa nak menjengah. Kemudian kesekejapan saja
dah nak raya. Untuk hidangan raya mestilah kena ada ketupat rendang bagai
barulah meriah. Tahun lepas masa wabak Covid-19 muncul memang sedihlah tak
dapat balik beraya. Kak Bell dengan kawan opis buatlah masakan raya
sikit-sikit sebab masih bekerja. Harap tahun ini dapatlah kita semua balik
beraya bersama keluarga kan.
Kalau untuk rendang biasanya Kak Bell selalu sediakan rendang ayam dan
jarang buat rendang daging.
Rendang ayam masak cili api hijau atau
rendang ayam gula melaka
kedua-duanya Kak Bell suka. Untuk resepi rendang daging pun ada pelbagai
seperti resepi rendang daging utara, resepi rendang daging tanpa kerisik,
rendang Tok
atau rendang Minang, rendang daging berkuah atau kering. Terpulang ikut
kesukaan masing-masing. Asalkan cukup bahan, ada santan dan kerisik jadilah
masakan rendang. Kemudian nak rendang sedap dan lembut, guna daging batang pinang.
Cara Memasak Rendang Daging Kerisik Sedap
Resepi Rendang Daging Kerisik Sedap yang Kak Bell kongsikan ini tak
menggunakan kunyit hidup atau jintan. Kalau nak dapatkaan rendang yang sedap kena
gunakan bawang yang banyak dan santan segar. Kak Bell lebih suka rendang
yang sedikit berkuah berbanding rendang yang kering. Tapi kalau nak berkuah,
cuma tambahkan saja sedikit air. Jom lihat macammana cara nak memasak
rendang daging kerisik yang sedap.
Bahan A
1 kg daging
1-2 paket kerisik
1 kiub pati ayam
1 mangkuk asam jawa
4 helai limau purut
2 helai daun kunyit
1 kg santan
Garam, gula, perasa
Bahan B (blend/kisar)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah/kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 sudu besar biji ketumbar
4 batang serai **potong halus
Sedikit ikan bilis
Sedikit air
Bahan C (blend/bahan kisar)
1 genggam cili kering **dah direbus
2 sudu minyak masak
Cara memasak:
1) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan B hingga naik bau.
2) Masukkan bahan C dan tumis hingga naik/pecah minyak.
4) Kemudian, masukkan daging dan kacau hingga air kuah pekat dan sedikit kering.
5) Tambah sedikit gula, garam dan perasa, biarkan mereneh sebentar.
6) Masukkan daun limau purut.
7) Masukkan santan dan teruskan kacau.
9) Masukkan kerisik dan masak hingga daging empuk.
TIPS!
- Pastikan minyak yang digunakan sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis, supaya bahan bahan tumis cukup masak
- Untuk daging, tengok arah selari urat dan potong arah yang bertentangan (potong arah lawan urat).
- Gunakan api sederhana ketika memasak rendang
Siap! Bolehlah anda semua cuba nanti resipi rendang daging kerisik yang
sedap dan mudah untuk Hari Raya Aidilfitri mahupun untuk Aidil Adha.
Selamat memasak!