Hi semua! Pada bulan Disember 2020 lepas, Kak Bell telah menyertai sebuah
pertandingan anjuran Nestle iaitu
Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle. Secara tak sengaja sahaja sertai
pertandingan ni sekadar hendak mencuba nasib. Belum cuba belum tahu kata
orang, untung sabut timbul, untung batu tenggelam kan.
Sebelum ini Kak Bell juga pernah sertai pertandingan
Baked With Yeos Seri Kaya pada tahun 2017. Kak Bell sediakan hidangan
Lempeng Dengan Yeos Seri Kaya. Walaupun tidak berbakat sangat dalam
bidang masakan, Kak Bell cuba jaya dan akhirnya menang hadiah saguhati
berupa RM200 baucar barangan elektrik dari SenHeng. Tak sia-sia Kak Bell
melempeng malam-malam buta dapat juga hadiah kan!
Berita baiknya, untuk pertandingan anjuran Nestle kali ini, Kak Bell berjaya
juga dapat hadiah tempat ke-3! Jom baca lebih lanjut.
Kisahnya, kami berlima sertai pertandingan Nestle 2020 ni dan ke semuanya
bolehlah memasak. Kira Kak Bell yang paling tak pandai memasak sebenarnya.
Kawan Kak Bell yang lain tu cakap aja nak masakan kampung, hidangan barat,
kuih-muih dan pencuci mulut, semuanya depa terror. Kegigihan nak
masuk Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle ini, kami semua menyewa sebuah
bilik hotel yang ada peralatan memasak dan boleh memasak semasa staycation
tersebut. All out sehari suntuk memasak, shooting video dan
kerja akhir editing video oleh Kak Bell.
Pertandingan Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle
Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle ni berlangsung pada 26 Oktober
2020-6Disember 2020 dan kemudiannya tempoh pertandingan dilanjutkan hingga
20 Disember 2020. Untuk cabarannya, peserta kena cipta resipi snek atau
minuman yang paling kreatif menggunakan produk NESTLÉ. Kemudian ambil
gambar/rekod video resipi bersama dengan produk NESTLÉ yang digunakan dan
seterusnya memuat naik gambar dan video ke laman Facebook atau
Instagram dengan hashtag #SNEKMACAMPRO & #DearNestle.
Jumlah hadiah yang ditawarkan adalah sehingga RM280,000 dan disebabkan ada
peluang merebut sebanyak 408 hadiah untuk menang, jadi Kak Bell pun join.
1XHadiah Utama RM25,000
2XHadiah Pertama RM15,000
5X Hadiah Kedua RM5,000
400X Hadiah Ketiga RM500
Rambang mata tengok hadiahnya kan. Kalau dapat hadiah utama, pemenang akan
berpeluang memasak bersama dengan Chef Naem di TV3.
Walaupun kami berlima, tapi 4 resepi sahaja yang dihantar. Untuk resepi Kak
Bell, sis kolaborasi dengan Cik Suri untuk 1 resepi dan yang lain-lain
sediakan 1 resepi masing-masing. Kiranya ada 4 penyertaanlah. Tapi kitaorang
saling tolong-menolong la kan untuk cabaran pertandingan ni.
4 resepi tersebuat adalah Pau Ceria Unicorn Nestle (Kak Bell-Cik
Suri), Lasagna Mi Maggi Ayam Masak Merah (Chef Najib),
Donut Mini Omega Plus (Chef Didi) dan
Linguini Al-Fredo Bersama Keju Ayam (Chef Faisal). Bagi yang nak cuba
resepi kitaorang yang disediakan menggunakan barangan dari Nestle ni,
bolehlah klik kat bawah ni:
Resepi Pau Ceria Unicorn Nestle
Resepi Lasagna Mi Maggi Ayam Masak Merah
Resepi Donut Mini Omega Plus
Resepi Linguini Al-Fredo Bersama Keju Ayam
Akhirnya setelah sabar menunggu, senarai pemenang peraduan Nestle 2020 ini
pun keluar. Mulanya senarai pemenang Top 8 dikeluarkan dan seterusnya 400
lagi nama pemenang tempat ke-3 diumumkan pada 25 Februari 2021.
Akhirnya,
Resepi Pau Ceria Unicorn Nestle
dan
Resepi Lasagna Mi Maggi Ayam Masak Merah
kitaorang berjaya memenangi Hadiah Ketiga. Kesemua pemenang Hadiah Ketiga
membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.
Rambut masa masak, lawa je kemas. Lepas siap jam 3 pagi terus jadi
rambut Kak Limah. Hehe.
Hadiah Ketiga cek berjumlah RM500
Walaupun ada juga dengar desas-desus dan pertikaian untuk pemenang Top 8,
Kak Bell bersyukur sahaja dengan rezeki hadiah tempat ke-3 ni. Jadi Kak
Bell kongsi hadiah kemenangan dengan Cik Suri. Memang seronok sangatlah
sebab menang pertandingan. Nanti ada kelapangan nak cuba sertai
pertandingan yang lain pulak, mana tahu ada rezeki menang lagi kan!
Cuma Kak Bell nak ingatkan anda semua jangan terpengaruh pula dengan
penjenayah siber/scammer yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)
atau aplikasi WhatsApp kepada mangsa yang kononnya memenangi hadiah wang
tunai daripada Nestlé Malaysia. Tak adanya rezeki dari langit tetiba orang
nak bagi ko duit kannn. Akhir kata, tahniah buat semua pemenang dan
peserta Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle 2020.