Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat - Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat - Bella Jamal

Trending

Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat - Bella Jamal

Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat | Menunaikan solat fardu lima waktu sehari termasuk dalam rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara. Solat adalah ibadat fardu yang wajib dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Usaha untuk memahami dan mencapai solat yang berkualiti adalah usaha yang berterusan yang harus dilakukan oleh semua umat Islam.

Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat

Dalam rukun Islam, solat adalah rukun yang kedua. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat Fardu atau solat yang wajib dilakukan. Sebelum solat dapat dilakukan, seorang harus membersihkan diri daripada hadas besar dan hadas kecil. Pembersihan hadas kecil dikenali sebagai Wudhu. Manakala pembersihan hadas besar pula adalah Mandi wajib (ghusl).

Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat

Rukun Islam

  • Mengucapkan dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya
  • Menunaikan solat fardu lima waktu (solat subuh, zohor, asar, maghrib dan Isyak)
  • Berpuasa pada bulan Ramadan
  • Membayar zakat - Zakat Fitrah, Zakat harta
  • Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu


Solat harus dilakukan dalam bahasa Arab, yakni bahasa Al-Quran. Ketika mengerjakan solat pagi dan petang (malam), orang Muslim hendaklah berdiri tegak (bagi siapa yang mampu), rukuk, sujud sambil menghadap ke arah Kiblat yakni menghadap Kaabah di Makkah. Berikut kami kongsikan bacaan dalam solat rumi dan maksudnya.

Hadis Riwayat Muslim Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “Sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.”

13 Rukun Solat

Dari segi bahasa, rukun bermakna juzuk atau tiang bagi sesuatu. Manakala dalam solat, rukun adalah perbuatan-perbuatan yang tersusun mengikut tertibnya. Dengan itu tidak lengkap dan tidak sah solat itu jika tertinggal salah satu rukun. Dalam mazhab Syafie, terdapat sebanyak 13 rukun solat.

Di dalam rukun solat, terbahagi pula kepada 3 bahagian iaitu Rukun Qauli (lafaz), Rukun Qalbi (niat/dalam hati) dan Rukun Fi li (perbuatan) dalam solat. Rukun Qauli dalam solat, WAJIB dibaca/berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri.

1. Berdiri tegak bagi yang mampu berdiri ketika solat fardhu. Manakala, bagi yang tidak mampu disebabkan oleh sakit dan sebagainya bolehlah melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang, atau dengan menggunakan isyarat.
2. Hendaklah berniat untuk melakukan solat. Contohnya, kalau solat Maghrib, mestilah niat di dalam hati untuk bersolat Maghrib.
3. Takbiratul ihram iaitu dengan lafaz “Allahu Akhbar”
4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. Bacaan mestilah dalam bahasa Arab dan didengari oleh diri sendiri.


5. Rukuk dengan tama’ninah. Rukuk adalah dengan meletakkan kedua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Tama’ninah pula bermaksud kita diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya.
6. Iktidal adalah bangkit dari rukuk supaya kembali kepada kedudukan berdiri tegak beserta dengan tama’ninah. Kadar masa tama’ninah tidaklah lama iatu sekadar satu tasbih sahaja.
7. Sujud dua kali dengan tama’ninah. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala.
8. Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah.
9. Duduk tasyahud/tahiyat akhir dengan tama’ninah.
10. Membaca tasyahud/tahiyat akhir.
11. Membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW pada tasyahud/tahiyat akhir.
12. Memberi salam yang pertama.
13. Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal

Baca juga Kelebihan Membaca Surah Kahfi 1-10

Takbir

Allah Maha Besar

Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat

Doa Iftitah

Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat

Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat


Surah Al-Fatihah


Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat

Rukuk


Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat

Sujud

Maha suci tuhanku/maha suci Allah

Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat


Duduk Antara Dua Sujud


Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat

Tahiyat Awal/ Tahiyat Akhir


Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat

Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat


Salam


Maksud & Makna Bacaan Dalam Rukun Solat

Usaha untuk memahami maksud bacaan dalam rukun solat, haruslah dilakukan oleh semua umat Islam supaya lebih kusyuk, fokus dan memahami tujuan bersolat itu sendiri. Perlu juga mengikuti rukun solat untuk menjaga dan tidak membatalkan solat. Segala puji bagi Allah dan semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa untuk untuk mengirim info ini kepada semua.

Maksud Bacaan Dalam Solat,Makna Bacaan Dalam Solat,Makna Bacaan Dalam Solat Rumi,Maksud Dalam Solat,Maksud Ayat Dalam Solat,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post