Koleksi Resepi Air Fryer Dan Tips Menggunakannya - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Koleksi Resepi Air Fryer Dan Tips Menggunakannya

Trending

Koleksi Resepi Air Fryer Dan Tips Menggunakannya

Pendahuluan

Hi semua! Siapa cakap memasak tak penat? Memasak ni penat sebenarnya. Kitalah yang nak pergi beli barang, kitalah yang nak siang ikan, sediakan bahan bagai. Buatnya tengah mood tak baik, mudahlah kita ni naik angin kan kalau ada yang tak kena.

Koleksi Resepi Air Fryer Dan Tips Menggunakannya



Zaman sekarang dah moden, nak memasak pun dah ada air fryer sebagai pembantu. Boleh cakap yang setiap surirumah di Malaysia mesti perkakas dapur ni untuk memudahkan kerja memasak. Air Fryer merupakan perkakas dapur untuk memasak atau menggoreng pelbagai makanan kegemaran kita tanpa minyak dan dimasak menggunakan peredaran angin/haba panas. Kak Bell pun ada gunakan Air Fryer jenama Russell Taylors AF4. Kalau datang malas memasak, memang pakai air fryer sajalah. Campak saje ayam atau frozen food kemudian biarkan aje masak. Mudah!

Tips Menggunakan Air Fryer

Memang banyak kelebihan dan kebaikan penggunaan air fryer, tetapi ada juga kelemahan air fryer ni. Untuk isu ni Kak Bell kongsikan dalam artikel seterusnya.

  • Makanan beku (frozen) boleh dimasak terus dalam air fryer tanpa perlu nyahbeku (defrost)
  • Perap/marinate bahan masakan dengan bahan perapan terlebih dahulu sebelum dibekukan
  • Boleh sapukan sedikit minyak atau mentega atau guna air fryer cooking spray pada masakan
  • Jarakkan air fryer dari dinding dan sekeliling supaya ada ruang untuk udara panas keluar
  • Semasa memasak, elakkan mengundurkan timer ke minit 0 supaya timer tak rosak
  • Pastikan ada ruang dalam loyang air fryer untuk haba bergerak, jangan terlalu penuh
  • Pastikan air fryer dalam keadaan kering semasa digunakan
  • Biarkan bekas air fryer sejuk dahulu sebelum di cuci
  • Pastikan punca lektrik sesuai dengan voltan dan kuasa AF. Gunakan soket berlainan dan jangan berkongsi dengan barang elektrik lain untuk elakkan overload/power trip/litar pintas
  • Guna pelapik/acuan/baking paper yang sesuai dan tahan suhu yg tinggi AF
  • Berhati-hati bila mengeluarkan pan dr AF selepas memasak kerana ianya panas
  • Letak di tempat yang stabil dan selamat semasa memasak dan jauhkan dari kanak-kanak ataupun haiwan perliharaan


Berikut ada beberapa koleksi resepi Air Fryer seperti resepi ayam panggang air fryer, resepi pais patin air fryer, resepi ayam percik dan lain-lain. Resepi berikut menggunakan Russell Taylors Air Fryer AF4, Philips All-In-One Multicooker dan Philips XXL Airfryer. Boleh klik tajuk masakan untuk lihat resepinya.

Resepi Ayam Bakar Madu Black Pepper


Koleksi Resepi Air Fryer Dan Tips Menggunakannya

Resepi Pais Tempoyak Ikan Patin


Koleksi Resepi Air Fryer Dan Tips Menggunakannya

Resepi Rendang Tok


Koleksi Resepi Air Fryer Dan Tips Menggunakannya


Resepi Lodeh


Koleksi Resepi Air Fryer Dan Tips Menggunakannya


Resepi Kuih Seri Kaya Bakar


Koleksi Resepi Air Fryer Dan Tips Menggunakannya

Resepi Ayam Percik


Koleksi Resepi Air Fryer Dan Tips Menggunakannya

Resepi Lontong Daun Pisang


Koleksi Resepi Air Fryer Dan Tips Menggunakannya

Ayam Goreng dalam Air Fryer


Bahan-Bahan:
- 500g daging ayam (potong mengikut suka)
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 2 ulas bawang putih (dihancurkan)
- Garam dan lada hitam secukup rasa

Arahan:
1. Panaskan air fryer pada suhu 170°C selama 5 minit.
2. Sementara itu, perap ayam dengan minyak zaitun, bawang putih yang telah dihancurkan, garam, dan lada hitam dalam mangkuk besar. Pastikan ayam dilapisi dengan baik dengan campuran ini.
3. Setelah air fryer panas, 
masukkan ke dalam air fryer yang telah dirapatkan ke dalam keranjang air fryer.
4. Masak ayam pada suhu 170°C selama 5 minit.
5. Selepas 5 minit, balikkan ayam dan masak semula ayam selama 2 minit pada suhu 180°C.
6. Setelah itu, naikkan lagi suhu air fryer kepada suhu 200°C dan masak ayam sehingga keemasan dan rangup, kira-kira 3-5 minit.
7. Setelah masak, keluarkan ayam dari air fryer dan hidangkan dengan pendamping kegemaran anda.

Untuk keselamatan dan memudahkan kerja memasak, bolehlah rujuk buku panduan fryer masing-masing untuk suhu dan masa memasak yang sesuai. Nak masak pelbagai hidangan hinggakan lemang guna air fryer pun boleh disediakan. Selamat memasak!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post