DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA SARAT PENGAJARAN PENUH EMOSI - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA SARAT PENGAJARAN PENUH EMOSI

Trending

DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA SARAT PENGAJARAN PENUH EMOSI

Hi semua! Kali ini Kak Bell kongsikan tentang sinopsis drama bersiri ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ yang merupakan sebuah lagi karya adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan Siti Rosmizah. Drama dengan genre romantik terbitan syarikat produksi SR One Sdn Bhd ini mempunyai 40 episod hasil arahan sutradara handalan Along Kamaludin dan turut menampilkan Siti Rosmizah selaku penerbit dan penulis skrip bersama barisan penulis skrip lain yang terdiri dari Rozie Rashid dan Amka Ahmad. Lebih istimewa, drama ini turut menampilkan lagu istimewa bertajuk ‘Rindu Separuh Nyawa’ nyanyian Vanessa Reynauld dan Naqiu sebagai lagu runut bunyi yang liriknya juga ditulis oleh Siti Rosmizah.

DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Drama ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ akan menemui penonton pada setiap malam menerusi slot megadrama hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 23 Mac 2021. Tayangan secara eksklusif hanya di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sebagai bonus, sebuah episod khas Tayangan Perdana ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ telah pun ditayangkan pada 10 Mac 2021 lalu menerusi saluran dan platform digital yang sama.


TRIVIA DRAMA ‘RINDU AWAK SEPARUH NYAWA’


Keserasian Gandingan Pertama Shukri Yahaya Dan Uqasha Senrose Berjaya Hidupkan Naskhah Romantik Terbaharu Slot Megadrama Di Astro Ria
Drama ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ merupakan drama pertama yang menggandingkan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose selaku teraju utama. Kemampuan kedua-dua pelakon popular ini untuk menghidupkan watak Nazril Nazim dan Kasih Maisara sekali lagi membuktikan kredibiliti mereka sebagai pelakon versatil. Walaupun pertama kali disatukan, Shukri dan Uqasha mempunyai ‘chemistry’ yang baik sekaligus memudahkan lagi penggambaran.

DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Watak utama Kasih Maisara yang dilakonkan oleh Uqasha Senrose sarat dengan mainan emosi yang mendalam. Uqasha pernah menangis sehingga takut untuk ke set penggambaran kerana tertekan untuk menjiwai watak tersebut. Uqasha juga hanya mempunyai satu hari sahaja untuk membuat persediaan daripada segi fizikal dan mental selepas tamat penggambaran drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ dan kemudiannya terus disambung dengan penggambaran untuk drama ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’. Ini juga merupakan kali pertama Uqasha terlibat dengan penggambaran drama yang melibatkan naskah panjang sehingga 40 buah episod.


Menariknya, dalam salah satu babak sewaktu kereta yang dipandu laju oleh watak Maisara melanggar motosikal yang sedang ‘dinaiki’ oleh watak Nazril lakonan Shukri Yahaya, sebenarnya Shukri adalah pemandu sebenar kereta untuk adegan tersebut, dan bukan beliau yang membawa motosikal tetapi orang lain.

DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Keseluruhan penggambaran drama ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ masih belum selesai dan sedang giat dijalankan di sekitar Lembah Klang pada ketika ini. Pihak produksi juga turut menitik beratkan pengamalan SOP yang ketat sepanjang penggambaran berlangsung termasuklah daripada segi penjagaan kendiri dan jarak fizikal yang selamat serta pemakaian pelitup muka dan sarung tangan terutamanya sewaktu menata rias. Jadual penggambaran juga telah disusun agar tidak melebihi jam 10 malam pada setiap hari.

BARISAN PELAKON RINDU AWAK SEPARUH NYAWA
Berikut adalah barisan para pelakon untuk drama Rindu Awak Separuh Nyawa:
Syukri Yahaya (NAZRIL NAZIM), Uqasha Senrose (KASIH MAISARA), Norreen Iman (QISTINA), Marsha Milan (NURUL HUDA), Fizo Omar (AIDIL), Aida Khalida (PUAN NORIDA), Khairil Anwar Aman (DATUK RAQIB), Rahim Jailani (DATO HALIM), Fiza Thomas (SALLY), Norkhiriah (KAK MUNAH), Aleza Shadan (ESAH), Balkisyh Semundur Khan (JAH KELIP)


SINOPSIS DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Sinopsis Rindu Awak Separuh Nyawa | Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. 

DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.


Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. 

DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.



Buat peminat drama dan juga pemiat pelakon Syukri Yahaya & Uqasha Senrose, bolehlah saksikan gandingan lakonan mereka dalam ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.

Sumber gambar: Astro Ria, Astro Malaysia Holdings Berhad
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post