Buffet Ramadhan 2021 Murah Bawah RM100 Di Lugar De La Boda Puchong | Hi semua! Kurang 2 minggu sahaja lagi bulan Ramadhan akan tiba. Tahun lalu
semua aktiviti buka puasa atau iftar diluar tidak dapat dilaksanakan
berikutan pandemik Covid-19 yang melanda. Nampaknya tahun ini kita semua
berpeluang sekali lagi merasai sambutan Ramadhan di bulan yang mulia ini dengan mematuhi SOP yang
disyaratkan.
Kalau anda sedang tercari cari tempat makan best dengan harga berpatutan untuk
berbuka puasa, apa kata anda bersama keluarga dan rakan-rakan berbuka puasa
di Lugar De La Boda @Puchong. Anda semua boleh menikmati hidangan Buffet Ramadhan Murah Di Bawah RM100 di sini dan bolehlah masukkan
Lugar De La Boda dalam senarai
tempat iftar murah
untuk buffet Ramadhan tahun 2021. Apakah juadah berbuka puasa yang
disediakan oleh buffet ramadan selangor, Lugar De La Boda @Puchong kali ini?
Jom baca lebih lanjut.
60 Jenis Hidangan Bufet Ramadan 2021 Di Lugar De La Boda Puchong
Untuk pengetahuan anda, Lugar De La Boda Puchong merupakan sebuah dewan perkahwinan
yang diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Bufet Ramadhan tahun ini, mereka
menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan buffet dan 10 stall dimana ia disediakan
di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan turut disertakan lengkap dari
pembuka selera sehingga pencuci mulut.
Untuk menu utama, Lugar De La Boda @Puchong menghidangkan nasi yang boleh
dimakan bersama lauk pauk seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah,
Daging Gulai Kawah, Daging Masak Hitam, Ikan Goreng Cili Padi, Ikan Masin
Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas, Kupang Goreng Pedas, Lala Halia, Sambal
Sotong, Sambal Kerang, Sayur Goreng Campur dan Sayur Masak Lemak Pucuk +
Suhun + Ubi Kentang.
Selain itu, anda bakal menikmati Nasi Beriani yang dihidangkan bersama Ayam
Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs), Daging Masak Beriani,
Daging Masak Hitam, Dalca Sayur, Pajeri Nenas dan Acar Buah. Memang
menggiurkan sungguh semua lauk-pauknya.
Seterusnya, terdapat 10 stall yang anda WAJIB cuba sebab semuanya menarik
dan sedap! Diantara menu yang disajikan di 10 gerai makanan tersebut seperti
Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce, Roti John Adik Manis, Char Kuew
Tiaw Abang Tanjung, Dim Sum Cheng Ho, Noodle Station, Air Balang Pasar
Malam, ABC Mountain dan Ais Krim Corner. Hidangan lain lain di gerai
tersebut termasuklah Kambing Grill Sos Lemon, Char Kuey Tiaw, Tepanyaki,
Roti John, ABC, Dim Sum dan banyak lagi.
Tidak lengkap selepas menikmati menu utama jika tanpa pencuci mulut. Disini
juga terdapat banyak pencuci mulut yang disediakan diantaranya Kuih-Muih
Melayu, Pelbagai Perisa Jelly, Seri Muka, Pelbagai Perisa Dadih, Pelbagai
Perisa Dadih dan Jelly, kek, koktail dan buah buahan tempatan. Untuk pilihan
bubur, akan dihidangkan 2 jenis bubur setiap hari seperti padanan Bubur
Jagung + Sagu, Pengat Pisang dan Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam.
Pasti semua menu pencuci mulut ini bakal melengkapkan menu berbuka puasa
anda nanti.
Harga Bufet Ramadan Termurah Di Bawah RM100
Seperti yang dimaklumkan, Harga Bufet Ramadan 2021 Di Lugar De La Boda
@Puchong adalah di antara yang terendah dan termurah di negeri Selangor. Ya,
hanya di bawah RM100!
Bufet Ramadhan 2021 di Lugar De La Boda @Puchong akan bermula sepanjang
bulan Ramadhan 2021 iaitu dari 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dari 6.30
petang hingga 10.30 malam. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong
yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Dewasa (Seorang) - RM79
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59
Bagi anda yang ingin membuat tempahan secara pukal untuk majlis berbuka
puasa, Lugar De La Boda turut menawarkan harga untuk satu meja (8 pax)
dengan harga istimewa RM632. Nombor telefon seperti tertera dalam pamplet di atas.
Nak harga lebih murah? Mestilah ada. Anda boleh dapatkan voucher buffet
ramadhan di Lugar De La Boda dengan harga istimewa berikut sebelum 12 April
2021. Dapatkan promosi Early Bird Offer dengan harga berikut :
Dewasa (Seorang) - RM59
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30
1 Meja (8 Pax) - RM450
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai pakej buffet ramadhan di
Lugar De La Boda, boleh rujuk laman sesawang rasmi di bawah. Selamat berpuasa buat umat Islam di Malaysia. **Telah dikongsikan senarai buffet ramadhan di sekitar Selangor seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur. Boleh rujuk artikel Kak Bell yang lain. Bagi tahun 2022 akan dikemaskini nanti ya!
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong, Selangor.
Lugar De La Boda [WAZE]
Tempahan dan pertanyaan: https://linktr.ee/buffetramadhanselangor
Website: https://www.hananagroup.com/iftar-lugar/
IG: https://www.instagram.com/buffetramadhanselangor2021
FB: https://www.facebook.com/buffetramadhanselangor2021
#ramadhan2021 #buffetramadhanselangor #buffetramadhanpuchong #buffetmurah
#buffet #buffetramadhanpuchong2021 #buffetramadhanexclusive #iftarramadhan
#buffetpuchong #berbukapuasa #buffet2021 #buffetramadhanpuchongmurah
#bukapuasa #buffettermurah #buffetmurahpuchong #buffetramadhanhanan
#buffetramadhan2021