Setelah pelbagai dugaan yang ditempuhi, acara yang dinanti-nantikan,
Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) akhirnya dapat bersiaran secara langsung dari
Auditorium MBSA Shah Alam, malam ini. Memperjuangkan semangat positif
mengharungi cabaran pandemik, AJL35 menjanjikan sebuah rancangan norma
baharu yang meriah.
Berlangsung tanpa penonton, kemeriahan AJL35 telah dimulakan dengan Debaran
AJL35 yang bersiaran langsung bersama Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, semalam
pada pukul 5.30 petang. Malam ini pula, AJL35 bermula dengan Lounge AJL35
bersama Sissy Imann dan Muaz Mohamed, secara langsung di TV9 pada pukul 8.30
malam. Diteruskan pula dengan persembahan pembuka tirai dengan persembahan
mantap yang dibarisi oleh Ella, Naim Daniel, dan Yonnyboii diikuti dengan
persembahan lagu #BaikSemula oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana
dan Tuju K-Clique. Selain itu, persembahan interlude AJL35 akan digemparkan
dengan persembahan bertemakan ‘project band’ di mana Hujan, Hazama The
Penglipur Lara dan Akim & The Majistret akan mempertaruhkan persembahan
medley & ‘mash up’ lagu-lagu terbaik mereka bersama Misha Omar, Dayang
Nurfaizah dan Ziana Zain.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato Khairul Anwar Salleh, “Anugerah Juara Lagu kali ini kami jadikan pemulihan sebagai hala tuju dan misi rancangan ini. Kami juga bercadang untuk jadikan AJL35 ini satu penanda aras bagi rancangan-rancangan hiburan siaran langsung tempatan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari aspek pematuhan SOP tanpa menggadaikan kemeriahan rancangan tersebut. Oleh itu, pelbagai langkah-langkah pencegahan tambahan telah kami laksanakan seperti mewajibkan ujian saringan dalam kalangan artis tempoh hari, pensanitasi berkala pada peralatan dan lokasi, mengehadkan jumlah artis di pentas kepada enam orang, dan banyak lagi. Kami berharap agar para penonton bersifat lebih terbuka dan menerima AJL35 ini sebagai sebuah rancangan yang diberikan konsep baharu.”
“Sebagai sebuah rancangan yang dinanti-nantikan saban tahun, McDonald’s Malaysia berharap penglibatan kami sebagai penaja utama AJL35 dapat memeriahkan lagi industri seni tanah air, selain meraikan bakat-bakat penyanyi tempatan. Apa yang penting, rakyat Malaysia boleh menonton AJL35 dengan selesa di rumah sambil menikmati hidangan McDonald’s kegemaran melalui pesanan McDelivery”, kata Puan Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
AJL kali ini menjalin kerjasama dengan Ronald McDonald House Charities (RMHC)
Malaysia, sebuah badan amal yang sudah lebih 30 tahun bertapak di negara ini,
untuk kita sama-sama membantu kanak-kanak yang memerlukan. RMHC Malaysia
komited dalam pelbagai usaha kebajikan demi kelangsungan, kesejahteraan dan
masa depan kanak-kanak.
Oleh itu, AJL35 turut menyeru rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan
ikhlas ke tabung RMHC Malaysia sempena kempen Baik Semula. Kempen ini
mensasarkan sumbangan berjumlah RM300,000 bermula malam ini sehingga
penghujung bulan Mei. Para dermawan boleh mengimbas kod QR yang tertera di
skrin atau dengan cara pemindahan wang di nombor akaun rasmi tabung RMHC,
5125-3014-1938 (Maybank).
“Melalui kempen ‘Baik Semula’ yang dilaksanakan ini, kami ingin berdiri teguh bersama rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran COVID-19 dan membantu mereka yang memerlukan, terutamanya golongan kanak-kanak. Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, RMHC Malaysia akan menggunakan dana yang berjaya dikumpulkan untuk memberi manfaat dan membantu lebih ramai kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara,” tambah Melati.
Upacara kemuncak AJL35 bersama Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari
malam ini semestinya diisi dengan persembahan 12 finalis yang
dinanti-nantikan.
Seperti tahun-tahun lalu, pada malam ini juga, finalis-finalis AJL35 akan
berentap demi memenangi lima kategori utama; Persembahan Terbaik, Vokal
Terbaik, Tempat Ketiga, Naib Juara dan Juara Lagu 35. Para pemenang akan
membawa pulang sebuah trofi AJL35 dan wang tunai.
Pemenang Persembahan Terbaik akan menerima wang tunai RM12 ribu, trofi
Anugerah Juara Lagu 35 serta baucar McDonald’s Malaysia selama setahun.
Pemenang Vokal Terbaik akan menerima wang tunai RM12 ribu dan trofi Anugerah
Juara Lagu 35. Pemenang Tempat Ketiga akan menerima wang tunai RM20 ribu dan
trofi Anugerah Juara Lagu 35. Naib Juara akan menerima wang tunai RM35 ribu
dan trofi Anugerah Juara Lagu 35. Juara Lagu akan menerima wang tunai RM50
ribu dan trofi Anugerah Juara Lagu 35.
Setiap persembahan finalis AJL35 malam ini dinilai oleh sepuluh juri
profesional tanah air yang diketuai oleh Dato’ Mokhzani. Juri-juri lain yang
turut menyokong tugas Dato’ Mokhzani adalah Azmeer, Ajai, Dato’ Syafinaz,
Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Dato’ Acis dan Lukhman S.
AJL35 menampilkan penaja utama, McDonald’s Malaysia, “Meriahkan Anugerah Juara
Lagu 35 di rumah sambil menikmati menu kegemaran anda melalui McDelivery! Bila
teringin, McDelivery hantar. Senang”.
Selain itu, penaja-penaja bersama iaitu Sabella dan Celcom Xpax, “Truly
Unlimited. Internet Tanpa Had, 2x lebih pantas di rangkaian yang terluas”
serta Shell selaku rakan penaja. Selain itu, AJL35 turut disokong oleh
rakan-rakan pemasaran, rakan radio Hot FM dan Kool FM serta rakan digital
Senang Terhibur, OHBULAN! dan xtra.com.my.
Jangan lupa rasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 35 di kaca televisyen anda
pada pukul 9 malam, 14 Mac 2021 serta strim live HD di tonton.com.my serta
YouTube TV3 Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut AJL35 di laman sesawang
www.anugerahjuaralagu.com serta laman sosial media rasmi Facebook, Instagram
dan Twitter TV3 Malaysia dan Senang Terhibur. Ikuti juga trend semasa
perbualan alam maya melalui #AJL35.