7 Juta Pageviews Blog Kak Bell | Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik Blog & Visitor Blog? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 7 Juta Pageviews Blog Kak Bell | Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik Blog & Visitor Blog?

Trending

7 Juta Pageviews Blog Kak Bell | Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik Blog & Visitor Blog?

Hi semua! Setiap orang yang mempunyai blog mestilah inginkan pencapaian dalam trafik blog selain meraih keuntungan Adsense. Kak Bell sendiri pun sama jugalah. Jika ada trafik blog yang banyak, pengunjung yang ramai, sudah tentulah boleh dijadikan kayu pengukur tahap popular di enjin carian Google. Kak Bell gunakan platform blogger (selain Wordpress). Jadi, bagaimana untuk tingkatkan trafik blog dan visitor blog kita?

Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik & Pelawat Blog?

Sebenarnya Kak Bell bukanlah pandai sangat dalam hal blogging atau dunia blogspot ni dan jauh sekali nak tunjuk lagak. Kadangkala kebetulan artikel yang ditulis mungkin sebuah artikel yang baik dan mengandungi kata carian atau 'keyword' yang menjadi carian yang tertinggi. Kak Bell pun cuba jaya sahaja dan kadangkala kecewa juga jika tidak menjadi.


Kak Bell mula buat blog Ini Adalah Bellarina Natasya ni pada 18 April 2016. Artikel pertama adalah tentang anak bulus yang gigit wayar charger phone putus. Then Kak Bell ceritalah pasal cable wrap yang dibeli kat kedai ustat Kota Damansara. Bila baca balik artikel pertama, rasa macam cringe gile! Buruk betul penulisannya. Haha!

Hingga hari ini usia blog Kak Bell baru sahaja 4 tahun 10 bulan, kira masuk 5 tahun la berblogging pada April 2021 nanti. Buat pengunjung blog Kak Bell, terima kasih banyak-banyak sebab blog Kak Bell dah mencecah 7 juta pageviews pada 26 Februari 2021 lalu.

Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik & Pelawat Blog?

Untuk diri sendiri, Kak Bell akan rekod perjalanan blog trafik setiap kali mencecah 1 juta views. Dari situ bolehlah Kak Bell semak sejauh mana pencapaian artikel pada waktu tu, artikel mana yang mendapat carian terbanyak.

1 juta pageviews -18/04/2016-22/11/2017 (19 bulan)
2 juta pageviews -23/11/2017-31/05/2018 (06 bulan)
3 juta pageviews -01/06/2018-12/04/2019 (10 bulan)
4 juta pageviews -13/04/2019-23/12/2019 (08 bulan)
5 juta pageviews -24/12/2019-1/5/2020 (05 bulan)
6 juta pageviews -2/5/2020- 1/10/2020 (05 bulan)
7 juta pageviews -2/10/2020-26/2/2021 (04 bulan)


Turun-naik blog trafik tu memang ada dan perkara biasa. Bermula April 2019, nampak pageviews blog Kak Bell semakin naik dan maintain pada 240 ribu trafik sebulan. Kebetulan pada musim PKP 1.0 terus blog trafik naik ke 368 ribu trafik sebulan. Kalau ada yang annoying dengan artikel ni, sis tak peduli sebab semua ni adalah hasil kerja dan titik peluh kita sendiri. Sekadar memuaskan diri sendiri. 

Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya kan? So, sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha dan juga jangan lupa semuanya juga adalah dari-Nya. Pada yang tanya adakah blog masih relavan? Ya jawapannya masih relevan!

10 Cara Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik & Pelawat Blog

Untuk sesebuah blog mencapai tempoh matang mengambil masa dalam 3 hingga 5 tahun. Pada 2 tahun terawal tu memang penulis kena lebihkan usaha dan gigih untuk hasilkan artikel yang menarik dengan memilih niche blog yang sesuai untuk penulis bawakan.

Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik & Pelawat Blog?

Kemudian jangan amalkan kegiatan 'plagiarisme' plagiat copy paste artikel kerana blog sebegini tak akan bertahan lama. Kadangkala panas hati juga bila ternampak content, gambar kita digunakan sesuka hati tanpa kebenaran. Lepas tu artikel pencuri pula yang lebih bagus cariannya di laman Google, maunya kita tak hangin kan.

Sebenarnya banyak cara bagaimana nak naikkan trafik blog. Kak Bell cuma kongsikan beberapa tips yang Kak Bell rasa boleh membantu untuk tingkatkan trafik blog. Terpulanglah pada cara masing-masing sebab Kak Bell pun bukan pakar. Ramai lagi yang lebih bagus sampai cecah 10 juta, 14 juta blog trafik.

Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik Blog & Visitor Blog?

  1. Guna template blog responsive, layout mesra pengguna
  2. Tulis artikel padat dengan info berguna
  3. Jangan plagiat copy paste artikel orang lain
  4. Manfaatkan Teknik SEO dalam penulisan
  5. Elak letak iklan yang pop-up, floating yang mengangu pembaca teruskan pembacaan
  6. Letakkan internal link, pautan ke artikel lama
  7. Install Google Analytic sebagai rujukan
  8. Konsisten menulis sesuai dengan niche blog
  9. Promosi, share artikel ke sosial media
  10. Blogwalking dengan sesama penulis lain


Penulis menulis di paltform blog adalah untuk berkongsi, bercerita pengalaman dan informasi tentang sesuatu perkara. Jadi perlulah ada content original atau artikel yang ditulis sendiri berdasarkan niche blog. Sekarang ni ramai betul blogger sampai Kak Bell pun tak kenal siapa. Ada juga yang buat blog semata-mata untuk isi artikel review sahaja semata-mata. Period!

Akhir kata semoga kita sama-sama terus belajar untuk tingkatkan trafik blog dan seterusnya berjaya sebagai seorang blogger beretika yang berjaya. Terima kasih sekali lagi buat pembaca blog Ini Adalah Bellarina Natasya. Road to 10 Million pageviews! Chaiyok!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post