Vaksinasi Covid Malaysia Bermula Hari Ini| Apakah Kesan Sampingan Vaksin COVID-19? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Vaksinasi Covid Malaysia Bermula Hari Ini| Apakah Kesan Sampingan Vaksin COVID-19?

Trending

Vaksinasi Covid Malaysia Bermula Hari Ini| Apakah Kesan Sampingan Vaksin COVID-19?

Ramai yang menyuarakan rasa bimbang terhadap vaksin COVID-19 yang telah berjaya dihasilkan dalam tempoh masa singkat. Kebiasaannya memang penghasilan vaksin akan ambil masa bertahun untuk pembangunannya dan perlu melalui proses yang panjang sebelum diluluskan. Ianya betul kerana dahulu untuk penyelidik mendapatkan full genome sesuatu spesis memang makan tahun. Tetapi dengan teknologi sekarang yang dah canggih semua sekelip mata sahaja boleh dibuat.


Dalam isu Covid-19 yang dikira mengancam dunia, sudah tentulah semua pihak telah mendidikasikan sepenuh masa untuk kajian vaksin Covid-19 berbanding kajian lain. Dengan data penyelidikan sebelum ini mengenai vaksin dan koronavirus terdahulu, perkongsian data serta persaingan yang jauh lebih besar untuk mencipta vaksin Covid-19 berbanding vaksin-vaksin lain menjadikan vaksin COVID-19 dapat dihasilkan cepat. Baca juga > Ujian Swab, RTK Antigen Test & RT-PCR

Malaysia Telah Terima Vaksin Pfizer-BioNTec, Bagaimana Dengan Indonesia?

Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTec telah selamat tiba lebih awal pada 21 Februari 2021 lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604. Vaksin Pfizer-BioNTec yang dikenali sebagai 'BNT162b2' dengan nama Vaksin Corminaty ini berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.


Malaysia telah membeli sebanyak 12.8 juta dos vaksin Pfizer dan juga telah mendapat akses bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dari pembelian awal daripada 6 pengeluar vaksin yang lain seperti AstraZeneca-Oxford, Sinovac Biotech, CanSino Biologics, Gamaleya Research Institute dan Sinopharm.

Indonesia pula telah menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin virus corona buatan perusahaan farmasi China, Sinovac yang tiba di Indonesia pada 6 Disember 2020. Sinovac merupakan satu dari enam vaksin Covid-19 yang akan digunakan untuk proses vaksinasi di Indonesia.

Malaysia Laksana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Hari ni, 24 Februari 2021, Malaysia telah memulakan program vaksinasi percuma secara besar-besaran melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada penduduk Malaysia termasuk juga warga asing.


Ianya dimulakan dengan suntikan dos pertama daripada 2 dos vaksin Pfizer-BioNTech terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan. Pemimpin negara jiran seperti Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, juga melakukan perkara sama sebagai penerima pertama suntikan vaksin covid-19 sebagai tanda keyakinan kepada rakyat bahawa vaksin selamat digunakan.


Terdapat 3 fasa untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang terdiri dari Fasa 1 (Februari-April 2021) bagi petugas barisan hadapan, Fasa 2 (April-Ogos 2021) untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi dan Fasa 3 (Mei 2021-Februari 2022) untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Buat masa ini kanak-kanak di bawah 16 tahun tidak akan diberikan suntikan vaksin Covid-19.


Untuk Fasa 1 ini kita akan menggunakan Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTec. Mesti ada diantara kita yang tertanya-tanya apakah kesan sampingan vaksin COVID-19 Malaysia ini. Kebanyakan laporan menunjukkan adanya kesan sampingan yang tidak serius seperti sakit kepala, sakit otot/sakit sendi dan keletihan tetapi tidak ada kematian yang disebabkan oleh vaksin tersebut. Alahan teruk dan rekod kematian yang berlaku semasa ujian klinikal sebelum ini adalah disebabkan individu tersebut memang ada sejarah alahan dan bukan berpunca secara langsung daripada vaksin tetapi akibat penyakit serangan jantung dan atherosclerosis (salur darah mengeras). Jadi vaksin berkenaan telah disahkan selamat untuk digunakan.

Berikut adalah vaksin #COVID19 keluaran 6 syarikat farmaseutikal antarabangsa yang akan diperolehi Malaysia bagi memenuhi lebih 80% keperluan rakyat Malaysia.


Suntikan akan menggunakan picagari jenis low dead-volume kerana picagari itu mempunyai saiz 'hub' (penghubung antara picagari dan jarum) yang minimum untuk mengurangkan pembaziran vaksin berbanding picagari biasa. Daripada sebotol vial (bebuli) vaksin COVID-19 sebanyak enam dos suntikan dapat dihasilkan dengan penggunaan picagari berkenaan seterusnya memaksimumkan jumlah dos yang boleh dihasilkan.


FAQ

APAKAH BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?
Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech adalah jenis mRNA di mana bahan utama adalah mRNA,lipid, gula, garam.

APAKAH YANG PERLU SAYA MAKLUMKAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN SEBELUM MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?
Maklumkan kepada petugas kesihatan sekiranya anda: mempunyai sejarah alahan yang teruk; mengalami masalah pendarahan (bleeding disorder) seperti Haemophilia, Idiopathic Trombhocytopenic Purpura (ITP) dan sebagainya; sedang dalam rawatan ubatan pencair darah; sedang mendapat rawatan yang merendahkan sistem imun badan; sedang mengandung atau merancang untuk hamil; sedang menyusukan bayi; atau telah menerima vaksin COVID-19 daripada jenama yang lain.

BAGAIMANA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH DIBERIKAN?
Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech akan diberikan secara suntikan ke dalam otot seperti diotot bahu. Anda akan menerima sebanyak dua (2) dos vaksin dalam selang masa tiga (3)minggu (21 hari). Anda hendaklah menerima kedua-dua dos bagi memastikan perlindungan optima. Bagaimanapun, vaksin ini tidak memberi jaminan untuk melindungi semua orang daripada jangkitan COVID-19.

APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?
Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut:
  • sakit di tempat suntikan
  • penat (tiredness)
  • sakit kepala
  • sakit otot
  • menggigil
  • sakit sendi
  • demam
  • pembengkakan di tempat suntikan
  • kemerahan di tempat suntikan
  • loya
  • merasa tidak sihat
  • pembengkakan kelenjar limfa
  • dan kesan-kesan sampingan yang mungkin akan dilaporkan dari semasa kesemasa

Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.

ADAKAH VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH SELAMAT PENGGUNAANNYA DI MALAYSIA?

Ya, vaksin ini selamat digunakan kerana ia telah berdaftar dan telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Jan 2021 untuk penggunaannya di Malaysia. Pihak Food and Drug Administration (FDA) telah membenarkan penggunaan Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sebagai langkah kecemasan untuk mencegah COVID-19 dalam kalangan individu berumur 16 tahun dan ke atas di bawah Penggunaan Kecemasan Kebenaran (EUA).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui bahawa vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech boleh digunakan bagi tujuan kecemasan pada 31 Disember 2020.la juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan di USA, UK, negara-negara Eropah, Israel dan Singapura. Malah sebanyak 48 negara telah memperakui penggunaan vaksin ini.

Kadangkala tidak faham juga dengan golongan anti-vaksin. Sejak dari dulu lagi kita dah ambil vaksin itu dan ini. Nak pergi umrah, haji kena vaksin, vaksin cacar, vaksin polio semua dah cucuk bagi mengelak penyakit berjangkit ini menular. Memetik kata-kata seorang rakan di bidang Bio-Tech (Hi Fairus UKM!), bab vaksin ni biarlah saintis dan penyelidik yang sampaikan. Bab agama biarlah ulama yang mengulas, kalau bab makanan bagi ajelah Gordon Ramsy yang bercakap. Demi kesejahteraan bersama eloklah ambil suntikan vaksin Covid-19 ni and yes, 'I'm not an Anti-vaxxer!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post