Setelah tempoh 1 tahun pandemik Covid-19, penyelidik dari beberapa firma
farmaseutikal dunia telah berjaya membangunkan dan mencipta vaksin bagi
coronavirus. Buat masa sekarang terdapat beberapa jenis vaksin Covid-19 yang
berjaya dihasilkan dan beberapa jenis lagi yang masih dalam proses
pembangunan sebelum World Health Organization (WHO) dan US Food And Drug
Administration (FDA) beri kelulusan.
Seiring kejayaan penghasilan vaksin Covid-19, terdapat juga perbahasan
hangat berkenaan selamatkah vaksin Covid-19?. Ramai juga yang menyuarakan
rasa bimbang terhadap vaksin yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia
khususnya. Selamatkah Vaksin Comirnaty dari Pfizer? Atau vaksin Covid-19 dari Moderna dan AstraZenec jauh
lebih baik?
Untuk artikel ini, Kak Bell cuba rangkumkan tentang sejauh mana keberkesanan
beberapa jenis vaksin Covid-19 yang ada dan sedikit info tentang jenis dan
cara vaksin tersebut bertindak. Vaksin-vaksin ni telah diuji dalam beberapa
fasa kajian terhadap pesakit Covid-19 untuk meneliti keberkesanannya bagi
menangani virus coronavirus. Jika terdapat kekhilafan, mohon diperbetulkan.
Jenis-Jenis Vaksin Covid-19
Secara ringkasnya, vaksin yang dimasukkan ke dalam badan adalah untuk
mempercepatkan proses pengenalan sesuatu virus sebelum badan kita yang
kenal virus tersebut saat virus memasuki badan. Virus ni ada parasit yang
akan menggunakan sel hos dalam badan untuk bereplikasi dan seterusnya
menghasilkan lebih banyak partikel virus.
Partikel virus ini akan pecahkan sel-sel badan kita yang akhirnya
menyebabkan sel dalam badan kita mati. Jadi, bila vaksin digunakan, virus
tersebut tidak sempat nak masuk ke dalam sel badan sebab antibodi dah
boleh cernakan virus tersebut melalui sistem imunisasi kita.
Untuk vaksin Covid-19 ni kebanyakannya menggunakan
Teknologi mRNA (messenger RNA/asid ribonukleik pengutus),
inactivated vaccine (killed/altered vaccine) dan
Adenovirus-vectored vaccines (guna harmless virus).
Bila diberi suntikan vaksin tidak kiralah mana-mana jenis vaksin, sel imun
kita akan menghasilkan antibodi dan sel memori akan terhasil dari sel-sel B.
Apabila virus sebenar masuk dalam badan, sel sel memori ni tadi akan kenal
antigen/spike/protein sarsCov2 virus protein (dalam kes penyakit Covid-19)
dan serta-merta akan menyerang virus tersebut kerana badan telah bersedia
menyerang dan bertindakbalas terhadap bendasing yang masuk.
Teknologi mRNA
Vaksin mRNA ini menggunakan urutan kod genetik virus yang akan
menghasilkan protein yang menyerupai spike protein virus corona
tersebut. Bezanya, spike protein yang dihasilkan oleh vaksin mRNA ini
adalah tidak berbahaya, dan tidak menyebabkan jangkitan. Bila virus
corona menyerang, badan akan detect sebagai bendasing dan antibodi akan
dihasilkan untuk melawan virus covid tadi.
Vaksin Comirnaty Dari Pfizer-BioNTech (UK-German)
Teknologi Virus Tidak Aktif
Bagi vaksin menggunakan teknologi virus tidak aktif (inactivated vaccine/
killed vaccine) ianya akan guna sampel dari virus corona sendiri tetapi
telah dinyahaktif. Vaksin ini bekerja untuk menguatkan sistem kekebalan
tubuh sehingga antibodi dapat melawan virus Covid-19. Kaedah ini merupakan
kaedah biasa dan paling lama digunakan dalam vaksinasi.
Vaksin Sinovac dari China
Teknologi Vaksin Vektor Adenovirus
Untuk vaksin yang menggunakan Adenovirus atau vaksin vektor pula menggunakan
virus flu. Ada yang gunakan Adenovirus 26 dan Adenovirus 5 untuk sel badan
hasilkan antibodi sendiri bagi menghasilkan antibodi.
Teknologi Vaksin Subunit Protein
Yang terakhir adalah
vaksin subunit protein yang dibuat dari virus serangga yang disebut
baculovirus. Cara bekerjanya sama sahaja dengan vaksin Adenovirus.
Buat masa ini terdapat beberapa jenis vaksin yang telah diluluskan oleh WHO
iaitu vaksin dari firma Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca dan Serum
Institute Of India. Manakala jenis vaksin yang lain masih dalam proses
review dan berkemungkinan hasil keputusan akan diperolehi pada awal Mac
2021.
Berikut adalah beberapa jenis vaksin Covid-19 dan senarai pengeluarnya:
1) Vaksin Comirnaty/BNT162b2; Pfizer-BioNTech (US, Jerman)
2) Vaksin Moderna/mRNA-1273; Moderna (US)
3) Vaksin Covishield/AZD1222/ChAdOx1-S; AstraZeneca/Oxford) (US-India)
4) Vaksin Covaxin/AZD1222/ChAdOx1-S; AstraZeneca/Oxford-SKBio (US-Korea)
5) Vaksin CoronaVac/SARS-CoV-2; Sinovac (China)
6) Vaksin Covishield/ChAdOx1-S; Serum Institute Of India (India)
7) Vaksin Sputnik V; Gamaleya Centre (Rusia)
1) Vaksin Comirnaty/BNT162b2; Pfizer-BioNTech (US, Jerman)
2) Vaksin Moderna/mRNA-1273; Moderna (US)
3) Vaksin Covishield/AZD1222/ChAdOx1-S; AstraZeneca/Oxford) (US-India)
4) Vaksin Covaxin/AZD1222/ChAdOx1-S; AstraZeneca/Oxford-SKBio (US-Korea)
5) Vaksin CoronaVac/SARS-CoV-2; Sinovac (China)
6) Vaksin Covishield/ChAdOx1-S; Serum Institute Of India (India)
7) Vaksin Sputnik V; Gamaleya Centre (Rusia)
Baca juga > Apa Perbezaan RTK Antigen Test & RT-PCR?
https://www.who.int/
https://www.malaysiakini.com/news/558191
Semua vaksin-vaksin ini akan diurus dibawah COVAX Facility, sebuah
badan yang dipimpin oleh Gavi (Vaccine Alliance) bersama dengan Coalition
for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) dan WHO dengan tujuan
mempercepatkan pengembangan dan pembuatan vaksin COVID-19, serta untuk
menjamin akses yang adil dan saksama untuk setiap negara di dunia bagi
mendapatkan vaksin Covid-19.
Sejauh Mana Keberkesanan Vaksin Comirnaty Pfizer, Moderna dan AstraZeneca?
Buat masa ini, vaksin yang menggunakan teknologi mRNA telah diluluskan
FDA. Vaksin Pfizer dan Moderna yang menggunakan teknologi mRNA boleh
dihasilkan dengan cepat tetapi memerlukan kaedah penyimpanan efektif di
bawah suhu -70 (Prizer) dan -20 darjah selsius (Moderna). Sesetengah
negara beriklim tropikal seperti Afrika dan Amerika Latin akan hadapi
masalah untuk menyediakan infrastruktur bagi transportasi vaksin
berkenaan.
Oleh yang demikian, China mengambil langkah mengeluarkan CoronaVac
(inactivated vaccines) yang tidak memerlukan vaksin disimpan dalam
ultra-cold freezers seperti vaksin yang dikeluarkan UK.
Selepas pemberian 13.8 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna
kepada penduduk A.S dan 11 juta dos vaksin Covishield di India,
keberkesanan vaksin berkenaan telah diuji. Kebanyakan laporan
menunjukkan adanya kesan sampingan yang tidak serius seperti sakit
kepala, sakit otot/sakit sendi dan keletihan tetapi tidak ada kematian
yang disebabkan oleh vaksin tersebut. Jadi vaksin berkenaan telah
disahkan selamat untuk digunakan.
- Vaksin Pfizer-BioNTech - 95% efektif (selepas suntikan yang kedua)
- Vaksin Moderna - 94% efektif
- Vaksin AstraZeneca -76% efektif (tempoh tiga bulan selepas dos pertama)
- Vaksin ChAdOx1-S - 63.09% efektif (sesuai untuk negara berpendapatan rendah dan sederhana kerana keperluan penyimpanan yang mudah)
- Vaksin Sinovac - 50.4% efektif
- Vaksin Sputnik V - 91% efektif
-
Vaksin Sinopharm - 79.34% efektif
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bermula 24 Februari 2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula 24 Februari 2021 dan
mempunyai 3 fasa. Fasa 1 (Februari-April 2021) bagi petugas barisan
hadapan, Fasa 2 (April-Ogos 2021) untuk warga emas berumur 60 tahun ke
atas dan golongan berisiko tinggi dan Fasa 3 (Mei 2021-Februari 2022)
untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Sebenarnya Kak Bell nak ulas tentang vaksin Pfizer-BioNTech yang telah
sampai ke Malaysia. Disebabkan tak nak artikel terlalu panjang, jadi Kak
Bell akan kongsikan dalam artikel seterusnya. Walaubagaimanapun Kak Bell
harap kita semua dapat mengubah sikap dan mentaliti bagi menangkis
persepsi negatif terhadap penerimaan vaksin COVID-19. Stay safe semua!
https://www.malaysiakini.com/news/558191