Resepi Sambal Sotong Simple - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Sambal Sotong Simple

Trending

Resepi Sambal Sotong Simple

Masakan bersambal ni sebenarnya mudah sahaja nak buat. Tak kiralah nak gunakan bahan apa seperti ayam, udang atau sotong. Paling penting bahan tumisan perlu dimasak dengan api perlahan hingga cili betul-betul masak dan garing. Barulah hasil masakan sambal cantik dan menggiurkan. Selain itu penggunaan bawang merah yang banyak, masukkan gula perang atau gula melaka, memang cantiklah kejadian sambal tu nanti. Ni Kak Bell kongsikan Resepi Sambal Sotong Simple yang amat mudah untuk disediakan.

Resepi Sambal Sotong Simple

Sambal sotong ni Kak Bell masak masa sebelum PKP2.0 haritu. Berkumpul dengan kawan-kawan masak-masak apa yang ada. Selalu kalau sorang nak masak sotong pun tak semangat sebab ala-ala je 3,4 ekor sotong. Untuk sambal sotong ni, sotong tu kena tos dahulu atau boleh goreng sekejap tanpa minyak bagi air sotong tu keluar.


Disebabkan malas nak goreng dahulu, Kak Bell masukkan sahaja sotong yang dah dicuci bersih. Jadinya, warna sambal nya kurang cantik dan sedikit berkuah. Kalau nak buat sambal sotong berkuah pun boleh, tambahkan sedikit air kalau nak lebih kuah.

Bahan A
10-15 ekor sotong
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar **hiris bulat
Garam secukupnya
Gula melaka/gula perang
Minyak masak

Bahan B (hiris/kisar)
20 tangkai cili kering (potong, rebus)
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia

Cara memasak:
1) Basuh bersih sotong. Goreng sotong tanpa minyak hingga separuh masak dan toskan.

Resepi Sambal Sotong Simple

2) Panaskan minyak, tumis semua bahan B hingga pecah minyak.

Resepi Sambal Sotong Simple

3) Masukkan gula melaka, air asam jawa dan kacau seketika.

4) Masukkan sotong, kacau dan perasakan dengan garam dan perasa.

Resepi Sambal Sotong Simple

5) Masukkan hirisan bawang besar dan tutup api bila sambal kembali pecah minyak dan bawang layu.

TIPS!
  • Tumis bahan lama sehingga pecah minyak dengan api perlahan
  • Goreng sotong tanpa minyak hingga separuh masak untuk keluarkan air sotong
  • Masukkan gula melaka atau gula perang dalam sambal
  • Boleh tambahkan sedikit belacan jika suka
  • Sentiasa kacau kuah sambal supaya tidak hangit
  • Masak sekejap sahaja untuk elak sotong liat

Untuk sotong tadi boleh sahaja dimasak seekor tanpa dipotong dan sebaliknya. Kemudian masakan sambal sotong ni sekejap sahaja supaya sotong lembut dan tidak liat. Kalau liat masa nak makan, maksudnya terlebih masak lah tu ceritanya. Jika nak tengok resepi sotong yang lain macam sotong masak hitam, sotong masak kicap boleh semak link bawah ni.

SAMBAL TUMIS SOTONG PETAI
SOTONG MASAK HITAM

Resepi Sambal Sotong Simple

Resepi Sambal Sotong Simple
Meriah kan lauk pauk!

Kalau korang teringin nak beli bekas kaca yang Kak Bell pakai ni, boleh tengok di MyCookingStory. Pakai kod diskaun MCSBELLA untuk 10% diskaun. Periuk, bekas, belanga semua murah ye. Kalah Shop**! Oklah selamat mencuba Resepi Sambal Sotong Simple!

MyCookingStory
Kod 10% diskaun : MCSBELLA

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post