Kali ini Kak Bell nak kongsikan resepi pasta menggunakan Angel Hair. Angel
Hair ni pasta Itali yang juga dikenali sebagai Capellini. Angel Hair ni rupa
bentuknya macam spageti tetapi sangat nipis dengan diameter 0.85-0.92
milimeter. Jadi pasta jenis ini tidak berapa sesuai digunakan untuk masakan
terlalu berkuah dan paling sesuai digunakan dengan sos ringan dan
sederhana.
Untuk
Resepi Angel Hair Goreng Udang Sedap Mudah
memang sangat simple sebab guna bahan-bahan yang mudah didapati di dapur
anda. Kalau nak siapkan menu yang pantas, memang masakan pastalah paling
cepat. Bahan-bahan yang digunakan boleh sahaja disesuaikan mengikut citarasa
masing-masing. Jika gunakan angel hair pastikan pasta direbus sekejap sahaja
kerana mudah lembik. Pastikan rebus hingga al dente, maksudnya bila dimakan
pasta still rasa firm. Kalau nak resepi pasta lain macam Spageti Goreng Udang pun ada, search saja kat blog Kak Bell ni.
Bahan A
Pasta angel hair secukupnya
3-4 ekor udang
1 kiub pati ayam
2 batang sosej (potong dadu/kecil)
Minyak/minyak zaitun untuk tumis
Serbuk keju parmesan
Serbuk/daun oregano
Garam
Serbuk lada sulah/lada hitam
Sedikit gula
Bahan B (kisar kasar)
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara memasak:
1) Rebus pasta angel hair dalam air mendidih dengan sedikit garam dan minyak. Angkat dan toskan.
2) Masukkan sedikit minyak, tumiskan Bahan B hingga wangi.
3) Masukkan sosej yang telah dipotong, kacau sekejap sampai masak.
4) Tambahkan kiub pati ayam dan kacau rata.
4) Tambahkan kiub pati ayam dan kacau rata.
6) Aduk rata pasta, kemudian perasakan dengan garam, secukup rasa, serbuk
lada hitam, lada sulah dan sedikit gula.
7) Kemudian taburkan serbuk oregano atau daun oregano segar dan taburkan
serbuk keju permesan.
TIPS!
TIPS!
- Boleh tambah hirisan capsicum, kacang pea dan sebagainya
-
Boleh gunakan daging kisar untuk bahan tumis
Masakan Kak Bell ni cuma ada udang dan sosej sebagai penambah rasa. Bagi
bahan kisar dan sosej, Kak Bell gunakan manual chopper supaya dapat bentuk
dadu yang lebh kurang sama besar. Kalau nak lebih meriah, tambahkan aje
apa-apa bahan ke dalamnya. Selamat mencuba masakan pasta Angel Hair Goreng
Udang Sedap Mudah!