Resepi Kacang Buncis Goreng Telur Simple - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Kacang Buncis Goreng Telur Simple

Trending

Resepi Kacang Buncis Goreng Telur Simple

Dalam banyak-banyak sayur, kacang buncis adalah di antara sayur yang Kak Bell suka. Kalau omputih namanya sayur French Bean. Kacang buncis ni tergolong dalam jenis sayur kekacang yang kaya dengan kandungan protein dan vitamin.Sayur buncis ni dapat membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi. Melalui ujian makmal yang dilakukan, telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.


Kak Bell pun memang selalu memasak kacang buncis sebab cepat masak dan rasanya yang manis. Kali ini Kak Bell kongsikan resepi Sayur Buncis Goreng Telur Simple dan beberapa Koleksi Resepi Masakan Kacang Buncis yang lainnya. Bolehlah nanti anda semua cuba.

Bahan A
1 ikat kacang buncis
2 biji telur
1 sudu udang kering/geragau
1 sudu besar sos tiram
Minyak masak
Garam & perasa

Bahan B (hiris)
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah

Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan hiris (Bahan B) hingga wangi.
2) Tambahkan udang kering/geragau dan kacau seketika.


3) Masukkan sos tiram dan kacau.
4) Masukkan kacang buncis dan masak hingga separuh masak.

5) Tambahkan garam dan serbuk perasa.
6) Ketepikan sayur buncis, pecahkan telur di tengah kuali.


7) Biarkan telur masak/mengeras sekejap dan kacau rata semua bahan.

TIPS!
  • Boleh tambahkan karot/lobak
  • Untuk rencah boleh gunakan udang segar atau ikan bilis
  • Masak sekejap di atas api kerana sayur buncis mudah masak
  • Rendam dengan air yang ditambah garam supaya sayur segar dan bersih
  • Boleh gunakan kiub ayam jika tidak gunakan sos tiram, perasa
  • Tambahkan sedikit sahaja air jika ingin sedikit berkuah

Mudah sahaja kan cara nak memasak sayur buncis telur. Untuk Koleksi Resepi Masakan Kacang Buncis, bolehlah semak di bawah ni. Selamat mencuba!


Resepi Kacang Buncis Goreng Telur & Hati Ayam
Resepi Kacang Buncis Salted Egg
Resepi Kacang Buncis Tumis Daging Kisar
Resepi Kacang Buncis Goreng Sambal
Resepi Kacang Sepat Campur Buncis
Resepi Nasi Goreng Kacang Buncis
Resepi Kacang Panjang Tumis Telur
Resepi Kacang Buncis Dengan Kobis Unggu

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post