Hi korang! Akhirnya berjaya juga Kak Bell menonton sekuel kedua Wonder
Women iaitu Wonder Woman 1984. Semasa mula tayang, hanya pawagam GSC Cinemas
Alamanda sahaja yang dibenarkan beroperasi untuk tayangan WW84 berikutan
kawasan lembah Klang di bawah kawasan PKPD. Jadi menunggulah Kak Bell dengan
hampa sebab tak dapat hendak keluar ke pawagam untuk menonton.
Wonder Woman 1984 memang menjadi filem yang ditunggu-tunggu sebagai filem
penutup tahun 2020 setelah kejayaan filem Wonder Women (2017). Ternyata selepas menonton, expectation terhadap WW84 meleset sama sekali.
Filem WW84 ni tidahlah seteruk mana tetapi sensasinya memang kurang tidak
seperti kali pertama menonton filem yang pertama. Terus bagi spoiler yang
WW84 tidak begitu memuaskan!
Pengarah: Patty Jenkins
Muzik: Hans Zimmer
Penerbit: Gal Gadot, Patty Jenkins, Zack Snyder, Deborah Snyder, Geoff Johns, Charles Roven, Stephen Jones
Pelakon: Gal Gadot (Diana Prince), Chris Pine (Steve Trevor), Kristen Wiig (Barbara Minerva), Pedro Pascal (Maxwell Lord), Robin Wright (Antiope), Connie Nielsen (Hippolyta), Lilly Aspell (Young Diana).
Release date: December 17, 2020 (Malaysia)
Steve Trevor Hidup Semula!
Wonder Woman 1984 sebuah cerita yang berlatarkan tahun 80-an iaitu tahun
1984 seperti dengan tajuknya. Diana Prince (Gal Gadot) kembali beraksi
dengan kekasihnya, Steve Trevor (Chris Pine) yang 'dihidupkan semula' selain
beberapa pelakon baru seperti Barbara Ann Minerva/Cheetah Girl (Kristen
Wiig) dan Maxwell Lord (Pedro Pascal) yang kedua-duanya memegang watak
villain.
Filem dimulakan dengan 2 babak menarik di mana kisah throwback semasa Diana
masih kecil yang beradu ketangkasan dengan pahlawan yang lebih berusia
darinya dan babak aksi rompakan berlian di shopping mall. Untuk permulaan
filem berjalan baik dan Kak Bell masih teruja untuk terus menonton.
Diana Prince yang bekerja sebagai ahli arkeologi di Muzium Smithsonian,
Washington DC telah diminta oleh FBI untuk mengidentifikasi sebuah batu
citrine artifak lama dengan menggaji seorang ahli gemologi, Barbara Minerva
(Kristen Wiig) untuk lakukan peneltian. Watak Barbara yang nampak clumsy,
tidak percaya diri, nampak terlalu cliche pada saat kemunculannya dan Kak
Bell dah boleh agak dia akan jadi musuh Diana Prince.
Barbara Ann Minerva
Cheetah Girl
Kemudian mereka berdua ni secara diam-diam membuat permintaan kepada Dream
Stone tersebut di mana Diana berharap Steve Trevor kembali hidup dan Barbara
mengimpikan dirinya menjadi seperti Diana tanpa mengetahui yang batu
tersebut dapat mengabulkan keinginan sesiapa yang memegangnya.
Selain Diana dan Barbara, seorang jutawan dikenali sebagai Maxwell Lord turut memegang batu tersebut setelah mencurinya dari Barbara dan telah mencetuskan pelbagai malapetaka hasil daripada permintaannya.
Dreamstone ni sebuah relic yang dicipta oleh dewa jahat, God of Treachery and Mischief, Dechalafrea Ero dan mempunyai kekuatannya untuk mengabulkan segala keinginan yang dibuat, tetapi hanya satu permintaan dikabulkan untuk setiap orang. Walaupun permintaan dimakbulkan, tetapi batu tersebut akan turut mengambil juga sesuatu dari orang yang berbuat hajat.
Wonder Woman 1984 Membawakan Mesej Cinta & Rasa Syukur
Dari awal filem hinggalah pertengahan filem, WW84 ni memanglah sangat lambat
perjalanan kisahnya. Memang sangat membosankan sebab semua pengenalan dibuat
detail dan terlalu panjang supaya penonton faham. Untuk WW84 tiada aksi
sehebat filem yang pertama dan membuatkan aksi lawan si Wonder Women sedikit
membosankan. Hujung-hujung adalah aksi Diana berlawan dengan Cheetah Girl
dan aksi-aksi biasa menggunakan tali lasso (Lasso of Truth). Terus terang
aksi tersebut kurang memberangsangkan dan scene berlawan dengan cheetah pun
dalam suasana terlalu gelap hinggakan tak berapa nampak kostum cheetah
dengan frame yang terlalu cepat.
Seperti poster filem WW84, Diana Prince tampil dengan kostum baru berwarna
emas beserta dengan sayap iaitu Golden Eagle Armor yang sebelum ini
kepunyaan pahlawan Themyscira, Asteria. Memang nampak gah tapi akhirnya
berjaya juga Cheetah Girl patah-patahkan perisai tersebut.
Untuk suasana latar tahun 1984 yang dipilih sekurang-kurangnya berjaya
apabila pakaian, kereta-kereta klasik dan bangunan lama membantu membawakan
tema zaman 80-an. Babak awal filem WW84 ni akhirnya menampakkan mesej yang
dibawa di babak akhir filem bila Diana menarik balik hajatnya supaya Steve
Trevor kembali hidup dan mengajarkan rasa syukur atas apa sahaja yang kita
miliki. Keinginan yang berlebihan, tamak, hanya akan membuat manusia menjadi
lebih parah dan kejam.
Yang penting Kak Bel kecewa dengan WW84. Harap-harap sekuel seterusnya akan
lebih aksi dan lebih baik. Kak Bell bagi 5 bintang aje!