Ulasan Filem Tenet (2020) | Karya Christopher Nolan Yang Sentiasa Memeningkan! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Ulasan Filem Tenet (2020) | Karya Christopher Nolan Yang Sentiasa Memeningkan!

Trending

Ulasan Filem Tenet (2020) | Karya Christopher Nolan Yang Sentiasa Memeningkan!

Hi semua! Ramai yang beri cadangan filem-filem yang patut Kak Bell tonton. Nampak filem yang dicadangkan tersebut semuanya best dan macam seronok untuk ditonton. Dari senarai tersebut, Kak Bell tonton dahulu filem Tenet (2020). Nanti bila ada kelapangan, Kak Bell tonton filem lain pula. Tayangannya Tenet ni pada Ogos lepas walaupun masih dalam suasana pandemik dan Kak Bell tak sempat ke panggung pun untuk menonton.


Filem arahan Christopher Nolan macam biasalah agak memeningkan kepala dengan konsep filemnya seperti Inception dan Interstellar yang berkonsepkan masa. Kita dah biasa dengan cerita time travel ke hadapan tetapi filem ini masanya bergerak songsang balik ke belakang.


Filem ini dilakonkan oleh anak Denzel Washington sebagai watak utama iaitu John David Washington sebagai The Protagonist (tiada nama watak diberikan), Robert Pattinson & Clémence Poésy (pelakon Harry Potter) dan kemunculan aktress Bollywood Dimple Kapadia.



Pengarah: Christopher Nolan
Penulis: Christopher Nolan
Pelakon: John David Washington (The Protagonist), Robert Pattinson (Neil), Elizabeth Debicki (Kat), Kenneth Branagh (Andrei Sator), Clémence Poésy (Barbara), Dimple Kapadia (Priya).
Muzik: Ludwig Göransson
Budget: 205 million USD
Box office: 363.1 million USD
Mula Tayang: August 12, 2020 (USA)


Alur Cerita Dengan Konsep Time Inversion/Terbalik Ke Belakang

Filem Tenet terus dimulakan dengan babak aksi di teater opera yang terletak di Kyiv, Ukraine. Ahli Tenet telah diarahkan untuk mendapatkan barang yang dicari oleh pengganas. Masa babak awal ni, korang akan perasan konsep cerita ni dimana ada watak yang tiba-tiba melakukan watak berulang dan babak peluru tiba-tiba hilang seperti di tarik ke arah belakang.


Protagonist akhirnya tertangkap dan bunuh diri dengan menelan peluru sianida then tiba-tiba hidup semula. Rupanya sianida palsu tersebut adalah ujian buat Protagonist dan dia direkrut oleh CIA ke dalam pasukan khas Tenet. Kemudian Barbara (Clémence Poésy) terangkan tentang peluru yang telah disongsangkan (inverted). Ok sis nak terangkan pun pening. Nanti bila dah tonton, korang akan paham.

The Protagonist dan Neil (Robert Pattinson) memulakan misi di India untuk caritahu dari mana datangnya peluru inverted tu. Rupanya, Priya (Dimple Kapadia) juga seorang ahli Tenet dan beritahu yang asal peluru tersebut dari penjahat bernama Andrei Sator (Kenneth Branagh).


Andrei Sator ni katanya mempunyai 'bantuan dari masa hadapan' dan dia ni dapat songsangkan/inverted sebarang benda. Dengan meradiasi objek, manusia, Reverse Entropy berlaku dan hasilnya benda akan jadi terbalik/inverted. Api jadi ais, peluru bukan ditembak tapi ditangkap, bergerak ke belakang dan manusia menghirup CO2 bukannya menghembus CO2. Jadi orang yang masuk ke time inversion ni, kena pakai oksigen sebab nanti tak boleh bernafas.


Jadi tugas Tenet ni untuk halang Sator dapatkan plutonium supaya Sator tak berjaya cipta senjata dan susun semula 'The Algorithm' yang ada 9 bahagian, seterusnya halang Perang Dunia ke-3.

Pening tak? Mula-mula tu memang agak pening sebab tak dapat nak bayangkan sebab benda terbalik ni berlaku juga pada waktu realiti yang betul ni. Jika orang yang dah 'inverted', mereka ni tak boleh bertembung dan nampak muka mereka sendiri kalau tak depa akan musnah. Masa adegan tembak-menembak, kejar mengejar semua jadi kacau-bilau sebab ada yang ke belakang ada yang ke depan. Jadi, penonton kena tonton dan fokus dengan teliti untuk paham.


Tiada Watak Yang 'Outstanding' Dalam Tenet

Untuk lakonan, semua pelakonnya melakonkan watak pada level yang sama. Tiada yang lakonannya outstanding. Walaubagaimanapun, lakonan Robert Pattinson ok jugalah sebab Kak Bell asyik terpengaruh dengan lakonan dia dalam The Twillight aje. Jadi watak dia dalam filem ni menampakkanlah sis ilakonan dia yang lain. Watak The Pratogonist yang dilakonankan oleh John David Washington pula rasa macam kurang menyerlah. Sepanjang menonton, cuma terlalu fokus pada benda-benda inverted tu supaya nak lebih paham.



Akhir cerita, The Protagonist, Neil dan Ives berjaya halang Sator dapatkan bahagian komponen Algoritma. Kemudian Neil ni bagitahu yang dia ni dari masa hadapan dan direkrut oleh The Protagonist itu sendiri dan The Protagonist sendiri adalah orang di sebalik seluruh operasi Tenet dan yang merekrut semua orang yang terlibat di dalamnya. Macam tu pulak rupa-rupanya. Mesti ada sambungan agaknya kot kan?

Cerita Tenet ni ok je untuk ditonton. Pada mulanya memang tak paham tapi dalam alur cerita tu korang akan paham sendiri macam mana. Pada Kak Bell menarik juga filem dengan konsep time inversion ni. Bolehlah! Kak Bell bagi 6 bintang!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post