Hi! Sejak PKP musim Covid-19 ni dah hampir setahun Kak Bell hanya sempat
menonton 1 filem sahaja di panggung September lalu filem Peninsula. Hajat nak tonton filem terbaru Wonder Women pun tak kesampaian.
Terpaksalah nanti tengok kemudian.
Kak Bell sebelum ni belum pernah buat ulasan tentang filem Hindi. Kebetulan
cuti panjang 7 hari, Kak Bell menonton filem epik lama
Bajirao Mastani (2015) dan Padmaavat (2018). Dalam
banyak-banyak filem Hindi cuma ada beberapa sahaja filem yang memang
betul-betul Kak Bell suka seperti Devdas, Mohabbatein dan Kaho Naa... Pyaar
Hai. Ada la beberapa filem lain tapi tak ingat tajuknya. Filem-filem dan
artis Bollywood baru memang tak kenal lah citer dia. Kak Bell kongsi tentang
filem Bajirao Mastani dulu. Later menyusul filem Padmaavat.
Bajirao Mastani filem yang berkisah tentang cinta segi tiga dan poligami
yang diadaptasi dari novel tulisan Nagnath S. Inamdar, bertajuk Rau dan
diarahkan sutradara Sanjay Leela Bhansali. Filem yang dilakonkan oleh
pelakon baru papan atas Bollywood dengan kos pembuatan sebanyak US$18
million ini telah berjaya mengalahkan kutipan filem Dilwali lakonan Shah
Rukh Khan dengan kutipan box-office US$50 million dan menjadi filem dengan
kutipan paling tinggi sepanjang masa bagi filem Hindi. Filem ni juga telah
memenangi lebih dari 60 Awards jadi mestilah Kak Bell teruja nak
menontonnya. Itu pun sebab tertengok trailernya di YouTube.
Pengarah: Sanjay Leela Bhansali
Penulis: Nagnath S. Inamdar (novel), Sanjay Leela Bhansali, Prakash Kapadia
Pelakon: Ranveer Singh (Peshwa Bajirao Ballal), Deepika Padukone (Mastani), Priyanka Chopra (Kashi), Tanvi Azmi (Radha Maa)
Film yang terinspirasi dari sejarah India pada era abad ke 17 ni
berlatarkan zaman perang Mughal-Empayar Maratha iaitu zaman perang Empayar
Islam-India dan mengisahkan Bajirao/Peshwa (perdana menteri) kerajaan
Maratha lakonan Ranveer Singh yang jatuh cinta pada gadis beragama Islam, Mastani, sedangkan
Bajirao telah mempunyai isteri iaitu Kashibai/Kashi lakonan Priyanka
Chopra.
Perjalanan cerita dari awal pada Kak Bell ok sahaja tak boring sebab Kak
Bell memang suka kalau cerita berlatarkan zaman dahulu sebab latar, kostum
baju pastinya sangat cantik dan menarik. Masa perang, Bajirao telah
didatangi tetamu semasa berehat dalam khemah untuk minta pertolongan Bajirao
melawan serbuan tentara Kerajaan Mughal. Selepas berlawan, rupa-rupanya
Mastani, puteri Maharaja Chhatrasal dari kerajaan di Bundelkhand yang datang
sendiri dalam pakaian perang supaya Bajirao agar menolong kerajaan ayahnya.
Bajirao menyanggupi permintaan Mastani untuk menolong kerajaan ayahnya. Mana
taknya, bukak-bukak je topi perang, nah rambut panjang ikal menawan macam
iklan syampoo.
Masa perang Bajirao dan Mastani berperang bersama melawan tentara Kerajaan
Mughal dan ketika perang nyawa Bajirao diselamatkan oleh Mastani. Masa
perang tu konpius Kak Bell tengok Mastani ni tetap dengan rambut tak berikat
dia pergi berperang. Layankan ajelah sebab dia cantik. Mastani yang cedera
dan Bajirao memberikan pisau belati sebagai tanda terima kasih kepada
Mastani. Bijarao ni mulanya tak tahu yang Mastani ni Muslim sebab ayah
Mastani ni Hindu tapi kahwin dengan isteri dia Muslim.
Ikut tradisi di Bundelkhand, kalau lelaki berikan belati ke seorang wanita
ianya telah dianggap sebagai simbol nikah. Bagi je belati maksudnya terus
dah kahwin, tapi Bajirao tak tahu tradisi ni. But masa babak tu nampaklah
macam dah ada bibit-bibit yang Bajirao suka pada Mastani sebab dia menoleh
ke arah istana masa dia nak balik ke kerajaan Maratha tapi Mastani tak pergi
menghantar dia.
Mastani pun gila-gila jatuh cinta kepada Bajirao dan anggap Bajirao sebagai
suaminya. Lepas menang perang, kerajaan Mastani hantarlah emas berlian bagai
sebagai balasan terima kasih dan Mastani berkeras nak ke Kerajaan Maratha
dan dijadikan sebagai hadiah juga sebab nak jumpa Bajirao. Kedatangan
Mastani di Maratha disambut dingin oleh keluarga Bajirao dan awalnya Mastani
hanya diterima sebagai penari di kerajaan. Akhirnya Mastani diterima sebagai
isteri Bajirao dan tinggal di Maratha lepas dapat persetujuan Raja Maratha.
Kira licik jugalah Mastani ni selain pandai menari dan gagah berperang.
Mulalah bab cinta dan kesadisan hidup Mastani. Disebabkan beza agama, jadi
Mastani tidak dianggap sebagai isteri dan dianggap sebagai penari atau
perempuan simpanan sahaja oleh mak Bajirao, Radha Maa lakonan Tanvi Azmi.
Kashi mulanya tak tahu yang Mastani dah syok kat Bajirao cuma si Radha Maa je
tahu sehinggalah Kashi sendiri nampak Bajirao peluk Mastani. Bukan nampak
depan mata, tapi dari biasan cermin dari dewan menari dipantul terus ala-ala
projektor terus ke bilik Kashi. Nanti tengokla sendiri, payah nak citer.
Bab tarian, lagu dan kostum memang lawa. Lagu Deewani Mastani pun best.
Mewah sangat dengan keadaan dewan menari yang meletop cantik dengan warna
latar yang sama warna. Nampak macam semuanya berwarna mewah emas. Dulu Kak
Bell fave lagu filem Devdas je.
So si Kashi dan Mastani ni masing-masing dapat anak lelaki tapi masa Mastani
beranak tak ada bidan pun yang bantu, dia beranak sendiri dengan bantuan
Bajirao. Watak jahat tentulah si Radha Maa, yang akhirnya menangkap Mastani
ketika Bajirao pergi berperang. Sebelum ni percubaan bunuh Mastani gagal dan
Mastani dirantai dalam kurungan bersama anak dia.
Kesemua pelakon memang melakonkan watak masing-masing dengan baik. Kak Bell
suka sebab tak ada scene lawak-lawak spastik macam dalam kebanyakkan filem
Bollywood. Cringe sangat sis rasa. Priyanka betul-betul menghayati watak sebagai Kashibai, seorang isteri yang dalam kesedihan dan keadaan Mastani pun buat sis sedih
jugak. Yang penting filem ni bukan happy ending. Kak Bell malas nak cerita,
korang tonton sendiri ya.
Cerita ni memang sangat best dan tak rugi ditonton. Korang akan nikmati
kisah Mastani yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban, dicerca,
dicaci sebab cintakan Bajirao yang berbeza agama. Kashi pula diabaikan
kerana cinta Bajirao yang berpaling tanah dan Bajirao sendiri yang ternyata lebih memihak
cintanya kepada Mastani walaupun masih meletakkan Kashi ditempatnya sebagai isteri pertama. Bab sentimen agama ni agak sensitif untuk
dibicarakan tapi ianya sekadar pengisian cerita cinta berbeza agama dalam
Bajirao Mastani. Padanlah menang banyak anugerah sebab memang best!
Kak Bell bagi 8/10 bintang!