Fon telinga tanpa wayar atau airbuds bukanlah sesuatu yang baru di pasaran.
Selepas Apple mengeluarkan AirPods, banyak syarikat pengeluar telefon
Android turut mula mengeluarkan fon telinga tanpa wayar seperti Apple.
Sebelum adanya inovasi fon telinga tanpa wayar ni memang agak leceh bila
mendengar musik dengan wayar fon telinga yang berbelit dan tak boleh
bergerak bebas. Bermula tahun lepas, Kak Bell dah mula menggunakan wireless
earphones dari salah satu jenama Android tempatan. Bagi yang sukakan musik
kuat untuk kepuasan memang wajarlah guna fon telinga tanpa wayar yang amat
memudahkan dan versatil.
Sekarang Kak Bell dah ada 2 unit wireless earphone sebagai koleksi dan bulan
lalu Kak Bell telah dilamar oleh SUDIO Sweeden untuk mencuba model
terbaru fon telinga tanpa wayar mereka iaitu
SUDIO NIO! Jom baca lebih lanjut untuk mengetahui apa yang menarik tentang fon
telinga tanpa wayar terbaru SUDIO NIO ini.
SUDIO NIO Yang Versatil Dengan Kualiti Audio Suara Luar Biasa
Sudio adalah sebuah syarikat teknologi audio yang berpusat di Stockholm,
Sweden dan ditubuhkan pada tahun 2012 dengan matlamat penghasilan peranti
audio premium yang memenuhi standard bunyi, rekabentuk dengan gaya
sederhana. Untuk koleksi aksesori audio tanpa wayar SUDIO sebelum ini adalah
Sudio Tolv, Sudio ETT, Sudio Tolv R dan Sudio Fem. Kak Bell
pernah dengar jenama ni tetapi ini adalah kali pertama Kak Bell
gunakannya.
SUDIO NIO ini dilancarkan pada 11 Januari 2021 dan merupakan buah
tangan terbaru Sudio Sweden yang menampilkan kualiti suara yang luar biasa,
versatil dengan keselesaan tinggi pada harga yang mampu milik.
“Nio bridges a wide gap in the earphone market,” says Sudio CEO Johan Gawell.
“The market has become very divided for the average consumer who values sound quality. Most true wireless earphones are simply out of reach, and Nio is designed to bridge this gap by providing an accessible listening experience. The beauty of Nio is its versatility, offering something to every segment of the audio market.Great sound, great fit, great price.”
Pilihan Warna
Terdapat empat warna pilihan bagi Sudio NIO iaitu
hitam, putih, hijau, dan warna pasir (neutral hue sand color). Warna
sand adalah warna terbaru dan eksklusif untuk Sudio NIO yang baru
dilancarkan. Kak Bell sudah mempunyai koleksi wireless earphone berwarna
putih dan kuning, jadi Kak Bell memilih warna hitam untuk koleksi terbaru
dari Sudio. Bila tengok semula warna sand ni lawalah pula!
Aksesori
Dalam kotak Sudio NIO dibekalkan 1 kabel USB, 1 kain pengelap kecil dan 4
wing tip dengan saiz berbeza mengikut kesesuaian dan keselesaan telinga
pemakai.
Rekabentuk
Dari segi rekaan, kedua-dua belah fon telinga ini mempunyai rekaan yang
sama. Ada Touch panel control, lampu LED,
adaptive dual mikrofon (ADM) dan pin copper untuk pengecasan
di bahagian bawah fon telinga nirwayar Sudio. Bekas simpanan yang
berfungsi sebagai pengecas mempunyai warna yang sama dengan fon telinga
tanpa wayar tersebut dan kedua-duanya dibuat dari plastik.
Kedua-dua earphone wireless NIO ini menggunakan
touch panel control dan automatic pairing. Jadi tidak perlu
menekan butang dan hanya sentuh pada panel tersebut. Terdapat butang reset
di bawah bekas penyimpanan dan port pengecas ada di bahagian kanan bekas
simpanan. Untuk mikrofon, Sudio NIO menggunakan teknologi mikrofon dwi
adaptif yang akan batalkan bunyi bising ketika membuat atau menerima
panggilan.
Spesifikasi
Kuasa bateri pada earbuds adalah 35mAh, manakala bateri pada bekas simpanan
adalah 400mAh. Menurut Sudio, Sudio NIO boleh bertahan selama lebih 5.5 jam
hingga 20 jam (termasuk penggunaan bersama dengan bekas). Bekas penyimpanan
mengambil masa 90 minit untuk dicas penuh. Pemacu audio yang digunakan
bersaiz 10MM dengan 2 lubang udara untuk melegakan tekanan telinga dan
menjanjikan pengalaman audio yang baik.
Sudio NIO juga mempunyai perlindungan IPX4 dan muzik tidak akan berhenti
kerana peluh atau hujan dan menjadikan NIO sangat sesuai digunakan ketika
menaiki kenderaan atau aktiviti berlari.
True Wireless
Touch panel control
IPX4 Splash Proofing (waterproof)
Play Time: 5.5 hours (one charge)
Total playtime: 20 hours
Charging type: USB Type C
Time to full charge: 90 minutes/1.5 hours
Battery (case): 3.7v, 400 mAh
Battery (earbuds): 35 mAh
AUDIO SPECIFICATIONS
Driver size: 10 mm
Frequency range: 20Hz – 20KHz
Impedance: 32Ω
Sensitivity: 114dB
BLUETOOTH®
A2DP v1.3/AVRCP v1.5/HFP v1.6
Version: Bluetooth 5.0
Bluetooth range: 10 meter
Notes:
IPX4: Is resistant to water splashes from any direction.
IPX5: Can resist a sustained, low-pressure water jet spray.
IPX6: Can resist high-pressure, heavy sprays of water.
Harga
Nio dijual pada harga $79 USD di Sudio.com (RM359).My Verdict
Sebelum ini Kak Bell gunakan airbuds Realme. Disebabkan Kak Bell tak pernah
gunakan earphone wireless yang lain jadi pendapat Kak Bell hanya
perbandingan di antara jenama ini sahaja.
Untuk saiz bekas simpanan yang berfungsi sebagai pengecas ini saiznya lebih
kurang sahaja dengan realme. Cuma lebih lebar sedikit dari 45.3 mm. Sudio
NIO masih versatil, mudah di bawa ke mana-mana dan di simpan. Untuk 4 saiz
wingtip tu, Kak Bell selesa pakai saiz yang ke-3 yang muat selesa di
telinga. Wingtip getah yang saiz paling besar tu ok, bunyi lebih kuat sebab
betul-betul menutupi lubang telinga tetapi buat telinga rasa sakit selepas
beberapa masa. Yang penting, rekaannya minimalis tetap elegan dan versatil.
Sudio NIO mempunyai bass yang memuaskan berbanding realme tatapi realme ada
Dynamic Bass Boost Driver yang menghasilkan bunyi yang lebih kuat. Walaupun
Kak Bell dah naikkan volume ke tahap paling tinggi untuk Sudio NIO, volume
airbuds realme masih boleh dikuatkan lagi. Mod pembatalan hingar (Noise
Cancellation) bagus, sampai kawan bercakap sebelah pun kita tak akan dengar.
Yang penting kena pakai airbuds NIO ni betul-betul dengan wingtip yang
sesuai supaya muzik yang di dengar tidak bocor keluar.
Ketika memandu, Kak Bell rasa kurang puas mendengar NIO sebab kurang kuat.
Jika mendengar di tempat sunyi, dalam bilik memang akan dengar
clarity dan bunyi bass Sudio NIO yang seimbang dan dinamik macam
bunyi dalam studio. Ni Kak Bell bezakan kadar kekuatan volume untuk Sudio
NIO dengan realme airbuds. Walaupun kurang kuat sedikit, tapi bila layan
video 4K Taylor Swift Tour ni memang power bunyi dia.
Mana-mana jenis muzik pun sangat jelas dan sangat memuaskan untuk
pendengaran dalam jangka panjang. Thanks to its 10mm driver!
Dengan perlindungan IPX4 Splash Proofing, ianya anti-peluh dan muzik tak
akan berhenti jika sedang melakukan aktiviti dan berpeluh. Ketika terima
panggilan, sedang mendengar muzik, kedua-dua belah airbuds NIO ni berfungsi
dengan kualiti audio yang baik.
Kemudian Sudio NIO ini tak ada sensor untuk wear detection dimana
apabila set fon telinga ini dicabut dari telinga muzik yang sedang dimainkan
tidak akan berhenti seperti airbuds Realme yang Kak Bell sedang pakai. Jadi
kena pause muzik atau video tontonan pada handphone. Touch panel NIO sangat
sensitif dan Kak Bell selalu Auto Play/Pause ketika membetulkan NIO di
telinga. Untuk support touch panel sama sahaja dengan airbuds lain. Untuk
pause/play sekali tap, next song 2 kali tap dan untuk naikkan volume tap 3
kali bahagian kanan earbud NIO dan vice versa.
Proses penyambungan bluetooth-nya pula agak baik dan ada juga kadangkala
sebelah tiba-tiba tidak berfungsi dan lambat untuk pairing semula. Selepas
masukkan ke telinga, earphone NIO akan auto-on dengan bunyi 'power on' untuk
kedua-dua belah dan kemudian notifikasi 'pairing successfull'. So far
kualiti bunyi & prestasi Sudio NIO masih terbaik dengan kelebihan bunyi
bass yang dinamik pada harga yang standard mampu milik. Kalau anda hendak
mencuba keseronokan menghayati musik, boleh cuba dengan mendengar lagu 8D.
Bagi anda yang ingin mencuba Sudio NIO terbaru, boleh dapatkan 15% diskaun
dengan kod BELLANIO. Jangan lupa mendaftar di Sudio SPHERE dengan keahlian percuma,
extended warranti, menjadi pelanggan awal untuk produk baru serta
promosi lain. Penghantaran adalah percuma ke seluruh dunia dengan jaminan
antarabangsa 3 tahun dengan Sudio SPHERE.
15% off code: BELLANIO
FREE Delivery Worldwide
3 Years Sudio SPHERE Warranty
Beli di sini >
SUDIO NIO
Maklumat lanjut boleh rujuk di bawah: