Resepi Pengat Labu Gula Merah Paling Mudah (Serawa Labu) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Pengat Labu Gula Merah Paling Mudah (Serawa Labu)

Trending

Resepi Pengat Labu Gula Merah Paling Mudah (Serawa Labu)

Resepi Pengat Labu Gula Merah Paling Mudah (Serawa Labu) | Hi semua! Entri ni sambungan dari Resepi Labu Goreng Crispy semalam. Kak Bell dah bahagikan sebahagian labu tu untuk dibuat pengat atau serawa. Mulanya confuse juga nak panggil pengat atau serawa. Rasanya kedua-duanya adalah menu yang sama, cuma panggilannya berbeza mengikut tepat. Kalau Kak Bell salah boleh lah betulkan. Komen sahaja di bahagian komen sebagai perkongsian ilmu.

Resepi Pengat Labu Gula Merah Paling Mudah (Serawa Labu)

Kalau tak salah serawa adalah panggilan orang Utara, dan dari tempat lain memanggilnya pengat atau bubur sahaja. Cara memasaknya memang sangatlah mudah dan menggunakan beberapa bahan sahaja seperti gula pasir, gula merah, air dan santan sebagai bahan utama. Ada juga yang menambahkan sagu atau jagung sebagai padanan untuk masakan pengat labu.


Untuk cara memasak, ada yang menyediakan semua bahan termasuk santan dan kemudian masukkan labu tetapi Kak Bell masukkan santan kemudian setelah labu masak dan lembut, baru santan dimasukkan. Pengat labu Kak Bell ni memang tak dirancang pun nak buat. Tak ada tambah sagu dan paling loser nya daun pandan pun tak ada. Walau apapun, still menjadi pengatnya!

Bahan-bahan
1/2 biji labu *saiz kecil
1/3 santan kotak *boleh adjust kuantiti
1 helai daun pandan
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula melaka/merah
Air secukupnya
Sedikit garam


Cara penyediaan:
1) Kupas kulit labu dan bersihkan.
2) Masukkan gula pasir, gula merah, daun pandan dan air dalam periuk. Didih sampai bahan larut.
3) Masukkan labu dan biarkan labu lembut.

Resepi Pengat Labu Gula Merah Paling Mudah (Serawa Labu)

4) Masukkan santan, sedikit garam dan kacau supaya santan tak berketul.
5) Sedia dihidangkan.

Resepi Pengat Labu Gula Merah Paling Mudah (Serawa Labu)


TIPS!
  • Tutup periuk dan masak di atas api perlahan sehingga labu agak empuk atau lembut.
  • Jangan terlalu lembut kerana labu akan mudah hancur.
  • Anggarkan semua bahan termasuk garam secukupnya supaya ada rasa lemak-lemak sedap.
  • Boleh kurang atau tambah kuantiti gula ikut tahap kemanisan yang disukai.


Kalau pengat, Kak Bell suka sedikit manis. Tapi janganlah manis sampai potong kaki. Ikut preference masing-masing untuk tahap kemanisan sebab dah pakai gula pasir, gula melaka lagi memang dah manis bebenor dah nanti. Resepi pengat ni pun sekejap aje pun dah siap, didhkan bahan-bahan, kemudian labu, santan, siap! Esok-esok Kak Bell buat pengat yang lawo sikit kejadiannya dengan sagu dan daun pandan ya. Yang ini sebab dah lapar, menjadik ajelah ikut apa yang ada. Kucing kat rumah ni pun sibuk nak makan labu. Zaman dulu sekor pun tak nak jamah kalau bagi labu+ayam. Nantilah mama ko buatkan lepas ni. Hehe. Selamat mencuba!

resepi pengat labu azie kitchen, resepi pengat labu dan tepung, resepi pengat labu dan keledek, resepi pengat labu dan pisang, resepi pengat labu dan jagung, resepi pengat labu mat gebu, resepi pengat labu che nom, pengat labu gula merah, resepi serawa labu, resepi serawa labu sagu, resepi labu, pengat labu in english, resepi serawa labu azie kitchen,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post