Pasir, Cat Litter Jenis Apa Yang Terbaik Untuk Kucing? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pasir, Cat Litter Jenis Apa Yang Terbaik Untuk Kucing?

Trending

Pasir, Cat Litter Jenis Apa Yang Terbaik Untuk Kucing?

Hi semua. Sebelum ini Kak Bell ada kongsikan tentang Tip Memilih Makanan Kucing, Tip Bagi Kucing Makan Ubat dan juga yang lain-lain. Dalam entri Tip Persediaan Bela Kucing, ada Kak Bell senaraikan beberapa barangan yang diperlukan untuk menjaga seekor kucing. Antaranya ialah pasir kucing (cat litter). Pasir kucing mestilah item yang penting sebab ianya keperluan asas untuk kucing menunaikan hajat mereka.


Setelah hampir 10 tahun membela kucing dan sekarang pun dah mencecah 20 ekor, pelbagai jenis pasir kucing telah Kak Bell cuba. Yang mahal, murah, memudahkan dan bahkan yang melecehkan proses membersihkan bahan buangan kucing. Walaubagaimanapun, pemilihan cat litter ini juga bergantung pada kucing itu sendiri. Kadangkala ada juga yang lebih suka membuang di tandas berbanding menggunakan pasir yang disediakan.


Ada yang memilih jenis pasir dengan bau yang sedap seperti bau kopi, charcoal dan sebagainya. Disebabkan Kak Bell ada kucing yang banyak, jadi Kak Bell lebih fokus kepada jenis pasir yang menjimatkan, selamat untuk kucing dan paling penting tahap keupayaan pasir untuk 'clumping' supaya memudahkan proses pembersihan kelak.


Di pasaran terdapat pasir kucing jenis Bentonite Clay, Crystal, Pine Wood dan Tofu. Dalam 4 jenis pasir tu, Kak Bell cuma belum pernah cuba yang jenis Crystal. Pada awal-awal memang pakai pasir biasa tu lah dan kemudian guna Pine Wood untuk sebahagian bekas litter kucing dirumah. Sekarang Kak Bell dah mencuba cat litter jenis Tofu dan ternyata Tofu Cat Litter paling Kak Bell suka dan bagus.


Jenis-Jenis Cat Litter


1. Bentonite Clay

Pasir jenis ni memang paling ramai orang guna. Ada banyak jenis yang murah, sedang-sedang atau pun yang mahal. Kak Bell pernah pakai Love Cat, Fussie Cat, Glory Cat, Real Litter dan macam-macam lagi. Walaupun terdapat pilihan pasir dengan pelbagai bau, even pakai bau kopi ke apa ke tetap akan ada bau hancing dan bau yang semerbak. Bagi yang sensitif memang tak akan tahan dengan baunya.


Pasir jenis ni Kak Bell tak sarankan jika ada kucing yang banyak. Kalau ada 2 ekor kucing sahaja tak ada masalah. Brand pasir jenis ni, ada juga yang barua. Baru 2, 3 kali kencing terus pasir hancur, lembab dan bertukar warna. Kemudian Kak Bell gunakan Real Litter yang agak ok tahap clumping. Harganya pun boleh tahan. Pasir Real Litter ni jenis pasirnya halus. Jadi bila dah bergumpal, banyak kuantiti pasir yang digunakan dan ianya akan cepat habis berbanding pasir biasa. Kemudian, pasir akan jadi tanah liat yang melekat-lekat dasyat pada litter box. Satu kerja pulak nak scope tanah liat tu. 



Kemudian jika ada anak kucing, si kecik ni akan mudah makan pasir tersebut yang akan membahayakan anak kucing. Jadi kena monitor anak kucing saat toilet trained.


Untuk harga adalah pelbagai, kalau yang murah tu mesti performance pasir tu hancur. Biasa Kak Bell beli pasir yang ok dengan harga promo 3 bag RM50-RM55. Maklumlah sekali beli kene beli 6 bag.

2. Pine Wood

Pada awalnya memang best guna jenis pine wood ni. Kayu tu akan hancur bila digunakan tetapi tak akan clumping poo meow. Bau nya ok, wangi bau segar pokok pine, tak hancing tetapi leceh sebab palet kayu yang hancur dan ringan akan bersepah-sepah. Untuk memudahkan kena guna litter box yang ada 2 bahagian dengan penapis supaya habuk kayu boleh diasingkan. Kak Bell bersihkan secara manual jadi ianya agak memenatkan.



Kak Bell pernah pakai brand Fido Pine Wood Cat Litter 10L/6kg harga RM22-RM25+ dan jenis Gato Pinewood 3kg harga dalam RM12++. Pine Wood juga ok, sebab penyerapannya bagus bila menyerap urin meow tetapi tidak bagi poo kucing.


3. Crystal

Jenis ni Kak Bell tak pernah pakai. Ramai juga yang bagi feedback bagus. Tapi bila dengar kena basuh crystal tu, jemur kering dan gunakan semula, terus tak jadi pakai. Walaupun boleh digunakan banyak kali dan ekonomikal, rasaya memang tak akan gunakan jenis ni kot sebab Kak Bell tak rajin nak buat. Yang sekarang ni pun dah sejam nak mengemas semua litter, itu ini. Cuba kalau meow cirit-birit, maunya bersepah kat crystal  tu sebab dia hanya menyerap dan tak clumping.


4. Tofu Cat Litter

Ada review yang ulas yang Tofu ni tak efisien sebab serapan dia biasa-biasa. Bagi Kak Bell car litter jenis tofu ni ok. Clumping bagus, tak berdebu, tak berbau serta tak bersepah. Walaupun masih basah ianya tak melekat pada litter box macam bentonite clay dan boleh terus buang dalam toilet sebab ianya bio-degradable dan eco-friendly. Mudahkan kerja dan tak bau busuk!



Sebenarnya nak guna cat litter jenis apa turut terpulang kepada tuan dan kucingnya juga. Kadangkala bila dah beli jenis pasir yang lain, kucing pula tak nak membuang pada pasir yang baru.  So far, Kak Bell akan gunakan Tofu dan Kak Bell sangat suka. Nanti Kak Bell kongsikan review tentang Tofu Cat Litter.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post