KitKat Raikan Kedatangan Tahun Baru Cina Dengan Jongkong Emas? KitKat Gold Gold Rupanya! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal KitKat Raikan Kedatangan Tahun Baru Cina Dengan Jongkong Emas? KitKat Gold Gold Rupanya!

Trending

KitKat Raikan Kedatangan Tahun Baru Cina Dengan Jongkong Emas? KitKat Gold Gold Rupanya!

Nampak gayanya sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini mungkin tidak semeriah tahun sebelumnya setelah PKP 2.0 telah rasminya bermula semalam, 13 Januari 2021. Walaupun demikian, KITKAT, jenama coklat konfeksionari terkemuka di Malaysia bakal menceriakan sambutan perayaan anda dengan memperkenalkan keluaran edisi terhad terbaharunya iaitu KITKAT Gold.


KITKAT Gold merupakan kombinasi dwi lapis coklat bermutu tinggi dengan bahagian atasnya bersalut warna kuning emas dan lapisan coklat susu halus di bawahnya, membaluti lapisan wafer rangup KitKat. KitKat Gold dibungkus dengan pek warna emas sebagai tanda tuah dan kekayaan selain elemen-elemen sambutan perayaan seperti buih dan kilau-kilauan pada pembalutnya yang sesuai dijadikan hadiah buat keluarga dan rakan-rakan.

Kotak Perayaan KitKat Gold

Pek Pelbagai 2-Jejari


Edisi terhad KITKAT Gold boleh didapati dalam bentuk pemberian hadiah Kotak Perayaan (3 x4 Jejari), pek pelbagai 2-Jejari (8 keping untuk setiap pek) dan 4-jejari tunggal di kesemua kedai runcit utama di seluruh Malaysia.


Peraduan Menang Emas KITKAT & Hadiah Bernilai RM288,888

Bagi memeriahkan lagi musim perayaan bersempena dengan Tahun Baharu Cina dan tahun Lembu Emas, KITKAT Gold juga meraikan ketibaan 2021 yang penuh 'Ong' dengan Peraduan Menang Emas KITKAT yang berlangsung dari 8 Januari hingga 28 Februari 2021. 
Hadiah-hadiah Golden Break bernilai hampir RM288,888 yang menjadi rebutan merangkumi:

HADIAH UTAMA - KEPINGAN EMAS 4-JEJARI KITKAT - 8xpemenang
Hadiah Pertama - RM8,888 - 10x pemenang
Hadiah Istimewa - RM888 - 12x pemenang
Hadiah Mingguan - RM188 - 88x pemenang mingguan


Para pengguna berpeluang meraih Golden Break dengan mengikuti 4 langkah mudah berikut:
Langkah 1: Buat pembelian produk-produk KITKAT dengan nilai minima RM8.
Langkah 2: Tulis nama seperti dalam KP/IC dan nombor MyKad pada resit bercetak rasmi.
Langkah 3: Ambil gambar resit pembelian dengan jelas.
Langkah 4: WhatsApp gambar resit ke nombor +6018 228 3090

Susulan kejayaan KITKAT Ice cream serta cetusan inspirasi daripada KITKAT Gold baharu, Nestlé Ice Cream juga dengan bangganya melancarkan KITKAT Gold Ice Cream, iaitu satu 'golden break' dengan aiskrim berperisa wafer yang disalut dengan coklat putih dan dihiasi croquant rangup dan serpihan Wafer KITKAT.


Bersempena pelancaran dua produk 'Gold' baharunya, Nestlé Malaysia turut berbesar hati untuk memperkenalkan Ciptaan Emas tersendiri bagi KITKAT Gold, Nestle Ice Cream dan Nescafe Gold; iaitu panduan mencampur gaul perisa dan tekstur daripada tiga produk tersebut bagi menghasilkan kombinasi hebat resepi hidangan. 

Resepi baharu akan dikongsikan setiap minggu di YouTube KitKat Malaysia untuk orang ramai cuba menyediakan hidangan emas kegemaran mereka.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post