Sekarang ini kita lihat ramai orang yang memakai cermin mata tak kiralah
orang tu rabun atau tidak. Cermin mata ni macam sudah menjadi trend pada
zaman sekarang. Orang yang tak mengalami rabun pun boleh pakai cermin mata
tetapi yang takda power lah! Dulu masa kecik-kecik pun, Kak Bell suka
berangan pakai spek mata konon-kononya rabun.
Akhir-akhir ni dah mula nampak tanda-tanda yang penglihatan mata Kak bell
sedikit merosot. Kadangkala bila melihat telefon bimbit di tangan dan
kemudiannya melihat objek jauh, mata Kak Bell lambat sikit nak fokus menjadi
jelas. Kalau bab silau memang dah lama dah dan memang Kak Bell sangat tak
suka kalau memandu waktu malam.
Kebetulan pula sejak akhir tahun lepas Kak Bell banyak nampak posting
tentang kedai spek mata murah, jadinya minggu lepas Kak Bell ke Sungei Wang
Plaza untuk buat pemeriksaan mata di
Eye Smart Vision, kedai spek mata murah yang viral di Sungei Wang Plaza.
Kedai yang terletak di lantai G Sungei Wang Plaza ni memang mudah sahaja nak
cari. Naik sahaja eskalator, terus belok ke kiri dan nampaklah kedai ni.
Bila sampai je terus Kak Bell disapa ramah oleh Mr. Jimmy, pengurus
kedai yang membantu memeriksa mata Kak Bell. Setelah buat pemeriksaan,
ternyatalah memang mata ni mengalami masalah silau dan ada sedikit rabun.
Disebabkan Kak Bell memang banyak bekerja di depan komputer, balik rumah pun
masih mengadap lappy dan telefon bimbit serta selalu memandu dalam
keadaan silau semasa balik kerja shift malam, jadi memang elok sangatlah
terus buat spek mata kat sini.
Pemeriksaan manual mata
Sesi ujian membaca tulisan kecil
Rabun ni memang biasa terjadi bila meningkatnya usia atau disebabkan membaca
di dalam keadaan gelap atau kurang cahaya. Terdapat 3 jenis rabun iaitu
rabun jauh (Myopia), rabun dekat (Hyperopia) dan
rabun silau (Astigmatism). Ketiga-tiga jenis rabun ini boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur
dan terganggu tidak kiralah dalam jarak dekat dan juga jauh.
Dalam kes Kak Bell adalah silau dan ada sedikit rabun jauh. Jom baca lebih
lanjut kalau nak tahu apa lagi yang ditawarkan oleh
Eye Smart Vision buat anda yang nak membuat cermin mata di sini.
1) Harga Cermin Mata Murah Serendah RM65
Menariknya di sini harga yang ditawarkan sangatlah murah. Biasanya kalau nak
buat spek mesti dalam harga RM300 ke RM400, malah ada yang mencecah ribuan
ringgit. Di Eye Smart Vision, anda dah boleh dapatkan cermin mata
pada harga serendah RM65 untuk bingkai + multicoated lens.
2) Bingkai Lasak, Fleksible & Pelbagai Pilihan
Pilihan frame atau bingkai di sini memang banyak. Cakap sahaja nak
yang trendy, jenis lutsinar (transparent frame) atau jenis
Korean semua pun ada. Terdapat lebih 2000 jenis bingkai di sini dan korang
boleh sahaja dapatkan pandangan Jimmy untuk bingkai mana yang
bersesuaian dengan wajah.
Akan datang Kak Bell nak dapatkan frame lutisnar ni
Bingkai fleksibel
Di sini juga ada bingkai yang tahan lasak, flekisibel dan ringan. Buat
korang yang agak careless atau takut bingkai patah, memang patutlah
pakai. Kalau terduduk, terpijak, don't worry bingkai akan kembali ke
bentuk yang asal. Bagi perempuan bercermin mata dan bertudung, kebanyakan
bingkai yang ada di sini juga tidak akan mengembangkan tudung.
3) Alpha Blue 420 Lens
Terdapat 2 jenis kanta berkualiti yang dijual di Eye Smart Vision iaitu
kanta Alpha Blue 420 Lens dan kanta Sun Black Lens yang akan bertukar
menjadi gelap jika terdedah kepada cahaya matahari atau sinar UV.
Sinar biru tidak tembus kanta Aplha Blue 420
Kanta Alpha Blue 420 yang diimport dari Jepun ini sesuai bagi yang
mengalami silau yang tinggi dimana kanta ini akan menghalang cahaya/sinar
biru dan sinar ultra unggu (UV420) memasuki mata dan menyebabkan silau.
Kelebihan Kanta Alpha Blue 420
- Khas untuk silau malam seperti lampu kereta
- Sesuai jika selalu gunakan smartphone, laptop, PC
- Perlindungan 100% dari sinar biru & ultra unggu (UV420)
- Kurangkan keletihan mata untuk fokus
- 12 lapisan coating yang nipis, kalis calar, tahan lasak dan kalis air
- 1 tahun warranti
4) Cermin Mata Siap Dalam Masa 1 Jam
Sebelum ini cermin mata perlu ditempah dan mengambil masa 2 hingga 3 hari
untuk siap. Tetapi di Eye Smart Vision ini, perkhidmatan mereka sangatlah
pantas. Dalam masa 1 jam sahaja cermin mata boleh disiapkan. Sangat
menjimatkan masa dan bolehlah anda semua buat pusingan jalan-jalan dalam
Sungei Wang.
Pilihan Cermin Mata Korea Style
Bab untuk memilih bingkai ni memanglah Kak Bell tak pandai lagipun ini
adalah kali pertama Kak Bell membeli cermin mata. Memang susah Kak Bell
hendak buat keputusan nak gaya dan bentuk yang macammana. Kak Bell
diberitahu yang transparent frame ini adalah trend terkini dan
diminati ramai orang. Disebabkan bentuk muka Kak Bell yang bujur, Kak Bell
buat pilihan bingkai berwarna rose gold ala Korea style dengan kanta
Alpha Blue 420 untuk silau. Bacaan rabun Kak Bell pun tak tinggi jadi
Kak Bell akan pakai semasa memandu dan semasa bekerja sahaja lah.
Ok tak pilihan cermin mata Kak Bell?
Jadi jumlah harga cermin mata Kak Bell semuanya adalah RM125 sahaja.
Harga RM65 tu adalah untuk basic frame + lens biasa. Kalau harga biasanya
adalah RM250. Memang murah sangat dah kan?
Basic frame + lens (RM65) + Alpha Blue 420 Lens (RM60)
Basic frame + lens (RM65) + Sun Black Lens (RM60)
Jika bacaan rabun tinggi sehingga 500 pun masih boleh dapat harga yang sama
iaitu RM125. Kalau bacaan lebih dari 500, harganya lebih sedikit tetapi
masih murah berbanding kedai cermin mata yang lain.
Kak Bell sangat recommend korang yang hendak membuat cermin mata datang ke
Eye Smart Vision kerana harganya murah dan sangat berpatutan. Masa
menunggu cermin mata siap pun singkat dan paling penting pekerja di sini
sangat membantu dan akan beri penjelasan lanjut terhadap sebarang
pertanyaan.
Selain itu juga anda boleh datang ke sini dengan mudah menggunakan
pengangkutan awam seperti MRT atau Monorail sebab Sungei Wang Plaza terletak
berhampiran sahaja dengan Stesen MRT Bukit Bintang dan Stesen Monerail
Imbi.
Maklumat lanjut boleh rujuk di bawah dan anda boleh juga hubungi
Jimmy melalui nombor di bawah.
Eye Smart Vision
Lot G114, G Floor,
Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur
Operation hours: 11AM - 9PM
WHATSAPP:
http://www.wasap.my/60176027433