Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia | Jom Ketahui Cara Makan Sushi Dengan Betul - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia | Jom Ketahui Cara Makan Sushi Dengan Betul

Trending

Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia | Jom Ketahui Cara Makan Sushi Dengan Betul

Anda peminat tegar sushi? Sushi ialah salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun. Sushi diperbuat daripada nasi iaitu beras sushi yang telah diadun dengan cuka dan menggunakan inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Kalau anda nak tahu maksud 2 aksara Cina untuk perkataan 'sushi' tersebut bererti 'ikan terperam'. Sushi ini juga telah lama mendapat tempat dan menjadi kesukaan rakyat Malaysia dan digemari seluruh dunia.

Cara Makan Sushi Dengan Betul

Sebenarnya hidangan sushi ini tidak perlu dipesan dengan banyak dan dinikmati sehingga kenyang. Di sini Kak Bell kongsikan semula satu petikan twitter dari Chef Haizad Sykes, berbunyi "Sushi adalah seni sensasi untuk bermain dengan deria rasa dan otak". Rupa-rupanya, ada cara yang betul untuk kita menikmati sushi. Jom baca lebih lanjut untuk tips dan teknik bagaimana orang Jepun menikmati hidangan sushi.


Tips Dan Teknik Menikmati Sushi

1. Kicap yang dicicah tidak boleh direnjis semula. Maksudnya tidak boleh merenjis semula kicap yang telah dicicah sushi. Seeloknya, elekkan nasi dari tersentuh kicap kerana nasi sudah diadun dengan cuka.

Cara Makan Sushi Dengan Betul

2. Makan dengan tangan, bukan penyepit. Bila menggunakan tangan, bahan kimia dari peluh di jari mampu aktifkan enzim ke otak, sekaligus membangkitkan selera atau nostalgia. 

Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia

3. Kadang kala suhu daging dan bahan-bahan lain tidak sama dengan nasi, jadi kalau sushi baru buat, perlu rehatkan dulu.


4. Hanya menggunakan dua perasa iaitu wasabi dan kicap.

Eat Sushi Malaysia

5. Perlu dimakan sekaligus, tidak boleh digigit sedikit demi sedikit. Ketika gigitan pertama terus tutup mata, dan fokus pada deria rasa lidah.


6. Sushi biasanya dihidang dengan halia yang berfungsi untuk menghilangkan rasa taste sesuatu sushi, bukan sebagai perasa tambahan. Jika terlalu banyak rasa dalam mulut dikhuatiri deria akan keliru dengan jenis sushi yang seterusnya, jadi makan dulu halia untuk menghilangkan rasa itu.

Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia

7. Jangan pakai minyak wangi, sebab nak rasa deria sensasi yang nak sampaikan. Jadi anda perlukan deria lidah dan hidung untuk aktifkan enzim sekaligus hantar mesej ke otak untuk bangkitkan perasaan.

Ini pun baru Kak Bell tahu bahawa ada caranya nak makan sushi. Bagi anda yang memang peminat tegar sushi, boleh sahaja cuba membuatnya sendiri dirumah. Tidaklah sukar untuk membuat SUSHI HOMEMADE dan cara menyediakannya juga amat mudah! 

Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia

Ok, bercerita tentang sushi ni, beberapa hari lepas Kak Bell telah berkunjung ke sebuah restoren sushi di Sunway Giza Mall iaitu Eat Sushi Malaysia. Walaupun bukan seorang peminat tegar, sekali-sekala untuk lepaskan rasa mengidam, hidangan Jepun seperti sushi memang jadi pilihan Kak Bell.

Eat Sushi Malaysia, Sushi Premium Berasal Dari Australia

Eat Sushi ini mula diasaskan di Capalaba Central Shopping Centre, Australia sejak tahun 2009. Kini, Eat Sushi sudah mempunyai 6 cawangan dan cawangan Sunway Giza Malaysia ini merupakan cawangan pertamanya di luar negara. Walaupun Eat Sushi ini mula diperkenalkan di Australia, tetapi sushi mereka masih mengekalkan rasa asli sushi Jepun dengan olahan sentuhan barat citarasa Australia.

Untuk makluman anda, sushi yang dibuat di sini hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan disediakan secara segar pada setiap hari. Terdapat pelbagai jenis sushi dengan citarasa yang pelbagai boleh didapati di Eat Sushi selain bento dan tempura.

Cara Makan Sushi Dengan Betul
Green Plate - Grill Chicken (RM3.80)

Jom Ketahui Cara Makan Sushi Dengan Betul
Blue Plate - Spicy Chicken (RM2.80)

Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia
Blue Plate - Simba (RM2.80)

Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia
Grey Plate - Tempura Crabstick (RM4.80)

Kesemuaya memang lazat dengan rasanya yang tersendiri. Terus-terang, memang ada kelainan rasa sushi di sini dan amat berbeza dengan restoren sushi sedia ada yang pernah Kak Bell kunjungi. Selain sushi dan tempura, Kak Bell juga sudah mencuba Salmon Salad Bowl (RM22.50), Prawn Gyoza (RM13.50), mochi dan dessert ais krim mereka.

Bagi yang on diet, boleh cuba Salmon salad tu. Salmon dia memang banyak  dan dressing sos dia mengancam. Semuanya anda patut cuba!

Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia
Tako Karaage /Octopus (RM11.50)

Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia
Tempura Prawn Set (RM27.80)

Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia
Ebi Fry Set (RM13.90)

Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia
Yakitori (RM4.80)

Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia
Mochi

Harga sushi di sini boleh dikira amat berpatutan bermula dengan harga RM2.80 bagi 1 piring dan juga lebih murah berbanding restoran sushi yang lain. Di Eat Sushi, anda boleh menyemak harga sushi tersebut berdasarkan warna piring hidangan. Harga yang ditawarkan bagi piring berwarna biru adalah RM2.80, manakala bagi piring hijau dan pring grey/hitam dijual masing-masing pada harga RM3.80 dan RM4.80.


Set Sushi Platter

Kak Bell juga sangat tertarik dengan Set Sushi Platter mereka. Terdapat 4 jenis pilihan sushi platter yang pasti memuaskan citarasa anda semua. Buat peminat sushi yang ingin membuat tempahan pun boleh. 

sushi platter

Sushi Platter A Combo - RM84.90
Sushi Platter B Combo - RM93.90
Deep Fry Platter Combo - RM76.90
Seafood Platter Combo - RM109.90

Untuk tempahan dengan penghantaran PERCUMA adalah sekitar kawasan Klang Valley, Ampang, Cheras dan Rawang.


Kepada penggemar makanan Jepun terutamanya sushi, anda rugi besar kalau belum pernah cuba pelbagai jenis sushi di Eat Sushi Malaysia yang merupakan syurga buat peminat sushi yang lazat dan pastinya terbaik. Kak Bell pastinya akan berkunjung lagi ke sini untuk menikmati sushi mereka.

Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia

Eat Sushi - Malaysia
A-13-G, Sunway Giza Mall,
Jalan PJU5/14, Dataran Sunway,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Reservation Line : +603 7496 7318


Kredit:
www.projekmm.com
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post