Pau atau kuih pau adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan
yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalamnya. Kuih pau
yang berasal dari China ini juga dipanggil sebagai
baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow. Biasanya
teknik popular untuk memasak pau ialah dengan cara mengukus, selain digoreng
atau dibakar.
Selalunya kalau kita hendak membeli pau, kita akan nampak ada setitik
pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di
dalam pau tersebut. Ada yang menggunakan inti kari ayam, daging, kacang
merah dan sebagainya. Pau ni kalau dibuat menggunkan bread maker pun boleh
selain buat secara tradisonal macam biasa. Kalau membuat pau, pasti orang
akan tertanya-tanya bagaimana hendak dapatkan pau yang gebu? Di bawah
Kak Bell ada sediakan tipsnya.
Untuk resepi pau ini istimewanya sebab menggunakan inti daripada pelbagai
produk barangan Nestle. Demi menyahut cabaran #SnekMacamPro #DearNestle
untuk menghasilkan snek kecil dan comel, Kak Bell bersama dengan rakan-rakan
menyediakan 4 buah menu berasaskan barangan Nestle. Pau ni kita buat
berwarna-warni ala-ala warna unicorn dengan inti seperti Kitkat Bites, Milo
nugget, Milo chocolate, Maggi sambal tumis bilis dan Oreo.
Memang anda semua akan cakap peliknya inti gunakan maggi bagai. Tetapi awas
ye, semuanya sedap! Jom tengok resepi Pau Ceria Unicorn dengan pelbagai inti
barangan Nestle. Special thanks to kawan-kawan Chef Suri Shafie, Chef Najib
Md Nor, Chef Faisal Hamid dan Chef Fendi Lian💜💜
Bahan-bahan
1 kg Tepung pau
200 grm Gula castor
4 sudu Shortening
11 grm Serbuk Yis
5 sudu Susu omega plus
Air 420ml
Bahan Inti
Kitkat bites
Milo nugget
Milo chocolate
Maggi sambal tumis bilis
Oreo
Cara membuat:
1) Masukkan semua bahan doh ke dalam penguli (mixer). Uli smpai sebati.
2) Pastikan uli hingga doh betul-betul elastik.
CSK Langen casserole
4) Bahagikan doh kepada tiga bahagian dan letakkan pewarna pada setiap satu doh.
5) Masukkan semula ke dalam mixer dan uli lagi hingga warna doh bercampur.
7) Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kegemaran.
9) Panaskan air di dalam kukus dan kukus hingga mendidih.
10)Susun dalam kukusan, dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.
TIPS!
- Pastikan air betul-betul panas dan mendidih supaya pau anda kelihatan gebu dan licin.
- Biarkan doh naik 1 kali ganda dan jangan terlalu naik
- Balut tutup
kukusan dengan kain supaya air dari kukusan tidak menitis atas pau
Untuk bekas mangkuk casserole tu Kak Bell baru sahaja beli dari MyCookingStory. Masa
tu memang murah betul, 7pcs mangkuk brand CSK Langen pada harga RM143
sahaja. Kalau pembaca nak alatan memasak murah dan berkualiti boleh guna
link dan kod Kak Bell di bawah ni.
MyCookingStory
Kupon Kod: MCSBELLA
Nanti bolehlah anda semua cuba Pau Ceria Unicorn ni. Cantik kan
berwarna-warni. Di waktu petang musim-musim hujan ini, memang sedaplah
kalau pekena pau gebu bersama secangkir kopi. Jangan nak cakap pau LGBT
pulak. Awasssss! Video memasak ada kat bawah.