Resepi Lasagna Mi Maggi Ayam Masak Merah Berempah Lazat - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Lasagna Mi Maggi Ayam Masak Merah Berempah Lazat

Trending

Resepi Lasagna Mi Maggi Ayam Masak Merah Berempah Lazat

Hi semua! Kali ini Kak Bell hendak kongsikan resepi kedua untuk pertandingan #SnekMacamPro Nestle. Resepi ini adalah hasil dari Chef Najib. Korang yang ada follow Instagram Christy Ng boleh tengok kawan Kak Bell ni live memasak kat sana.


Resepi kedua ini adalah menu masakan lasagna tetapi kita menggunakan Mi Maggi yang dipadankan dengan daging ayam cincang masak merah.  Nanti kita sediakan dalam bentuk chunk bite yang comel-comel dengan lapisan sos Bechamel, mi maggi, bolognese sos dan keju mozarella.

Jom lihat apa bahan-bahan untuk Resepi Lasagna Mi Maggi Ayam Masak Merah yang unik, sedap, berkhasiat dan mudah disediakan.

Bahan A 
Mi segera maggi


Cara membuatnya:
1) Rebus mi manggi kemudian tos dan ketepikan.

Bahan B (Sos Bolognese)
1 paket perencah masak merah berempah Maggi
1 paket ayam cincang
2 biji bawang besar
4 s/b sos tomato Maggi
4 s/b sos cili Maggi
1 s/b Maggi secukup rasa
1 kiub ayam Maggi
5 s/b tomato puree
Minyak

Cara membuatnya:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau.


2) Masukkan semua bahan B satu persatu dan kacau sebati hingga masak.




Bahan C (Sos Bechamel)
4 ulas bawang putih
3 s/b butter
3 s/b tepung gandum
5 s/b susu Omega Plus (dibancuh)
150 gram keju mozzarella
Serbuk blackpepper
2 cawan air

Cara membuatnya:
1) Masukkan butter dan tumis bawang putih.


2) Masukkan tepung, kacau sekejap dan masukkan susu Omega Plus sedikit demi sedikit. Kacau dengan whisk hingga sebati.
3) Masukkan 2 cawan air, keju, secukup rasa dan kiub ayam, kacau lagi sampai sebati dan bahan sedikit memejal.


4) Oleskan loyang dengan minyak dan masukkan secara berlapis sos bechamel, mi Maggi, sos bolognese dan keju mozarella.


5) Panaskan oven dan bakar selama 30minit pada suhu 180 darjah celcius.

TIPS!
  • Boleh buat 2 lapisan untuk langkah 4 jika menggunakan bekas besar
  • Hidangkan dengan daun basil dan mengikut kreativiti


Ok dah pun siap resepi Lasagna Mi Maggi Ayam Masak Merah Berempah yang lazat. Mudah sahaja kan?


Untuk melihat cara memasaknya, bolehlah tonton video youtube dibawah. Jangan lupa subscribe, like dan share ya.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post