Hi semua! Kali ini Kak Bell kongsikan resepi terakhir iaitu resepi keempat
untuk cabaran #snekmacampro Nestle. Untuk resepi ini kita gantikan susu
pekat dengan menggunakan susu Nestle Omega Plus. Kalau dah rasa tulang-temulang dah
meletop-letop tu bolehlah pakai susu Omega Plus. Kalau dah jenis malas minum
susu, sekurang-kurangnya dapatlah juga khasiatnya bila makan donat ni. Jom lihat bagaimana cara nak buat donat mini mudah yang lembut gebu.
Resepi ini disediakan oleh kawan Kak Bell, Chef Didi. Chef Didi yang ada
keturunan Cina ni memang selalu sangat buat donut. Bab uli-menguli bagi saja
kat dia. Untuk resepi ini menggunakan 1 paket tepung donut dan kalau nak
buat cara lain, bolehlah cari resepi donat sukatan cawan. Tak kisah mana-mana
resepi asalkan donut yang terhasil adalah donut yang lembut, gebu, meletop
macam donut Big Apple! Haha.
Kalau anda semua nak tahu, susu Nestle Omega Plus ini mengandungi pelbagai
khasiat dan kebaikan. Diantaranya adalah:
- Menjaga tahap kolestrol darah.
- Mengandungi asid lemak omega 3 & 6
- Mengandungi vitamin A, C, E & B1
- Mengekalkan tahap Katotenoid
- Lemak rendah
- Tinggi Kalsium
- Mengandungi Niacin iaitu vitamin B3
Walaupun pertama kali cuba gunakan susu Omega Plus, ternyata donut jadi
lebih lembut dan gebu! Topping pulak memang menarik sebab guna pelbagai
jenis coklat dari Nestle seperti Kit Kat Bites, Milo Nuggets, Nestum, Milo Chocolate Bar, Oreo Crushed Cookie dan coklat rice. Untuk gula glaze tu
korang boleh buat macam-macam warna macam yang ada kat Dunkin Donut atau Big
Apple tu. Jom tengok resepi Donat Mini Omega Plus!
Bahan A (Doh donut)
1 paket tepung donut
8 gram serbuk yis
3 sudu mentega
4 sudu susu tepung Nestle Omega Plus
226gm cawan air suam
Cara buat donat mini:
1) Campur bahan A dalam mixer, pukul selama 3 minit (gunakan low-speed). Kak Bell pakai tepung donut, tak pakai tepung gandum.
4) Keluarkan doh dan uli, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin dalam doh. Kemudian bulatkan doh dan perap semula doh selama 1
jam.
Kak Bell pakai CSK Langen casserole dari My Cooking Story. Boleh masuk oven. Nak diskaun hangpa guna kod MCSBELLA.
5) Ambik sedikit adunan dan masukkan dalam acuan donut. Kalau nak buat bentuk donat biasa, sediakan doh kecil bentuk bulat-bulat dan buat lubang di tengah doh.
6) Sediakan minyak masak untuk menggoreng dan biarkan minyak panas dahulu. Kemudian goreng donut dengan api sederhana
supaya dapat warna kekuningan yang sekata.
TIPS!
- Boleh tutup doh dengan kain basah dalam 20 min (sampai doh kembang) atau tutup dengan plastik.
- Biarkan donut mengembang dahulu baru goreng.
- Uli doh agak-agak tidak melekat di tangan, tak lembik tak keras.
- Boleh tambah air suam jika doh masih keras.
Bahan B (Glaze/Glazur)
Butter/mentega
Gula icing
Pewarna vanilla
Sedikit air suam*jika perlu
**Boleh gunakan apa-apa jenis pewarna kesukaan
Cara buat glaze:
1) Cairkan mentega/butter, kemudian tambahkan dalam gula icing.
2) Kacau dan gaul rata bahan.
3) Tambahkan sedikit esen vanila dan aduk rata kembali.
Bahan C (topping)
Milo serbuk
Kit Kat bites
Milo nuggets
Nestum
Milo chocolate bar
Oreo crushed cookie
Coklat rice
Cara buat topping donat:
1) Celupkan donat masa glaze masih panas.
2)
Taburkan milo, coklat rice dan gunakan bahan C sebagai topping ikut
kesukaan. Kalau nak taburkan gula halus sahaja pun boleh.
Ok dah siap pun Donut Mini Omega Plus kita. Walaupun bentuknya agak huru-hara, tapi rasanya tetap sedap dan gebu. Awass ye. Bolehlah nanti anda semua cuba donat gebu ni sebagai hidangan snek bersama keluarga dan kawan-kawan.
Boleh juga toton video di bawah. Selamat mencuba!