Premis Makanan Bebas Asap Rokok Dengan Rokok Alternatif - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Premis Makanan Bebas Asap Rokok Dengan Rokok Alternatif

Trending

Premis Makanan Bebas Asap Rokok Dengan Rokok Alternatif

Bukanlah sesuatu yang taboo beberapa tahun kebelakang ini jika pengunjung kedai mamak atau kedai makan bersembang dengan sambil memegang sebatang rokok. Merokok selepas makan dan ketika lepak tampak seakan-akan sudah menjadi suatu budaya. Situasi sekarang juga nampaknya sudah berbeza. Tiada lagi pencemaran asap rokok berlegar-legar memenuhi ruang ketika kita berkunjung ke premis makan.


Januari tahun lalu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini. Sama ada suka mahupun tidak, semua restoran bertutup, berhawa dingin, kedai makan serta warung berkonsep terbuka termasuk yang beroperasi di tepi jalan di seluruh negara akan dikuatkuasakan sebagai kawasan larangan merokok serta merta.

Isu ini sudah tentunya menjadi perdebatan hangat di antara orang awam dan juga perokok. Dikatakan hak perokok dianaktirikan dan orang awam juga menuntut hak mereka untuk menikmati makanan di premis makanan dengan selesa. Adakah budaya merokok selepas makan tidak boleh dipersalahkan?


Smoke-Free Food Trips

Setelah pihak kerajaan mengisytiharkan semua restoran atau tempat makan sebagai kawasan larangan merokok, ramai diantara perokok telah beralih kepada alternatif lain sebagai pengganti rokok. Tidak dinafikan kadangkala sampai berkepul-kepul asap rokok di kedai makan dan situasi ini amatlah tidak menyenangkan semasa menikmati makanan di tempat awam. Walaubagaimanapun, Kak Bell dapati terdapat perubahan ketara semasa mengunjungi kedai-kedai makan. Kak Bell perasan bahawa ramai perokok telah bertukar kepada alternatif e-cigarettes seperti pod, vape, dan sebagainya. Pada Kak Bell ianya adalah suatu perkembangan yang baik sebab tiada lagi bau busuk asap rokok di premis makan.

Rokok Alternatif Sebagai Akses Baru Kurangkan Bahaya Rokok

Sekarang ini kebanyakkan syarikat pengeluar tembakau telah mangambil serius perkara yang berkaitan penggunaan tembakau dan rokok demi untuk mengurangkan kesan bahaya rokok terhadap perokok pasif.


Ya, memang kita tahu bahawa terdapat 4000 bahan kimia pada rokok dan ramai yang beranggapan bahawa nikotin dalam rokok menyebabkan penyakit berkaitan merokok adalah tidak tepat. Sebenarnya kandungan nikotin yang menyebabkan ketagihan untuk merokok dan kandungan bahan karsinogen atau bahan kimia bahaya dalam rokok yang sebaliknya menyebabkan penyakit berkaitan merokok.

Beberapa tahun kebelakangan ini, rokok elektronik atau e-rokok telah menjadi popular di dalam pasaran. Apa yang Kak Bell nampak, rokok alternatif ini berpotensi sebagai pengganti rokok biasa dan produk tembakau lain kerana tiada lagi bau asap rokok yang tidak disenangi oleh orang awam. Berbanding asap rokok yang berbau kuat dan melekat, penghasilan produk nikotin alternatif ini ternyata memberikan suasana berbeza termasuklah kurang bau asap yang menyesakkan.


Walaupun masih tidak kesemua perokok telah bertukar kepada rokok alternatif, sekurang-kurangnya produk teknologi baru ini telah diterima baik dan boleh dikatakan agak berjaya mengurangkan ketagihan perokok terhadap nikotin. Pada Kak Bell memang wajar bagi perokok tegar ditawarkan alternatif-alternatif yang kurang berbahaya berbanding dengan rokok sebagai usaha bagi mengurangkan atau menghapuskan penggunaan rokok konvensional.

Diantara kesan positif yang berpotensi dengan penggunaan rokok alternatif atau e-rokok seperti:
  • Kurang berbahaya daripada penggunaan rokok tradisional.
  • Mengandungi kurang dan tahap bahan toksik yang lebih rendah daripada rokok tradisional.
  • Boleh membantu perokok tradisional berhenti atau mengurangkan kebiasaan merokok.

Peranti Rokok Elektronik Dikenakan Cukai?

Isu ini pastinya akan menjadi perdebatan hangat dikalangan perokok yang telah bertukar menggunakan rokok alternatif. Bermula 1 Januari 2021, kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan duti eksais ad valorem pada kadar 10 peratus ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape. Sekadar pendapat, cukai yang dikenakan ke atas cecair vape yang tidak bernikotin dan alat mekanikal penganti rokok ini sepatutnya tidak perlu dilaksanakan. 

Dalam usaha bagi membendung atau mengurangkan penggunaan rokok, alat alternatif kepada rokok ini sepatutnya diberi akses yang boleh diharapkan sebagai alternatif kepada rokok dan seterusnya dapat meningkatkan kesihatan penduduk secara keseluruhan yakni perokok pasif.

Penggunaan alat alternatif lain pengganti rokok dilihat sebagai perkembangan positif untuk perokok berhenti mengambil tembakau melalui rokok tradisional. Sekurang-kurangnya, mereka telah menyahut dan mematuhi arahan untuk tidak merokok di kawasan larangan merokok dan seharusnya kerajaan memberikan ruang bagi perokok untuk berhenti merokok.

Jika alat mekanikal e-rokok dan vape dikenakan cukai, mungkin kebanyakan perokok bakal membatalkan niat untuk menggunakan alat yang sedemikian. Rasanya tidak salah dikecualikan cukai kerana terdapat lebih banyak kebaikan dari keburukan dari penggunaan peranti rokok elektronik.


Apa yang pasti, udara di restoran sekarang lebih nyaman, makanan juga tidak dicemari asap dan semua pelanggan boleh menikmati makanan dengan lebih baik. Rasanya tiada salahnya jika disediakan ruang khas bagi perokok macam sesetangah negara bagi memuaskan hati kesemua pihak. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak pernah merokok atau menggunakan sebarang produk tembakau atau e-rokok lain, jangan mulakan!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post