Hi semua! Semalam Kak Bell berkesempatan buat kali kedua berkunjung ke Just
Seafood Sunway Giza, Kota Damansara. Sebelum ini jika tidak silap Kak Bell
telah datang berkunjung ke sini pada tahun 2018. Lama juga Kak Bell tidak
datang makan di Just Seafood.
Bersempena dengan kedatangan perayaan Krismas atau Hari Natal esok, 25
Disember, Just Seafood Sunway Giza telah mengadakan promosi kombo perayaan
yang amat menarik untuk anda semua nikmati. Selain itu juga, mereka juga
telah memperkenalkan menu istimewa dengan rasa terbaru buat semua peminat
makanan laut. Nak tahu apakah menu yang telah Kak Bell order dan menu dengan
rasa baru suntikan Nusantara, jom baca lebih lanjut.
Untuk promosi hujung tahun dan sambutan Hari Natal, Just Seafood telah
melancarkan pakej
𝗔𝗠𝗔𝗭𝗜𝗡𝗚 𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗘 𝗦𝗨𝗣𝗘𝗥 𝗦𝗘𝗔𝗙𝗢𝗢𝗗 𝗖𝗢𝗠𝗕𝗢.
Pada Kak Bell pakej ini sangatlah berbaloi sebab ianya mencukupi buat 6
hingga 8 orang makan.
👉 Nelayan Platter (dihidangkan dengan ketam bersaiz L seberat 350gram)
👉 2 paxs original Cajun (dihidangkan dengan ketam bersaiz L seberat 350gram)
👉 2 paxs Golden Salted Egg (dihidangkan dengan ketam bersaiz L seberat 350gram)
𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔
👉 1/2kg steam cockles/siham (kerang kukus)
👉 3 set nasi beras wangi
👉 3 set roti mantao
Golden Salted Egg
Original Cajun
Harga bagi pakej kombo hebat ini adalah RM315++ untuk kesemua hidangan di
atas. Sebelum promosi, harganya adalah RM590++. Memang berbaloi sangatlah
untuk anda semua cuba. Tawaran promosi ini sah sehingga 31 Disember
2020.
Hidangan istimewa terbaru dari Just Seafood ini dinspirasikan dari
nelayan Bali yang dikukus supaya kesegaran hidangan laut tersebut
dikekalkan. Nelayan Platter menghidangkan seleksi pelbagai makanan laut
termasuklah udang, ketam saiz L, baby size octopus, clams, mussels dan
juga cockles.
Nelayan Platter
Rasanya seakan-akan rasa sos kerabu Thai tetapi sos citarasi Bali ini
ternyata ada rasa yang unik dan istimewa. Rasa manis, pedas dan tanggy
sosnya memang padan untuk menikmati hidangan laut segar. Kak Bell sarankan
anda semua mencubanya!
Di Just Seafood, mereka menyediakan 4 jenis sos cajun dan pelanggan boleh
customise tahap kepedasan sos tersebut. 4 pilihan sos cajun yang ada
ialah:
- Sos Cajun Original
- Sos Signature Curry
- Sos Golden Salted Egg
- Sos Butter Milk
Sos Golden Salted Egg
Sos Cajun Original
Kak Bell paling suka Golden Salted Egg dan juga Nelayan Platter dgn rasa
Balinese style yg memang mengancam habis! Selain itu, anda juga patut cuba
dessert aiskrim kelapa yang super cool siap ada biskut kelapa. Sebelum ini
Kak Bell suka juga dengan hidangan Nasi Lemak Cajun
+ Lobster, tetapi menu ini sudah tidak dijual.
Kepada anda semua yang datang ke Sunway Giza Mall dan ingin cuba Seafoods
Cajun paling enak dimuka bumi ini bolehlah singgah ke Just Seafood di Kota
Damansara. Disebabkan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir ini,
anda juga boleh membuat pesanan FREE DELIVERY
untuk menikmati keenakan menu hidangan di Just Seafood. Confirm
berbaloi!
No 2, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya
Website: https://www.facebook.com/JustSeafoodMY/
FB: https://www.facebook.com/JustSeafoodMY/
IG: https://www.instagram.com/justseafood_kd/