Linguini Al Fredo Bersama Keju, Ayam Panggang & Garlic Bread - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Linguini Al Fredo Bersama Keju, Ayam Panggang & Garlic Bread

Trending

Linguini Al Fredo Bersama Keju, Ayam Panggang & Garlic Bread

Hi semua! Kali ni Kak Bell kongsikan resepi ketiga untuk cabaran #SnekMacamPro Nestle iaitu Pasta Linguini Al-Fredo. Pasta memang menu yang mudah untuk dibuat dan kalau dah malas sangat beli sahaja instant sos. Jika tak nak gunakan Linguini, anda boleh sahaja gunakan pasta jenis lain. Pasta Linguini ini lebih kurang sama dengan Fettucini tetapi ada perbezaanya. Saiz Linguini sebenarnya lebih nipis dan ringan berbanding Fettucini yang lebih tebal dan Linguini diperbuat daripada tepung dan air, manakala Fettuccine diperbuat daripada tepung dan telur.


Untuk sos Alredo (white sauce) ini nampak seperti sos Carbonara tetapi kedua-dua sos ni berbeza. Sos putih Alfredo adalah sos asas/basic yang hanya menggunakan keju berbanding sos Carbonara yang menggunakan lebih banyak bahan seperti telur, krim, bawang merah dan sebagainya.

Jadi untuk Pasta Linguini Al-Fredo ni kita gandingkan dengan ayam panggang dan juga garlic bread. Bagi anda yang baru hendak mula memasak pasta, bolehlah mencuba resepi sos Al-Fredo dahulu. Jom lihat resepi yang di masak oleh Chef Faisal Hamid, seorang bekas Chef hotel di ibu negara.

Bahan-bahan
1 paket Linguini
1 kotak Susu Krim Penuh Nestle
4 ulas bawang putih (dicincang)
3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung
300 gram Turkey hams (dihiris)
2 bahagian dada ayam (panggang terlebih dahulu)
200 gram keju Paneer
300 gram Keju Mozzarella
Seasoning Maggi
Maggie Cukup Rasa
Kiub Ayam Maggie
Sedikit serbuk lada hitam

Cara membuatnya:
1) Rebus pasta Linguini, tos dan ketepikan.

Bahan-bahan barangan Nestle

2) Sapukan mentega pada garlic bread dan bakar/goreng tanpa minyak. Goreng seketika hingga bahagian luar sedikit garing.


Goreng tanpa minyak

3) Panggang dada ayam yang telah diperap dengan garam dan lada hitam dengan sedikit mentega.

4) Panggang sekitar 5 minit untuk kedua-dua belah, kemudian bakar dalam oven selama 15 minit.


5) Selepas dimasak dalam oven, balut bahagian ayam dengan plastik.


5) Masukkan hirisan bawang putih bersama mentega dalam kuali (hot pan), kacau hingga naik bau.


6) Masukkan 3 sudu tepung dan kacau sebati, diikuti dengan susu krim. Kacau hingga bahan mereneh.


7) Tambahkan keju Paneer, Mozarella dan kacau. Kemudian masukkan daging ham dan bahan perasa.

Masukkan daging ham

Tambahkan perasa + serbuk lada hitam

8) Hidangkan pasta linguini dengan sehiris dada ayam, roti garlic dan sos alfredo.

Panaskan pasta linguini dengan sos Alredo dan hidangkan

Garlic bread yang telah siap dimasak


TIPS!
  • Bakar/panggang garlic bread dan dada ayam sehingga bahagian luarnya masak sahaja
  • Bakar seterusnya di dalam oven supaya isi ayam lebih juicy di bahagian dalam
  • Boleh tambahkan cendawan butang dalam sos Alfredo
  • Hidangkan dengan daun parsli dan taburkan sedikit serbuk lada hitam

Kalau anda buat hidangan untuk ramai orang, bolehlah gunakan sepeket pasta Linguini. Cukup untuk 5 orang makan. Untuk cara memasak boleh juga tonton video di bawah. Selamat mencuba dan Bon appetite!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post