Hi pencinta kucing semua! Ada tak diantara anda semua perasan kadangkala
terdapat perubahan pelik pada perangai atau habit kucing anda? Tiba-tiba
sahaja kucing anda suka bersembunyi, tidak menggunakan litter box atau
kencing merata-rata? Sebenarnya, perubahan sikap tersebut menunjukkan ada
sesuatu yang tidak kena pada mereka. Mungkin sahaja kucing anda mengalami
kegelisahan (anxiety) atau juga sedang sakit. Jadi penting untuk pemilik haiwan ambil perhatian.
Kebanyakkan kucing akan mengalami jenis penyakit dan simptom yang lebih
kurang sama tidak kiralah baka apa pun. Namanya pun sedang sakit sudah
pastilah kucing anda akan menunjukkan reaksi dan karektor yang berbeza dari
masa sihatnya. Disebabkan mereka ini tidak boleh hendak 'memberitahu'
tuannya tentang masalah mereka, perubahan sikap dan karektor mereka adalah
salah satu cara mereka untuk memberitahu kita yang mereka menghadapi masalah
dan memerlukan bantuan.
Kali ini Kak Bell hendak kongsikan dengan anda semua "20 Tanda Kucing Anda
Memerlukan Bantuan Pemiliknya". Buat pemilik kucing, bolehlah perhatikan
tanda-tanda yang mungkin menyebabkan perubahan sikap pada kucing anda.
1) Kerap Bersembunyi (Increase Hiding)
Kucing yang bersembunyi apabila ada orang yang tidak dikenali datang ke
rumah adalah sesuatu yang normal. Bila adanya kehadiran orang yang tidak
dikenali, deria kucing akan merasakan adanya bahaya dan mereka akan
bersembunyi.
Jika kucing anda lebih kerap bersembunyi dari biasa ianya menunjukkan
berkemungkinan mereka sedang sakit atau stress. Perlu diambil perhatian
kerana kadangkala ada penyakit kucing yang tidak kelihatan.
2) Tidak Menggunakan Litter Box
Jika kucing tidak menggunakan bekas liiter yang disediakan dan kencing atau buang air merata-rata diluar tempat yang disediakan ianya menandakan kucing
anda tidak sihat (don't feel well). Perkara biasa yang berlaku
berkemungkinan kucing anda mengalami masalah urinary tract disorders seperti
Urinary Tract Infections (UTIs/UTI), masalah buah pinggang atau pundi
kencing (bladders stone).
3) Tidak Membersihkan Diri Dari Kebiasaan
Kucing yang sihat akan sentiasa menjaga kebersihan sebab kucing memang
sejenis haiwan yang pembersih. Cuba kalau litter box penuh, mahunya dia
membuang di luar kotak. Kucing akan sentiasa menjilat diri mereka untuk
membersihkan bulu dan kotoran yang ada.
Jika kucing mengabaikan penjagaan diri, tidak menjilat bulu, ada
kotoran/najis selepas membuang najis menandakan kucing mengalami sakit yang
mengakibatkan kegelisahan (ailment that cause fatique). Isu tersebut
membuatkan kucing akan kurang atau langsung tidak mengemas diri.
Menjilat diri/membersihkan bulu mereka adalah satu cara menenangkan diri
bagi kucing apabila mereka berasa gelisah. Kucing yang menjilat diri/bulu
secara berlebihan juga adalah satu tanda yang jelas kucing tersebut sedang
mengalami kegelisahan dan boleh menyebabkan bulu gugur dan sebahagian kulit
menjadi botak.
4) Gusi Berubah Warna (Discolored Gum)
Gusi kucing yang sihat sepatutnya berwarna merah jambu (deep pink). Untuk
pastikan, anda boleh tekan bahagian gusi kucing dengan jari dan gusi akan
cepat menjadi pink semula setelah jari diangkat. Masalah pergigian kucing
juga akan menyebabkan perubahan warna pada gusi kucing.
- Gusi Pucat - kurang/kehilangan darah, peredaran darah yang lemah
- Gusi berwarna biru - kekurangan oksigen
- Gusi berwarna merah - toxicity issue, overheating
- Dental issue
5) Mulut Berbau
Bukan sahaja manusia yang dihantui masalah bau mulut, kucing juga tidak
terkecuali. Selalunya bau busuk dalam mulut disebabkan oleh pengumpulan
bakteria disebabkan terdapatnya sisa makanan melekat celah gigi atau
mengalami penyakit gusi atau kerosakan gigi. Pemilik kucing bolehlah berikan
catmint, atau menggosok gigi kucing dan buat pemeriksaan gigi kucing di vet.
6) Minum Air Berlebihan
Kucing yang normal akan minum lebih kurang 2 1/2 cawan sehari dan memang ada
kucing yang jarang minum. Kucing juga kadangkala akan lebih minum bergantung
kepada makanan mereka. Ada beberapa jenis penyakit yang akan menyebabkan
kucing anda cepat dahaga jika mengalami maslah endokrin seperti diabetis
(Kencing Manis), hyperthyroid disease (Kelenjar Tiroid) dan masalah buah
pinggang.
Sebaiknya sediakan banyak bekas minuman dan sentiasa bekalkan kucing anda
dengan air yang tidak berklorin (air paip).
7) Selera Makan Mendadak
Peningkatan selera makan yang mendadak juga mungkin menunjukkan kucing
mengalami masalah kesihatan seperti diabetis, hyperthyroidism atau masalah
nutrien makanan tidak diserap dengan baik (malabsortion issue).
8) Berbunyi Secara Berlebih-lebihan
Kucing yang tiba-tiba bising dan mengeow secara berlebihan (crowling or
yowling) dan menjauhkan diri semasa kita ingin memegangnya (petting)
menandakan mereka gelisah atau juga dalam kesakitan.
9) Kerap Muntah (Vomitting)
Kucing muntah adalah perkara biasa kerana ingin mengeluarkan gumpulan bulu
(hairball). Jika terlalu kerap muntah mungkin sahaja kucing sedang sakit.
Kucing yang menghadapi masalah penyakit serius seperti FLUTD, jaundice,
pyometra akan muntah berwarna.
- Gumpalan bulu. (Hairball)
- Makan terlalu cepat/gopoh
- Makan benda yang tidak boleh dihadam
- Kerapkali menukar diet/jenis makannannya
- Alergic makanan atau bahan-bahan didalam makanan
- Infeksi/ Jangkitan penyakit
- Parasit/Kutu
- Racun
10) Agresif Meningkat
Sekiranya kucing anda mula bertindak agresif terhadap anda atau kucing yang
lain di dalam rumah dengan perlakuan sering menggigit, mencakar atau
berbunyi hiss, mungkin terdapat sesuatu yang menyebabkan kucing
tertekan/stress.
11) Bulu Gugur, Kulit/badan Berkerak
Jika bulu kucing gugur dengan banyak dan mengalami kulit/badan berkerak
seperti kudis menandakan kucing mengalami masalah kulit, kurang vitamin,
mengalami alahan atau sedag stress. Jika terdapan kesan botak dengan kulit
kasar dalam betuk bulat menandakan kucing mengalami masalah ringworm
(kurap).
12) Perubahan Berat Badan Mendadak
Kucing yang mengalami kenaikan atau penurunan berat badan secara mendadak
juga menandakan kucing sedang sakit. Berat berlebihan adalah kerana obesiti
dan penurunan berat menunjukkan mereka menghidap penyakit yang
serius/kronik/fatal. Untuk info kadar penurunan berat badan kucing:manusia
adalah 1 pound : 10 pound manusia (1lb=0.453kg).
- Parasit/Kutu
- Virus Leukemia Kucing (Feline Leukemia Virus Disease Complex - FELV)
- Penyakit Usus (Inflammatory Bowel Disease - IBC)
- Penyakit Hati (Liver Disease)
- Kencing Manis (Diabetes)
- Penyakit buah pinggang (Kidney Disease)
- Stress
13) Hilang/kurang Selera Makan
Kucing yang tidak mahu makan atau pun makan terlalu sikit dari selalu
menandakan kucing mungking mengalami masalah jangkitan serius, demam,
masalah buah pinggang atau juga kanser. Kucing juga boleh mengalami Anorexia
yang mengakibatkan kucing anda hilang selera makan. Kucing sihat hilang
selera makan ada beberapa sebab:
- Jemu dengan makanan yang sama
- Rindu makanan kegemarannya
- Makan yang diberi sudah rosak
- Ada kucing lain yang menganggunya makan
- Tidak suka kedudukan tempat makannya
- Tidak dapat mengawan
Hilang selera makan dan susah hendak makan ialah suatu perkara yang berbeza.
Kucing yang susah hendak makan bukan kerana kurang selera makan tetapi
mungkin kucing mengalami sakit di bahagian mulut, gigi atau gusi.
14) Kucing Kurang/Lebih Bergerak (mobility issue)
Kucing yang sukar bergerak (limping) atau kurang bergerak juga menunjukkan
kucing mungkin mengalami atritis (bagi kucing tua). Kucing yang kurang
berehat pula akan sering mundar mandir dan kelihatan tidak normal disebabkan
mengalami kegelisahan.
15) Perubahan Corak Tidur
Secara puratanya kucing boleh tidur selama 16 sehingga 17 jam sehari. Kucing
yang tidak sihat akan menghabiskan banyak masa tidur di waktu siannya dan
ada yang terlalu aktif dan bising pada waktu malam.
16) Batuk
Kucing batuk mungkin mengalami masalah alahan, selsema, asma atau tersekat
hairball. Terdapat juga kes penyakit yang serius seperti masalah jantung,
paru-paru atau penyakit berbahaya yang lain berkaitan pernafasan. Jika
kucing batul lebih dari sehari perlulah mengunjungi vet.
17) Mata Dan Hidung Berair
Kucing yang mengalami bersin, berhingus, demam, batuk menandakan kucing
mengalami masalah Feline Upper Respiritory Tract disease. Jika terdapat
discaj berwarna kuning atau hijau menunjukkan berlakunya jangkitan kuman.
Mata kucing berair boleh disebabkan kerana selsema dan masalah jangkitan
pada mata kucing atau saluran air mata tersumbat. Jika mata kucing merah
(bahagian eyelid) dan berair adalah disebabkan konjungtivitis kucing dan
juga kerana jangkitan kuman, alahan atau juga penyakit feline herpes.
18) Air Kencing, Najis Atau Muntah Berdarah
Jika terdapat darah pada urine, najis dan muntah kucing merupakan tanda yang
tidak baik untuk kesehatan kucing. Kencing berdarah adalah disebabkan oleh Feline Lower
Urinary Tract Disease (FLUTD)/batu karang atau jangkitan bakteria/parasit.
19) Mula Menggunakan Bilik Air
Kucing yang biasanya kencing di dalam litter box tetapi kemudiannya cuba
untuk memasuki tandas menunjukkan ada yang tidak kena. Mungkin kucing
mengalami kesukaran untuk kencing disebabkan masalah-masalah berkaitan
Feline Lower Urinary Tract.
Kencing yang terlalu sedikit dan kerap berulang-alik ke dalam litter box
juga menunjukkan tanda kucing mengalami kesukaran kencing disebabkan FLUTD
atau bladder stone.
20) Sentiasa Ingin Bersama Tuannya
Sama seperti anjing, kucing juga boleh mengalami kegelisahan. Jika kucing
anda secara tiba-tiba tidak sentiasa mengekori anda kemana sahaja, kucing
anda mungkin mengalami kegelisahan anxiety).
Demikianlah diantara tanda-tanda yang boleh anda kenal pasti sebagai tanda
kucing anda mengalami masalah dan memerlukan bantuan dan perhatian anda.
Jika terdapat tanda di atas yang kronik seperti kencing berdarah, penurunan
berat badan drastik atau muntah yang berwarna perlulah segera bawa kucing ke
veterinar atau dokter hewan untuk evaluasi.
Kucing yang ada tanda kencing yang sedikit, sukar kencing perlu dibawa
segera untuk rawatan kerana dalam masa kurang 48 jam tanpa rawatan akan
mengakibatkan kucing kehilangan nyawanya. Semoga kucing anda sihat semuanya!
Tags:
My Pet