Hi semua. 3 bulan sebelum ini, 2 ekor kucing Kak Bell telah pergi kerana
sakit batu karang dan jaundice. Didi (jantan) mati akibat susah kencing dan
Yaya pergi akibat demam kuning. Selang sebulan lepas Didi pergi pada 4
Oktober, Yaya pula mati pada 6 November 2020. Memang dah lama Kak Bell nak
kongsikan artikel berkenaan
jaundice atau
yellow fever ini tetapi bila
melihat semula video Yaya semasa warded terasa sebak hinggakan sampai
sekarang Kak Bell tak sanggup nak tengok. Walau apapun, Kak Bell tidak rasa
ralat sebab sudah berusaha dan berikhtiar agar dia bertahan dan sembuh. Tapi
dah sampai masa dia, jadi kenalah redha.
Untuk kes Didi pula, Kak Bell tak sempat hendak bawa ke veterinar
disebabkan kekangan masa dan bekerja shit malam. Medication telah
diberi dan memang sudah scheduled appointment rawatan tetapi
malangnya pada jam 4 pagi Didi pergi kurang 48 jam selepas mengalami
simptom. Bagi yang nak ketahui tentang
FLUTD boleh baca di SINI
.
Ada yang pelik dan hairan, kucing pun ada demam kuning ke? Ye ada. Bukan
bayi sahaja. Kucing pun boleh kena penyakit ini. Tapi janganlah pula kucing
tu dijemur kat panas matahari ye. Lain kaedah rawatan bagi bayi manusia dan
kucing. Awas ye!
Pada awalnya tiada perubahan ketara yang Kak Bell nampak pada Yaya. Yaya
yang sebelum ini dah buat operasi untuk sakit
Pyometra dah sembuh sepenuhnya
dan sihat gemuk semula. Bagi yang hendak baca tentang pyometra bolehlah klik
di sini >
Muezza
&
Yaya. Kak Bell mula perasan yang Yaya lebih banyak duduk diam sendirian dan
kurang makan dan mengalami susut berat badan. Bila dah disyaki ada yang
tidak kena, Kak Bell perasan yang Yaya kencing diluar litter box dan
warna air kencing/urinnya berwarna oren gelap. Kak Bell pun dah mula
forced feed makan dan minum pada Yaya tapi dia memang tidak berselera
makan. Selepas dia muntah, keesokknnya Kak Bell bawa ke Hospital Hospital
Veterinar Jalan Gasing.
Apa Itu Jaundice Pada Kucing?
Bunyinye macam tidak serius, kucing terkena sakit kuning. Untuk pengetahuan
pencinta kucing semua, penyakit ini sebenarnye sangat serius dan boleh
mengakibatkan fatal, kematian kepada kucing tersebut. Sakit kuning ini
dikenali sebagai
Jaundis (Jaundice)
atau Icterus atau
Demam Kuning (Yellow Fever)
ini diklasifikasikan sebagai tidak normal pada kucing. Demam kuning ni akan
menyebabkan warna kekuningan akan naik pada bahagian badan kucing disebabkan
peningkatan kandungan bilirubin dalam darah.
Selepas sampai ke Hospital Veterinar Jalan Gasing, dengan mudahnya vet
mendiagnosa bahawa Yaya terkena penyakit kuning. Semasa di rumah, memang Kak
Bell tidak perasan langsung bahawa warna kuning tu dah naik pada badan Yaya.
Tanda klinikal utama ini terjadi secara beransur-ansur dari warna kuning
pucat kepada warna lebih kuning. Jika kucing anda mengalami sakit kuning,
bahagian pertama yang akan nampak kuning adalah pada telinga/cuping telinga,
kemudian bahagian mata putih kucing dan jika sudah teruk gusi kucing menjadi
kuning. Jaundice ini mungkin sukar untuk dilihat pada kulit kucing yang
bulunya berwarna gelap namun ia boleh dikesan pada gusi dan mata putih
kucing.
Adakah Demam Kuning (Yellow Fever) Kucing Ini Berjangkit?
Perkara yang mesti menjadi pertanyaan adakah demam kuning ini akan
berjangkit kepada kucing yang lain? Jawapnnya adalah tidak
(jaundice itself isn't contagious).
Sebenarnya sakit kuning ini adalah merupakan diantara simptom terhadap
penyakit yang dialami oleh kucing kita. Terdapat
3 jenis kategori yang menyebabkan sakit kuning pada kucing iaitu
kategori
Pre-hepatic jaundice, Hepatic jaundice dan Post-hepatic jaundice. Dari kategori ini baru vet dapat mengenalpasti apakah punca jaundice
tersebut. Yaya didiagnosa sebagai kategori Pre-hepatic jaundice dan berikut
adalah perbezaan bagi kategori jaundis tersebut:
1) Pre-hepatic jaundice
Juga dikenali sebagai hemolytic jaundice (berkaitan sel darah merah).
Merujuk kepada masalah sel darah merah musnah atau pecah yang menyebabkan
peningkatan tahap bilirubin yang tinggi di dalam darah. Ini berlaku sebelum
darah sampai ke hati.
- Parasit Darah - haemobartonellosis, cytauxzoonosis
- Kesan ubat-ubatan
- Reaksi selepas pemindahan darah kerana jenis darah yang tidak bersesuaian
- Immune-mediated hemolytic anemia
- Cacing dalam jantung (jarang berlaku pada kucing)
- Rendah paras fosfat dalam darah
Untuk hemobartonellosis, iaitu jangkitan parasit dalam darah yang
disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dipanggil mycoplasma. Parasit
tersebut melekapkan dirinya di dinding sel darah merah dan usaha
menghapuskan parasit tersebut menghapuskan juga sel darah merah oleh sistem
imun kucing.
Bawang merah juga boleh menyebabkan keracunan dan menyebabkan sel darah
merah kucing berkurangan. Itulah sebabnya bawang sangat bahaya kepada
kucing.
2) Hepatic jaundice
Ini berlaku apabila berlaku kerosakan pada hati, yang mengganggu fungsi hati
untuk memproses bilirubin.
- Hepatitis - keradangan yang berlaku pada hati
- Cholangitis/cholangiohepatitis - Keradangan yang berlaku pada hati dan saluran hempedu.
- Jangkitan Virus - Ttermasuklah FIP, leptospirosis dan toxoplasma.
- Toksin - keracunan logam berat dari racun serangga atau sesetengah ubat-ubatan.
- Hepatic lipidosis - Penyusupan lemak pada hati
- Kanser hati.
3) Post-hepatic jaundice
Jenis jaundice ini berlaku selepas darah sudah melalui hati. Biasanya
disebabkan jangkitan pada pankreas.
- Pancreatitis- jangkitan pada pankreas
- Cholestasis - Masalah pada pundi hempedu yang tersumbat, batu hempedu
- Jangkitan pada usus kecil yang boleh menyebabkan salur hempedu tersumbat atau pengaliran hempedu terhalang
Untuk memudahkan sebagai kesimpulan penyebab dan siptom penyakit kuning
pada kucing adalah seperti berikut. Apa yang penting, jika ada terlihat
tanda-tanda dibawah pada kucing, silalah bawa kucing tersebut ke veterinar
dengan kadar segera.
Penyebab Utama Jaundice Kucing
1. Toksin, racun yang menyebabkan hemoglobin turun2. Virus FIP
3. Hepatitis (bengkak hati)
4. Kerosakan hati
5. Pengumpulan lemak berlebihan pada hati
6. Parasit darah
Simptom Dan Tanda Klinikal Jaundice Kucing
1. Muntah2. Cirit-birit
3. Demam
4. Keletihan
5. Tak selera makan/Kurang selera makan
6. Sakit bahagian abdomen/perut
7. Kulit, gusi, telinga berwarna kuning
8. Warna air kencing/urin jadi oren
9. Turun berat badan mendadak
Rawatan Kucing Yang Terkena Demam Kuning
Yaya yang didiagnos dalam kategori Pre-hepatic jaundice dimasukkan ke
dalam wad selama 4 hari. Setelah keputusan ujian darah keluar, didapati
kandungan sel darah merah Yaya sangat kurang di bawah paras normal. Vet
berikan 2 pilihan samaada teruskan dengan transfusi darah atau mulakan
dengan rawatan ubat untuk melihat ada perubahan atau tidak.
Dalam masa 4 hari tersebut memang Kak Bell melawat Yaya setiap hari dan
nampak ada perubahan dan dia masih boleh mengeow. Semasa discaj, keadaan dia
tiba-tiba lemah semula dan Kak Bell memang rasa tak sedap hati. Kos rawatan
lebih kurang RM800+ dan untuk tranfusi darah juga perlukan tambahan RM300 ke
RM400 lagi.
Selepas kurang 24 jam, Yaya masih tidak selera makan dan Kak Bell buat
keputusan untuk masukkan semula Yaya ke wad dan teruskan untuk
tranfusi darah. Sementara menunggu keesokan hari dengan berdebar, Kak
Bell bercadang bawa 2 ekor kucing yang lain untuk blood test bagi
pastikan darah sesuai. Sebelum berangkat, Kak Bell call vet dan amatlah
mendukacitakan yang Yaya dah pergi malam sebelumnya pada jam 3 pagi. Terus
Kak Bell terdiam, tak terkata apa dan terus ke Hospital Veterinar untuk
menuntut Yaya. Bila sebulan dah berlalu, bila lihat semula video Yaya buat
Kak Bell sangatlah sebak. Walaubagaimanapun Kak Bell tidak terkilan sebab
dah berusaha sehabis baik dengan ikthiar yang ada.
YAYA
DIDI
Kebiasaannya kucing yang terkena jaundice mempunyai harapan untuk sembuh
dalam tempoh masa 6-12 minggu rawatan. Kebanyakkan kucing boleh
sembuh jika diberikan rawatan yang betul dan cepat dan dalam
tempoh 8 minggu (average time).
Ada yang menyarankan memberi minum air kelapa sebanyak yang mungkin tetapi
Kak Bell tidak berani untuk memberikan home remedy sebegini. Apa yang
boleh Kak Bell katakan, sentiasa pantau dan peka terhadap apa-apa perubahan
yang berlaku pada keadaan kucing. Jalan terbaik, segera bawa ke klinik
haiwan atau hospital veterinar terdekat untuk rawatan. Aduhh sedihnya masa
menulis artikel ni.
RIP YAYA 6 November 2020
Rujukan:
https://themamamiaow.com/
Nadia Veterinary Clinic