Hi semua! Akhirnya Kak Bell berjaya juga menikmati hidangan
Grilled Butter Chicken di The
Chicken Rice Shop (TCRS). Kisahnya sebab ramai kawan-kawan yang memuat naik
postingan tentang hidangan ini, jadi Kak Bell pun turut terliur hendak
mencubanya.
Kebetulan, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah mengumumkan pelancaran
kembali menu akhir tahun yang paling popular iaitu
Grilled Butter Chicken, jadi Kak Bell tak lepaskan peluang untuk ke
sana sebelum melepas macam tahun sudah.
Kisahnya semalam lagi Kak Bell nak makan menu ini dan singgah ke 3 Damansara
Mall. Dalam ingat-ingat lupa rasanya ada outlet The Chicken Rice Shop kat
sana. Kemudiannya, kami berdua sampai dan terus duduk dan terus membuat
pesanan. Tetapi Kak Bell terasa pelik kenapa kedai ni semunya berwarna
kuning. Seraya Kak Bell bertanya, ada menu Grilled Butter Chicken? Pekerja
restoren menjawab "TIADA". Rupa-rupanya Kak Bell dah salah masuk restoren!
Restoren Chicken Plus, warna kuning dan tiada logo kepala ayam TCRS. Memang
lah kelakar kejadian semalam. Meleleh air liur sebab tak dapat makan menu
Grilled Butter Chicken tu.
Jadinya, hari ini Kak Bell singgah ke TCRS di Sungei Wang dan dapat merasai
menu istimewa TCRS ni. Inilah yang dikatakan kalau dah jodoh tak kemana.
Sesuai sangatlah dengan tagline menu Grilled Butter Chicken ni
"Jadikan GBC Jodoh Anda"!
Kak Bell memang suka sangat dengan menu Grilled Butter Chicken ni sebab
rasanya yang sedap dek padanan ayam dan mentega yang tiada tandingan. Dengan
isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan beserta
taburan daun kari dan cili merah, memang memikat hati Kak Bell. Sampai licin
la sos mentega tu Kak Bell bedal.
Disebabkan ramai yang ternanti-nantikan hidangan ini, TCRS sentiasa bersedia
untuk menghidangkan menu popular ini pada setiap hujung tahun khas buat
rakyat Malaysia sebagai tanda menghargai pelanggan mereka. TCRS berpegang
teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa
berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu
citarasa tempatan seperti hidangan akhir tahun ini.
Berbaki sehari sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru 2021. Terus-terang
perjalanan tahun 2020 ternyata agak suram dan melelahkan bagi kebanyakkan
orang. Jadi dengan kehadiran menu istimewa Grilled Butter Chicken ini
diharapkan dapat menjadi hidangan yang sempurna untuk mengakhiri tahun ini.
Buat anda yang masih belum mencuba keenakan menu istimewa
Grilled Butter Chicken ini, bolehlah berkunjung ke The Chicken Rice
Shop sebelum 17 Januari 2021. Mana tahu anda akan bertemu jodoh semasa
menikmatinya di TCRS.
Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang
terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi
www.thechickenriceshop.com
atau laman Facebook
https://www.facebook.com/thechickenriceshop/