Hi semua. Diam tak diam tahun 2020 telah pun sampai ke penghujungnya.
Rasanya ramai yang merasakan tahun 2020 ini penuh dengan kesuraman semenjak
dunia di landa pandemi Covid-19. Seluruh dunia berdepan kesan ekonomi dan
sosial akibat pandemik COVID-19 menyebabkan ramai yang kehilangan kerja,
kanak-kanak terpaksa berkurung dan belajar dalam talian dan
sebagainya.
Walaupun tahun 2020 akan terpahat dalam kalender dunia sebagai tahun yang
cukup mencabar dan getir, namun ada ketikanya dalam tahun-tahun sebelumnya,
turut ada situasi yang lebih buruk dan seharusnya kita perlu mensyukuri
hal-hal yang baik yang kita alami.
Berbaki 3 hari lagi sebelum menyambut kedatangan tahun baharu 2021, jom kita
melihat kembali beberapa hal yang terjadi dan viral pada tahun 2020.
Bermula dengan berita kejatuhan Wuhan akibat pandemi Covid-19, wabak
coronavirus ini telah menyerang keseluruhan bahagian dunia. Perdana Menteri Malaysia,
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) Fasa 1 pada 16 Mac 2020 dan kuarantin Malaysia ini adalah untuk
mengasingkan dan mengekang sumber wabak koronavirus dari terus merebak.
Hingga kini telah dilaksanakan 7 fasa PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) masih berjalan dari tarikh 1 September - 31 Disember 2020.
Covid-19 telah menulari lebih dari 74.5 juta orang dan membunuh lebih dari 1.6
juta orang di seluruh dunia, menurut data yang dikumpulkan oleh Universitas
Johns Hopkins. Kini seluruh dunia terpaksa akur dengan 'norma baharu' dalam
menjalani hari normal di dunia.
Fasa 1 :18 Mac - 31 Mac 2020
Fasa 2 :1 April - 14 April 2020
Fasa 3 :15 April - 28 April 2020
Fasa 4 :29 April - 12 Mei 2020
Fasa 5 (PKPB) :13 Mei - 9 Jun 2020
Fasa 6 (PKPP) :10 Jun - 31 Ogos 2020
Fasa 7 (PKPP) :1 September - 31 Disember 2020
2) Kopi Dalgona
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan, ramai
yang mula berfikir tentang aktiviti yang seronok untuk dilakukan di rumah.
Nama 'Dalgona Coffee', mungkin sudah terlekat di minda warganet sejak
tular di media sosial sejak itu.
Jika dilihat di sosial media, seluruh dunia memuat naik postingan tentang
resepi Kopi Dalgona yang pelbagai.
Setelah PKP dilaksanankan, bekalan roti Gardenia agak sukar untuk di dapati
dan akan cepat habis. Boleh dikatakan hampir ke semua pasar raya dan kedai
yang disinggah, kesemua raknya kosong, memang laku habis! Pihak Gardenia,
pada 23 Mac mengumumkan bahawa stok mereka habis dan telah semaksimun
mungkin menyediakan bekalan roti tersebut ke seluruh Malaysia.
Semuanya disebabkan 'panic buying" oleh sesetengah netizen. Apa yang
mendukacitakan, banyak pembaziran telah dilakukan apabila stok yang dibeli
banyak tidak dimakan dan dibuang sahaja.
Remix 'Kesana Kesini' ini adalah daripada hasil ucapan rasmi Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin. Remix yang dicipta oleh Nick Chia dan Chia Khoo
Hoong ini telah menjadi menjadi tular di sosial media dengan membawa mesej
supaya duduk di rumah semasa musim Covid-19 ini.
Lagu remix Kesana Kesini yang sangat cool dan kreatif ini turut mencuit hati
PM Malaysia yang berseloroh kepada rakyat melalui ucapannya ketika Perutusan
Khas Pakej Prihatin PKS.
“Ini adalah sebahagian daripada aktiviti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah,” tambahnya.
“Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap. Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik, atau buang tabiat kata orang,”.
5) YouTuber Masakan Sugu Pavitra
Pasangan YouTuber dikenali ramai melalui saluran mengenai masakan, Sugu
Pavithra telah mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Malaysia. Dalam masa
yang singkat jumlah subscribernya meningkat kepada 1 juta langganan.
Mereka berdua yang berkongsi resepi masakan India dengan ikhlas dan fasih berbahasa
Melayu ini menjadikan mereka viral dan dapat sokongan rakyat Malaysia
sehingga PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan mereka penghargaan dan
hadiah. Malangnya S. Pavithra bertindak memadam semua video yang telah dimuat
naik di laman YouTube miliknya kerana isu peribadi. Walaubagaimanapun,
Pavitra kembali memuat naik semula video masakannya secara solo tanpa
suaminya, Sugu.
6) FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ini
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu telah menyebabkan satu 'group'
yang dikenali sebagai 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ini' ditubuhkan di Facebook.
Di dalam group tersebut, pelbagai koleksi 'makanan tak jadi' boleh
dikongsikan oleh netizen dan pernah mendapat perhatian dan disebut sendiri
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khasnya
sebelum ini.
Group Facebook Masak Apa Tak Jadi yang kini telah mempunyai sebanyak 2 juta
langganan 'like' ini memang menceriakan hari sepanjang PKP. Memang tak kering
gusi dibuatnya!
7) Menteri Pertahanan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob Tersasul
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob yang ingin menyebut "PKPB" telah tersasul
dengan menyebut "KPKPBPKBPBPKPB". Yang lebih melucukan, juru bahasa isyarat
di TV juga keliru dan sukar hendak terjemahkan ucapan beliau ke dalam bahasa
isyarat. Peristiwa viral ini mendapat carian tertinggi dan trending di
Google Malaysia.
Terdapat juga sebuah video viral dimana seorang netizen dengan loghat utara
tersasul dan sukar menyebutkan perkataan "Roadblock' dan membuatkan ramai
netizen geli hati.
8) Veveonah Mosibin Jawab Peperiksaan Di Atas Pokok
Pelajar jurusan Asasi Sains di UMS ini menjadi viral setelah memuat video di
YouTube yang memanjat pokok kerana hendak menjawab peperiksaan online.
Disebabkan masalah liputan, Veveonah terpaksa mendirikan 'rumah atas pokok' dan menjawab soalan peperiksaan di kampungnya, Pitas.
Isu ini turut menjadi kecoh di dewan perlimen apabila Veveonah dianggap menipu.
Walaubagaimanapun, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi
Zainul Abidin telah memohon maaf kepada Veveonah Mosibin selepas mendakwa
pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu tidak mengambil peperiksaan
sebagaimana yang dipaparkan menerusi videonya memanjat pokok untuk mencari
capaian internet.
9) Perkahwinan Mira Filzah
Perkahwinan Mira Filzah bersama suaminya, Wan Emir Astar telah dianggap
sebagai Wedding Of The Year. Walaupun dilakukan di musim PKP dan hanya boleh
distrim secara langsung oleh para peminat pelakon popular ini. Live perkahwinan Mira Filzah telah
ditonton oleh 2.6 juta orang! Tahniah dan selamat pengantin baru buat Mira
Filzah dan pasangannya.
Rakyat Malaysia telah digemparkan dengan isu ketukan pintu misteri yang
menghantui penduduk di Sabak Bernam.
Sekitar jam 11 malam sehingga waktu pagi pintu rumah mereka akan diketuk
berkali-kali dengan kuat seperti ada yang ingin masuk ke dalam rumah dengan
cepat. Apabila pintu dibuka, ternyata tiada sesiapa diluar. Kejadian yang
bermula di daerah Sabak Bernam ini kini telah merebak di beberapa negeri
lain dan masih belum dapat dirungkai puncanya. Adakah ilmu hitam?
11) Lamaran Pelakon Kamal Adli Kepada Uqasha Senrose
Pasangan pelakon iaitu Uqasha Senrose dan Kamal Adli hangat diperkatakan
peminat menerusi laman sosial apabila Kamal Adli telah melamarnya ketika
majlis AME 2020. Uqasha yang menyangka Kamal Adli sedang mempromosikan drama
baru mereka akhirnya menjawab "Ya" dan menerima lamaran beliau.
Tindakan Kamal Adli tersebut telah menerima reaksi positif dan juga negatif
oleh netizen. Mereka yang rapat selepas digandingkan dalam satu drama arahan
Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad akhirnya bakal ke gerbang
perkahwinan.
Berakhirlah tahun 2020 yang penuh suka dan duka. Diharapkan kita semua
diberkati, berdoa dan berharap semoga tahun 2021 akan menjadi lebih baik
berbanding tahun 2020. Selamat menyambut tahun baru 2021!
Kredit gambar Google