Review : Tidur Selesa Dengan Origin Hybrid® Mattress & Origin Superior Coolmax® Latex Pillow | Persatuan Tidur Sedunia mengesyorkan bahawa tempat tidur yang selesa dan
menarik adalah diperlukan untuk tidur dan kesihatan yang lebih berkualiti.
Sebelum ini Kak Bell mengambil remeh akan hal ini. Asalkan ada tilam dan
bantal tidak kira tebal, nipis, mahal mahupun murah kak Bell layankan sahaja
asalkan boleh melelapkan mata. Hinggalah sampai satu tahap dan apabila usia
semakin meningkat, muncullah simptom-simptom sakit badan bila tidur di tilam
yang tidak bagus.
Kak Bell sebagai penggemar kafein, sering bekerja malam menjadikan Kak Bell
sentiasa kekurangan tidur dan insomnia. Ditambah pula dengan keadaan tilam
yang dimakan usia menyebabkan Kak Bell selalu mengalami ketegangan leher dan
sakit badan terutamanya di sekitar bahagian posisi belakang di kawasan
pinggang. Pernah juga bertanya kepada doktor, katanya salah posisi tidur dan
tentunyalah berpunca dari tilam. Kalau ada yang mengalami simptom-simptom
yang berkaitan dengan kekurangan tidur seperti sakit kepala, masalah
konsentrasi, sakit bahu atau leher, serta perubahan mood ketika bangun pagi
ianya diantara tanda yang memberitahu bahawa tilam perlu ditukar. Mengikut
kata pakar pula, mereka mencadangkan bahawa tilam perlu diganti setiap tujuh tahun sekali.
Bila kualiti tidur terganggu semestinya akan terjadi perubahan mood yang
tidak pantas untuk hari-hari Kak Bell. Jadi Kak Bell ambil keputusan dah
sampai masanya untuk menggantikan tilam yang lama. Yes, harga tilam
sememangnya bukanlah murah! Tilam berharga murah tidak semestinya tak bagus,
dan harga mahal juga tidak semestinya terbaik. Apapun ianya bergantung
kepada bajet kewangan, jenis tilam yang diperlukan bergantung kepada
situasi/sakit yang di alami dan juga keadaan ruang dalam bilik tidur
seseorang. Jadi, entri kali ini Kak Bell hendak berkongsi ulasan mengenai
tilam dan bantal dari jenama Origin iaitu
Origin Hybrid® Mattress &
Origin Superior Coolmax® Latex Pillow
yang Kak Bell gunakan sekarang.
3 Jenis Lapisan Tilam Dalam Origin Hybrid® Mattress
Tilam Hibrid Origin ini dicipta setelah pakar tidur mereka melakukan lebih
daripada 100,000 ujian bagi meneliti corak tidur dan mengkaji bagaimana
jenis tempat tidur dapat mempengaruhi kualiti tidur berdasarkan pelbagai
faktor dari usia, gaya hidup dan postur tidur. Setelah menemui jenis bahan
yang paling sesuai untuk membuat tilam yang optimum untuk tidur, Origin
bekerjasama dengan jurutera reka bentuk Jerman, Frank Richter untuk
menghasilkan tilam Origin. Bahan yang digunakan adalah hasil gabungan
sempurna busa memori (Memory Foam), busa (Foam),
pocket springs berkualiti tinggi dan lateks semula jadi untuk sebuah
tilam premium yang akan menghilangkan semua permasalahan berkaitan tidur.
Dalam sebuah tilam Origin Hybrid® ini terdiri daripada 3 jenis lapisan bahan
iaitu lateks semulajadi, poket spring dan busa memory penyejuk
(cooling memory foam) menjadikan ianya sebuah tilam yang
menggabungkan ciri terbaik dari pelbagai jenis tilam untuk penghasilan tilam
terbaik. Kebanyakkan tilam konvensional mungkin hanya terdiri dari 1 jenis
bahan tersebut, tetapi untuk tilam Origin Hibrid ini menggabungkkan
ketiga-tiga material tersebut.
Origin Hybrid® Mattress
RM1,225.00 – RM2,487.00✓ Tilam Hibrid Penyejuk 24.5cm
✓ Bahan Lateks Asli + Cooling Gel Memory Foam + Pocket Springs
✓ 120-Night Trial; jaminan wang dikembalikan, tanpa sebarang soalan ketika dikembalikan!
✓ Tilam Dengan Gangguan Rendah
✓ Sarung Penutup Kain Tencel Penyejuk
✓ Warranti 15 tahun Produk Jerman
✓ Penghantaran percuma
✓ Produk Jerman
Kak Bell gunakan Origin Hybrid® Mattress bersaiz Queen dan ianya
sangat lembut dan selesa. Tilam lama Kak Bell walaupun sebenarnya agak
baru dibeli dalam 3 bulan lepas sememangnya tidak sama dengan tilam
sekarang. Tilam lama dengan material busa memang tidak memberikan sokongan
sepenuhnya pada badan berbanding tilam hibrid Origin. Semasa baring, akan
terasa nyaman dan rasa sejuk kerana bahan Cooling Gel Memory Foam. Rasa
sejuk-nyaman tersebut memang membuatkan tidur lebih nyenyak. Selepas Kak
Bell gunakannya dalam tempoh seminggu, ia membantu mengurangkan sakit
belakang dan mengekalkan postur badan dengan selesa semasa tidur. Terus
tidur dengan lena tanpa terbangun tukar posisi tidur ke kiri atau ke
kanan.
So far so good dan Kak Bell memang sangat puas hati dengan kualiti tilam
Origin Hybrid® ini. Rasa nak sambung tidur sahaja walaupun dah
sampai masa bangun untuk pergi bekerja! Paling best, tilam ini juga tidak
memerangkap habuk. Bulu kucing pun tidak melekat pada tilam ni. Kalau
melekat pun, sekali kibas dah boleh buang habuk di tilam. Untuk video
unboxing, bolehlah tonton di bawah.
Bantal Origin Superior Coolmax® Latex Dengan Gel Penyejuk Dan Sarung Bantal Kain Tencel Yang Boleh Ditanggalkan
Tidak seperti kebanyakkan bantal,
Origin Superior Coolmax® Latex Pillow
mempunyai penutup atau sarung bantal yang boleh ditanggalkan. Sarung kain
Tencel ini, boleh ditanggalkan dan dicuci dengan mesin yang dapat
memanjangkan jangka masa panjang bantal. Kain tencel yang terkenal dengan
keselesaan semula jadi, mesra terhadap alam sekitar dan lebih lembut
dibandingkan dengan kapas. Ianya menggunakan 100% bahan semula jadi yang
hypoallergenic, ringan, dan sangat sesuai untuk cuaca panas.
Bantal yang direka di Jerman ini menggunakan bahan lateks semula jadi
yang disuntik dengan formula gel penyejuk yang dapat memberikan keselesaan
ketika tidur sesuai dengan iklim panas dan lembap di Malaysia. Bantal
Origin Superior Coolmax® Latex ini juga direka supaya udara dapat beredar
secara berterusan (Breathable Ventilation) bagi mengelakkan
haba terperangkap dan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Diantara
ciri lain adalah
Anti Debu Hama, Anti Bakteria dan Anti-Mikrob.
Origin Superior Coolmax® Latex Pillow
RM400✓ Dimensi Bantal - 65cm x 40cm x 13cm
✓ Bahan: Lateks Asli + Gel Penyejuk Coolmax®
✓ Sarung Bantal Kain Tencel yang boleh ditanggalkan
✓ Pengembalian Percuma 7 Hari (pengembalian sendiri ke gudang Origin)
✓ Waranti 2 Tahun
✓ Produk Jerman
Bantal juga memang memainkan peranan untuk dapatkan tidur yang selesa.
Sebelum ini memang selalulah Kak Bell alami ketegangan leher. Semasa tidur
terpaksa mengubah posisi kepala untuk dapatkan keselesaan. Pendek kata
semua cara lah tidak kena. Selepas gunakan bantal lateks Origin memang
terasa perbezaannya. Ianya memang menyokong kepala dan leher Kak Bell
semasa tidur dan memang tak ada dah sakit bahu dan leher. Kalau letak
tangan bawah bantal terasa juga sejuk-nyaman macam tilamnya.
Dalam masa semimggu Kak Bell gunakan
tilam Origin Hybrid + bantal Superior Coolmax® Latex memang sangat
terasa perbezaanya. Tidur lebih selesa, tanpa sakit-sakit badan dan
semestinya bangun tidur dengan mood yang lebih baik! Memang sangat
berbaloi harga yang dibayar setanding kualitinya.
Penghantaran Percuma Dan Merupakan Produk Buatan Malaysia
Setelah mendapatkan hak paten untuk Teknologi Origin® yang direka di Jerman,
tilam berkualiti tinggi Origin dibuat sepenuhnya di Malaysia oleh pengeluar
tempatan terpilih dengan reputasi terbaik dari segi penghasilan dan kualiti
pembuatan tilam.
Penghantaran adalah percuma dalam tempoh masa 1 minggu untuk Semenanjung
Malaysia dan pembeli juga boleh mencuba tilam Origin selama 120 malam! Untuk
bantal juga ada polisi 7 hari pengembalian jika tidak berpuas hati dan
pengembalian adalah tanpa sebarang soalan asalkan produk dipulangkan semula
dalam keadaan yang baik.
Kredit gambar:
Express Photography
Pengasas Origin, Shaun dan Gee memahami bahawa tilam adalah suatu pelaburan
jangka panjang. Pembeli yang tidak berpengalaman dengan pelbagai terminologi
asing dan jurujual yang memaksa memang amat menyukarkan.
Origin Superior Coolmax Latex Pillow dan Origin Hibrid Mattress ini juga
diketengahkan sebagai salah satu jenama tilam & bantal yang terbaik
dalam
Best 8 Pillows To Buy In Singapore 2020.
Tempat tidur yang baik sememangnya bukanlah satu kemewahan, tetapi
ianya adalah sebuah keperluan penting demi kesihatan fizikal mahupun
mental kita. Kita yang menghabiskan satu pertiga dari hidup kita dengan
tidur, tetapi kita kurang memberikan perhatian pada kualiti tilam yang
kita gunakan. Pemilihan tilam yang betul sememangnya dapat meningkatkan
kualiti hidup kita secara keseluruhan.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman sesawang di bawah.
ORIGIN MALAYSIA
No. 77 Jalan SS2/55 47300,
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Opening Hours:
Monday to Friday: 10am – 7pm
Saturday: 10am – 5pm
Sunday and PH: Closed
Origin Mattress Malaysia
Best in Singapore