Tempe adalah makanan
tradisional sinonim dengan masyarakat Jawa dari Indonesia. Tempe yang
diperbuat daripada kacang soya ini memang dah terkenal di Asia Tenggara
termasuklah di negara kita. Kalau anda nak tahu, tempe ini dicipta tanpa
sengaja apabila seorang pengusaha tauhu berbangsa Cina dengan tidak sengaja
menumpahkan ragi beras ke dalam kacang soya yang sudah dimasak.
Apabila dia melihat rupa kacang soya yang berkulat itu, dia terus goreng dan
mencubanya. Ternyata rasanya enak dan dinamakan tempe.
Terdapat pelbagai resipi berasaskan tempe boleh dijadikan hidangan lazat
sebagai pembuka selera. Tempe boleh dibuat goreng, dimasukkan sekali bersama
sayur masak lemak atau dibuat sambal goreng jawa. Sebelum ini pun Kak
Bell dah ada kongsikan sebanyak 7 resepi menggunakan tempe. Nanti boleh
rujuk di bahagian bawah resepi ni jikalau hendak melihat resepi tempe yang
lain.
Kalau zaman dulu jika pergi ke kedai, tempe akan dibungkus dengan daun
pisang atau kertas. Tapi sekarang bila dah dibalut menggunakan plastik, dah
menghilangkan haruman asli tempe. Tempe pun tak boleh disimpan terlalu lama
waima di simpan di dlam peti ais. Biasa dalam 3 hari tempe akan masih segar
sebelum naik kulat berwarna kehitaman dengan bau yang busuk.
Untuk resepi tempe kali ini, Kak Bell perolehi dari kawan Chef Didi. Resepi
tempe menggunakan sambal hijau dengan ikan bilis yang digoreng rangup
ditambah pula dengan daun kemangi dan bunga kantan. Bagi yang tak tahu
kemangi tu apa, bahasa omputehnya daun basil. Bagi masakan ni kita gunakan
Basil Thai. Kemangi dan hirisan bunga kantan yang digunakan akan memberikan
aroma yang sangat wangi dalam hidangan ni.
Bahan A (kisar kasar)
6 biji lada hijau
15 biji cili padi hijau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan B
2 paket tempe
Segenggam ikan bilis
1 paket daun kemangi (Basil Thai)
2 biji tomato (belah 4)
Hirisan bunga kantan
Garam dan perasa
Sedikit gula
Cara masak:
1) Kisar kasar semua bahan A.
Ada ke yang pernah mencuba resepi ni? Kak Bell confirm memang
terangkatlah menu ni. Menu yang simple dengan sambal berlado tempe, makan
dengan nasi putih sahaja pun sudah memadai. Untuk resepi tempe yang lain,
boleh klik di bawah:
Resepi Kobis Cina Tumis Dengan Tempe
Resepi Tempe Dan Tauhu Goreng
Resepi Ayam Goreng Kunyit Dengan Tempe
Resepi Sayur Goreng Jawa
Resepi Tempe Goreng Malas
Resepi Masak Lodeh
Selamat mencuba!