Hi semua! Selama ini memang Kak Bell tak pernah cuba sendiri memasak nasi
beriani atau nasi tomato. Bukannya apa sebab takut tak menjadi! Kalau ada
pun cuma pernah buat Nasi Minyak dan Nasi Lobak (Klik untuk lihat resepi). Minggu lalu, kebetulan ada kawan
menyinggah di rumah dan Kak Bell bergabung tenaga menyiapkan menu Nasi
Beriani Kambing. Disebabkan menunya mudah, tentunyalah Kak Bell cuba. Kalau
susah, renyah memang tidaklah Kak Bell buat.
Untuk resepi Nasi Beriani Kambing ini, Kak Bell terus tumis dan masak
menggunakan periuk nasi. Lebih elok kalau ditumis dahulu dalam kuali,
kemudian baru masukkan dalam rice cooker untuk mengelakkan rice cooker
terlalu panas dan tak boleh nak tekan 'cook'. Tapi Kak Bell lanyakkan aje,
letak tisu supaya rice cooker terus memasak!
Bila menggunakan beras basmathi, cara memasaknya semestinya tidak sama
dengan memasak beras biasa. Inilah perkara yang Kak Bell takut kalau
hasilnya kurang menjadi bila menggunakan beras basmathi. Maklumlah percubaan
kali pertama dan jarang-jarang memasak menggunakan beras jenis ini. Jadi,
macammana nak mendapatkan tekstur nasi yang lembut, berderai cantik, dan
tidak berketul apabila menggunakan beras basmathi?
Kalau hendak dapatkan nasi yang cantik dan panjang, beras basmathi ini
perlu direndam terlebih dahulu. Kalau tak direndam, hasil nasi tak cukup
lembut dan keras. Untuk nisbah air boleh gunakan nisbah 1 cawan beras : 1
1/2 cawan air atau campuran air dengan cecair lain seperti susu, santan.
Ada juga yang menggunakan nisbah 1:1. Yang penting Teknik Memasak Nasi
kena betul dan pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras, adalah
cawan yang sama untuk menyukat air.
Bahan A
3 1/2 pot beras Basmathi
2 tin Kari Kambing Adabi
2 sudu rempah beriani Faiza
1/3 tin susu cair
1/2 air dari sukatan pot beras
3 helai daun salam (bay leaves)
2 biji tomato
4 sudu minyak sapi Ghee
Sedikit garam
Sedikit biji gajus
Bahan B (dihiris)
4 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
Rempah 4 sekawan
*kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih
Cara memasak:
1) Basuh bersih beras Basmathi dan rendam beras dengan air yang diletakkan garam selama 20-30 minit. Kemudian toskan.
TIPS!
- Boleh gunakan minyak sapi atau butter untuk menumis
- Boleh masukkan sedikit daun ketumbar yang dicincang
- Tambahkan 1 paket kecil kismis
So far so good hasil kejadian Nasi Beriani Kambing Kak Bell. Cuma guna
daging kambing tin dan masak gunakan rice cooker sahaja. Resepi ini pun
Kak Bell jumpa di Facebook. Yang penting menjadi. Selamat mencuba.