Selepas kejayaan berturut-turut lagu ‘Sembah’ dari Naim Daniel pada
Februari yang lalu iaitu menjadi juara carta mingguan di Muzik Muzik, ERA
dan berjaya merangkul 2 anugerah dalam 2020 Mid Year JOOX Music Awards, Naim
terus aktif dalam pembikinan lagu.
Baru-baru ini Naim telah berkolaborasi bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli
dengan single bertajuk ‘Lara’ yang dapat menduduki #2 trending di Youtube
dan kini menduduki #3 dalam Carta Malaysia 50 di Spotify.
Terkini, Naim kembali lagi dengan lagu ‘Purnama’ yang bergenre ballad hasil ciptaan dari Amzar Razqa, Hanis Rafi dan Omar K. Amzar iaitu penulis lirik dan komposer ‘Purnama’ berkata, “Salah seorang teman rapat saya yang mencadangkan saya untuk memberikan lagu ini kepada Naim kerana Naim adalah penyanyi yang sesuai dan terbaik buat lagu Purnama ini.”
“Lagu Purnama ini ditujukan khas buat mereka yang merindui orang yang mereka kasihi dan sentiasa mendoakan mereka walaupun mereka sudah tiada. Jadi buat semua yang masih hidup, sentiasa hargai dan beritahu keluarga dan rakan-rakan yang rapat bahawa anda menyayangi mereka sebelum terlambat.”
Bagi lagu ‘Purnama’ ini, World Peace Entertainment telah menampilkan Music
Video yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengalami tekanan emosi
dan mental setelah kehilangan seseorang yang dia kasihi. Music Video ini
boleh mula ditonton pada 27 November 2020 di Youtube World Peace
Entertainment.
Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel, lagu ‘Purnama’ terbitan World
Peace Entertainment ini boleh didapati dan dimuat turun di semua
streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, JOOX
dan lain-lain.
Tags:
Hiburan