Burger Paling Famous Di Kelantan | Tempat Makan Paling Menarik Di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Burger Paling Famous Di Kelantan | Tempat Makan Paling Menarik Di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak

Trending

Burger Paling Famous Di Kelantan | Tempat Makan Paling Menarik Di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak

Sudah lama betul Kak Bell tidak pergi bercuti. Biasanya dalam setahun mesti akan travel ke luar atau dalam negara. Biasalah kan, dah penat sepanjang tahun bekerja pastilah hendak berehat menikmati tempat-tempat menarik di tempat orang. Paling terakhir Kak Bell travel adalah pada bulan yang lepas semasa berkunjung ke Pulau Perhentian Kecil. Bayangkan punyalah lama dan tambahan pula dengan keadaan pandemik sekarang, terpaksalah ditangguhkan dahulu perancangan terbaru hendak bercuti.


Kisahnya semasa ke Pulau Perhentian Kecil, Kak Bell menaiki pesawat dan turun di lapangan terbang Kota Bharu, Kelantan. Disebabkan masa terhad di Kelantan, Kak Bell cuma sempat singgah di Pasar Siti Khadijah dan Restoran Nasi Ulam Cikgu. Semasa perjalanan ke Terengganu, sempatlah singgah makan pagi di tepi jalan dengan menu nasi kerabu. Memang suatu kelainan lah pada Kak Bell bila pagi-pagi breakfast nasi kerabu. Yang penting, semua tempat makan yang disinggah, semuanya sedap. Jadinya, Kak Bell sudah merancang episod travel ke Kelantan. Kalau dah travel selain memikirkan tempat tinggal dan sebagainya, benda paling penting adalah tempat makan! Biasanya kalau dah nama trip jalan-jalan seharusnya jadi trip jalan-jalan cari makan kan! Agak-agaknya di mana tempat makan paling best di sekitar Kota Bharu ya?

Nasi kerabu, nasi dagang, nasi air dingin, nasi kak wok memang sudah sinonim dengan masyarakat Kelantan. Semasa Kak Bell bertanya pakcik 'Google' tempat makan paling best di Kota Bharu, Kak Bell terjumpa satu artikel tentang Tempat Makan Wajib Singgah Di Kelantan. Kak Bell tertarik dengan lokasi tempat makan hidangan Burger Paling Famous Di Kelantan iaitu KBB Burger & Steak. Katanya, pengunjung yang datang ke Kelantan, memang akan wajib singgah ke restoren steak bertaraf 5 bintang ni. Apa yang sedap sangat agaknya disini? Jom baca lebih lanjut.


Burger Homemade Double Meat Extreme

Restoren KBB Burger & Steak yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu ini sebenarnya sebuah restoren yang menyediakan hidangan barat. Terdapat hidangan pilihan daging seperti Wagyu Jepun, Wagyu Australia - Angus dan Grainfed, selain burger mereka yang membuatkan Kak Bell terliur habis. Apa yang penting, pengunjung boleh menikmati makanan lazat di sini mengikut citarasa dan anggaran bajet sendiri.
Kak Bell tertarik sangat dengan burger Double Meat Extreme mereka yang nampak sedap gile. Burger ini pernah Viral & sangat terkenal disini.
Burger yang disediakan disini adalah 100% buatan homemade & 100% menggunakan daging dan tidak menggunakan bahan lain. Burger Double Meat Extreme ini terdiri dari gabungan 2 patty burger bersama dengan 2 keping keju dan beef bacon (streaky beef) serta dilimpahi dengan sos cheese homemade padu. Untuk bahan rempah, Restoren KBB Burger & Steak menggunakan rempah ratus tersendiri sebagai rasa signature burger mereka, sememangnya kita boleh merasai keunikan daging patty KBB.


Selain patty daging yang lembut dan juicy ini, sos cheese mereka memang antara penarik rasa sebab mereka menggunakan 100% cheese, bukannya serbuk cheese atau sos cheese yang di jual di pasaraya. Memang tidak hairan kenapa burger ini pernah viral.

Walaupun burger KBB ni bersaiz besar, confirm tak cukup dan membuatkan setiap gigitan memang tak puas sebab sedap! Setiap gigitan memang terasa kesegaran dagingnya yang juicy. Padanlah cakap orang, jika singgah ke Kelantan, memang wajib singgah dekat sini.
Selain dari Double Meat Extreme, antara burger-burger lain yang ada adalah Smokey Meat, Crispy Chicken, Chicken Jumbo, Smashed Beef, Grilled Chicken, dan Double meat extreme BBQ.

Satu lagi perkara yang menarik di sini, restoren KBB Burger & Steak memiliki ruangan dapur dengan konsep dapur terbuka (open air kitchen). Setiap pengunjung yang datang menikmati hidangan di sini boleh melihat proses penyediaan hidangan mereka tanpa rasa was-was tentang cara penyediaaan makanan disini.


Buat anda semua yang teringin mencuba keenakan burger Double Meat Extreme by KBB Burger & Steak, bolehlah singgah di KBB Burger & Steak. Pastinya anda tidak kecewa. 

KBB Burger & Steak
No 2713 Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan.
Contact: 010-258 1001
Waktu Operasi : 12PM - 1PM (setiap hari)


Facebook: https://www.facebook.com/kbbburgerandsteak/
Instagram: https://www.instagram.com/kbbburgerandsteak
Youtube: KBB Burger and Steak

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post