Akhirnya setelah 8 minggu bersiaran, pertandingan nyanyian berkonsepkan
misteri
The Masked Singer Malaysia telah
menobatkan juara musim pertamanya Jumaat lalu. Pentas akhir itu telah
menyaksikan Bunga Raya diangkat sebagai juara selepas berjaya menewaskan
empat peserta lain.
Kostum Bunga Raya yang dipakai oleh penyanyi Aina Abdul berjaya mendapatkan
markah tertinggi selepas membuat persembahan memukau dengan menyanyikan lagu
Listen (Beyonce) dan Malam Ini Kita Punya (Bunkface). Berada di tempat kedua
adalah Rajah Brooke iaitu Vanessa Reynauld dan tempat ketiga menjadi milik
topeng Orang Utan iaitu Tuju K-Clique. Dua lagi peserta akhir pada program
itu adalah kostum Wau iaitu Datin Alyah dan kostum Enggang, Vince
Chong.
Malam final tersebut menampilkan 5 peserta sahaja selepas 7 peserta lain
tersingkir dan didedahkan identiti mereka. Sebagai imbasan identiti sebenar
bagi 7 peserta yang telah tersingkir adalah Nasi Lemak (Dato Mirnawan
Nawawi), Rimau (Ebby Saiful), ABC (Yana Samsudin), Musang King (Zain
Ruffedge), Ayam Jantan (Hairul Azreen), Reno (Chiwan) dan Refflesia (Datin
Paduka Eina Azman).
Persembahan kelima-lima peserta di malam akhir lalu memang sangat menarik
dan memuaskan. Kesemuanya membawakan lagu yang best dan mempamerkan
kehebatan vokal masing-masing. Untuk keputusan, boleh dijangka siapakah
pemenangnya tetapi kak Bell rasa Wau yang dibawakan oleh Datin Alyah patut
berada di tempat ketiga. Sekadar pendapat.
Berdasarkan klu-klu memang jelas menunjukkan Aina Abdul. Tambah pula di
dalam klu ada menampilkan gambar Ella. Memang tidak disangka yang perwatakan
Aina Abdul memang berubah habis dari seorang yang pemalu kepada seorang yang
'cheeky' dan lucu. Bila tengok keletah ada macam Shiha Zikir atau Norkhiriah
tapi bila dengarkan suara sememangnya menunjukkan orang lain. Memang Aina
Abdul menampilkan dirinya sebagai seseorang yang lain daripada diri Aina
sekarang dalam pertandingan ini.
Berikut adalah kedudukan peserta mengikut peratusan markah di konsert akhir
The Masked Singer Malaysia beserta klu-klu bagi setiap peserta.
Listen (Beyonce) & Malam Ini Kita Punya (Bunkface)
Identiti Sebenar : Aina Abdul
Klu : Variasi kasut boot menunjukkan Aina Abdul gemar memakai kasut boot di dalam setiap muzik videonya.
#2 RAJAH BROOKE: 95%
Ku Bersuara (Ernie Zakri) & Rampas (Akim & The Majistret)
Identiti Sebenar : Vannesa Reynauld
Klu : Topeng wajah Nabil Ahmad bermaksud Vanessa pernah menyertai rancangan Ceria Megastar pada tahun 2018 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad
#3 ORANG UTAN: 94%
Dia (Anji) & Apa Khabar, Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, Sonaone, Alyph)
Identiti Sebenar : Tuju K-Clique
Klu : Kamera klik sebanyak 7 kali menunjukkan Tuju dan 7 ahli kumpulannya yang lain iaitu K-Clique sedang meningkat naik di dalam industri muzik masa kini
#4 WAU: 88%
I Surrender (Celine Dion) & Opera Hidup, Pawana (Wings & Search)
Peserta: Wau
Identiti Sebenar : Datin Alyah
Klu : Nota muzik melambangkan pasangan kepada Datin Alyah iaitu Dato' Ramli MS merupakan seorang maestro muzik terkenal
#5 ENGGANG: 87%
Tiada Lagi (Amy Search) & Generasiku (OAG)
Peserta : Enggang
Identiti Sebenar : Vince AF
Klu : Poster Gunung Kinabalu bermaksud isteri Vince berasal dari negeri Sabah
Identiti Sebenar : Vince AF
Klu : Poster Gunung Kinabalu bermaksud isteri Vince berasal dari negeri Sabah
Pada pentas akhir tersebut, pelawak dan penyanyi Mark Adam dijemput
sebagai juri jemputan bagi menggantikan Zizan Razak. Tekaan juri
kebanyakkannya tepat untuk episod akhir. Semua juri meneka Ernie Zikri
disebalik topeng Bunga Raya dan hanya Angah Raja Lawak sahaja meneka
dengan betul bahawa Bunga Raya adalah Aina Abdul.
Rancangan ini memang sangat menarik sebab setiap minggu berada di depan
kaca TV hendak meneka siapa penyanyi misteri. Suka sangat sebab sebelum
ini selalu tonton The Masked Singer Korea dan UK. Kak Bell harap untuk
musim kedua nanti menampilkan lebih ramai selebriti yang bukan penyanyi
dan mempunyai vokal mantap menyertai pertandingan nyanyian berkonsepkan
misteri The Masked Singer Malaysia ini.
Kredit gambar:
Astro dan Astro Gempak