Nikmati Tiki BBQ Seafood & Tiki Weekend Hi-Tea Di Restoren Kontiki, Hotel Federal KL - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Nikmati Tiki BBQ Seafood & Tiki Weekend Hi-Tea Di Restoren Kontiki, Hotel Federal KL

Trending

Nikmati Tiki BBQ Seafood & Tiki Weekend Hi-Tea Di Restoren Kontiki, Hotel Federal KL

Kontiki Restaurant di The Federal Bukit Bintang kini telah dibuka semula bermula 15 Julai 2020. Buat anda yang berkunjung dan bercuti di sekitar Kuala Lumpur dan memilih penginapan di Hotel Federal atau Hotel Capitol Kuala Lumpur mahupun Tribeca Serviced Suites Bukit Bintang, Restoren Kontiki adalah pilihan terbaik buat anda menikmati suasana makan di norma baharu ini.


Jika sebelum ini semasa perlaksanaan PKP, pihak Restoren Kontiki hanya menyediakan hidangan untuk 'takeaway' dan sekarang telah bersedia buat pengunjung datang dan menikmati makanan di sana. Minggu lalu Kak Bell telah berkesempatan makan malam di sana dan menikmati menu Tiki BBQ Seafood Dinner. Selain itu, bagi anda yang suka bersantai petang berhujung minggu di tepi kolam renang bolehlah menikmati Tiki Weekend Hi-Tea atau Tiki Yam Lay Sek A La Carte Buffet!

Makan Dengan Norma Baharu Di Restoren Kontiki 

Kontiki @ Federal Bukit Bintang dalam suasana normal yang baru telah mengurangkan jumlah meja di restoran untuk mengekalkan jarak norma sosial dimana tempat duduk untuk meja dikurangkan menjadi separuh dan mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan dengan jarak tidak kurang dari 1.5 meter. Pelayan restoren akan menggunakan jarak yang sesuai, memakai alat pelindung seperti yang dikehendaki oleh garis panduan kesihatan tempatan. Jadi pengunjung tidak perlu risau kerana Restoren Kontiki mengamalkan amalan kebersihan yang ketat dan setiap hidangan akan dikendalikan oleh pelayan restoren sahaja berbanding pelanggan yang akan mengambilnya sendiri.





Tiki BBQ Seafood Dinner

Di Restoren Kontiki, tempat yang wajib untuk dikunjungi adalah stesen BBQ. Terdapat pelbagai pilihan barbeku seperti stik daging, kambing panggang, salmon, sate, udang galah, udang dan macam-macam lagi selain 12 jenis kerangan dan tiram yang boleh anda cuba.





Untuk permulaan, anda boleh mencuba hidangan pembuka selera, cold platter atau salad yang terdiri dari pelbagai makanan laut seperti udang harimau, 12 jenis kerang, daging lembu atau kambing panggang.


Di stesen salad, Kontiki menyediakan kombinasi 6 jenis hidangan dengan citarasa Melayu, Barat atau Cina. Anda boleh cuba kombinasi sosej, coleslaw, capsicum, chicken ham, pasta, seafood & tuna atau salad tempatan seperti kerabu, rojak buah, jeruk buah dengan pilihan sos honey mustard, thousand salad, sos ceasar, sos tartar, pesto, mayonis & minyak zaitun. 





Bagi stesen BBQ, menu yang anda semua mesti cuba adalah daging kambing panggang, Beef Wellington dan ikan salmon bakar yang dihidangkan dengan sos pudina, cendawan, sos lada hitam, rosemary dan sos BBQ. 






Diantara menu lain adalah pelbagai sup seperti sup kobis bunga, sup cendawan, sup labu serta pelbagai pastri dan puding. Terdapat 6 jenis menu bufet yang disediakan secara bergilir bagi memenuhi selera yang pelbagai.

Tiki BBQ Seafood Dinner
Jumaat & Sabtu (6.30PM - 9.30PM)
RM138 nett/adult
RM69 nett/senior citizen
RM49 nett/child

Tiki Weekend Hi-Tea

Terdapat 5 buah menu hidangan yang disediakan secara bergilir Tiki Weekend Hi-Tea dan pengunjung boleh menikmatinya tanpa had (unlimited refill). Terdapat lebih dari 100 jenis pilihan hidangan.





Di antara menu yang ada adalah seperti hidangan nasi goreng seafood, Chicken Varuval, Mutton Stewed dengan sayur, Ikan Masak Kicap Berempah, Vegetarian Dumpling dengan Capsicum, Vegetable Ratatouille, tartlet mini, pastri Perancis, Strawberry Terrine, agar-agar, kek mangga mousse dan banyak lagi!

Tiki Weekend Hi-Tea
Saturdays & Sundays (12.30PM - 4PM)
RM86 nett/adult
RM43 nett/senior citizen
RM33 nett/child

Tiki Yam Lay Sek A La Carte Buffet

Dedikasi khas untuk semua pencinta makanan, Tiki Yam Lay Sek A La Carte Buffet juga disediakan kembali dengan pilihan 38 hidangan yang lebih enak dari hidangan pembuka selera, hidangan utama hingga pencuci mulut!


Tiki Yam Lay Sek A La Carte Buffet
Isnin - Jumaat (kecuali cuti umum)
12PM - 2.30PM dan 6.30PM - 9.30PM
RM60 nett/person

Servis Takeaway, Drive-Thru dan Penghantaran masih ada disediakan oleh Kontiki. Untuk tempahan, hubungi 603-21489166 ext 2239 atau melalui whatsapp di 60123169279 atau 60123775051.

Selain dari hidangan menu yang dinyatakan tadi, anda juga boleh menikmati promosi hebat dengan penginapan di Hotel Capitol Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda, Hotel Capitol Kuala Lumpur dan Tribeca Serviced Suites Bukit Bintang kini dibawah kelolaan Federal Hotels International (FHI).


Sekiranya anda merancang untuk percutian hujung minggu, Hotel Capitol pasti memenuhi keselesaan penginapan anda disamping menu hidangan istimewa dari Restoren Kontiki. Promosi berlangsung sekarang hingga 31 Oktober 2020.

Hotel Capitol Kuala Lumpur
ROOM + BREAKFAST + HI-TEA + BBQ SEAFOOD DINNER
Valid for stay on Friday/Saturday
Promosi hingga 31 Oktober 2020
Single (1 person)
RM 235 nett per Deluxe Room per night
Twin (2 persons)
RM 350 nett per Deluxe Room per night


Maklumat lanjut layari www.fhihotels.comUntuk tempahan, hubungi 603-21489166 ext 2239 atau melalui whatsapp di 60123169279 atau 60123775051./span>

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post