Sebut sahaja Marrybrown, pasti anda sudah terbayang keenakan ayam goreng
dan burgernya. Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak
tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown kini memperkenalkan menu terbaharu
mereka yang bakal memikat citarasa iaitu
MB Mala Fried Chicken! Bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020, menu terbaharu
Marrybrown ini menjamin kepuasan terutama kepada penggemar rasa pedas.
Kak Bell yang meminati hidangan pedas, sudah semestinya menjadi orang
terawal yang ingin mencuba dan merasai rasa MB Mala Fried Chicken
Marrybrown ini. Anda hendak tahu bagaimana rasa ayam terbaru MB ini, jom
baca lebih lanjut.
Hasil Gabungan Lada Sichuan Dan Cili Kering Khas Yang MALA-tup!
Hidangan terbaharu Marrybrown ini merupakan gabungan meletup lada Sichuan
yang diperap dengan cili kering khas yang bakal memberikan pengalaman
gastronomi yang luar biasa! Peminat rasa Mala dapat menikmati kehangatan
berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa
pedas yang memukau!
Menurut Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, inspirasi
utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya dari minat dan rasa
cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil mengikuti trend
ledakan Mala. Ketika menu ini dicipta, Marrybrown berusaha untuk
memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain
untuk citarasa yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan
tidak terlalu kuat.
"Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan - ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian, rakyat Malaysia sentiasa memerlukan rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan! Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua,” kata Dato’ Joshua.
4 Hidangan Menarik Ayam Goreng Mala Marrybrown
Terdapat empat jenis hidangan berbeza yang boleh anda cuba. Bagi
peminat ayam goreng pedas, terdapat dua pilihan kombo iaitu hidangan 2
ketul Ayam Goreng Mala atau 2 ketul Ayam Goreng Mala. Kedua-dua kombo
ini dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad.
Ayam Goreng Mala 2pcs Combo - Harga dari RM 15.90
Ayam Goreng Mala 3pcs Combo -Harga dari RM 18.80
Bagi yang inginkan kepedasan sederhana, ada juga pilihan yang sesuai
untuk menikmati Kombo Bubur Ayam MALA.
Bubur Ayam Mala-tup Combo -Harga dari RM 14.60
Bagi mereka yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala
sepenuhnya, anda semua boleh cuba hidangan Mala Box Meal yang datang
dengan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad, dan gegelang
bawang rangup yang digemari ramai. Set kombo ini juga dihidangkan bersama
kentang goreng Mala yang unik dan merupakan pilihan yang sangat berbaloi!
Setiap hidangan kombo disajikan bersama minuman Coca-Cola yang
menyegarkan.
Mala-tup Box Meal -Harga dari RM 22.60
Ayam Goreng Mala Terbaharu Marrybrown Janjikan Pengalaman Berapi!
Kak Bell telah mencuba keempat-empat menu hidangan Ayam Mala Marrybrown.
Basically kita nak tahu bagaimanakah rasa Ayam Goreng Mala, Burger Ayam,
Bubur Ayam MALA dan jejari kentang Mala. Untuk gigitan pertama, anda semua
belum rasai kepedasannya. Selepas gigitan kedua ketiga, rasa pedasnya akan
datang kemudian. Dah lama sikit makan baru kepedasannya menjelma!
Rasa pedas lada Sichuan dengan cili kering khas yang digunakan memang ada
kelainan rasa dari ayam goreng segera pedas yang lainnya. Memang terasa
sensasi pedasnya pada lidah tetapi Kak Bell masih tahan dengan tahap
kepedasannya. Rasa macam nak mala-tup jugalah tetapi Kak Bell masih boleh
habiskan terus 2 ketul ayam goreng Mala tersebut.
Untuk Bubur Ayam MALA boleh tahan juga pedasnya. Walaupun kepedasan untuk
ayam mala bubur MB ini sederhana, tetap terasa pedasnya dalam perut!
Selepas gaul rata ayam mala bersama dengan bubur, rasa pedas ayam mala
memang sangat ngam dan ada rasa yang unik. Untuk burger ayam biasa sahaja
dan Mala Fries was not bad! Memang sedap. Pada Kak Bell keseluruhan
hidangan Ayam Mala Marrybrown ini sedap dan terbaik! Pasti Kak Bell akan
repeat makan sekali lagi.
Bagi anda semua yang sudah mencuba, bolehlah tinggalkan komen anda samaada
anda suka atau tidak dengan perisa terbaru Ayam Goreng Mala Marrybrwn.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan
penghantaran, sila layari laman sesawang dibawah.
Facebook: https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/marrybrownmy/
Twitter: https://twitter.com/MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV
#Marrybrown #MarrybrownMY #Something different
#Malatup #MBMalaFriedChicken