Naim Daniel Bawa Watak Nakal Dalam Drama Lestary: Lelaki Lingkungan Cinta - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Naim Daniel Bawa Watak Nakal Dalam Drama Lestary: Lelaki Lingkungan Cinta

Trending

Naim Daniel Bawa Watak Nakal Dalam Drama Lestary: Lelaki Lingkungan Cinta

Pelakon dan penyanyi muda, Naim Daniel sememangnya dikenali dengan sifat bertenaga dan nakal selain dari bakat besarnya. Kini Naim bakal tunjukkan sejauh manakah kenalakannya di drama Lestary: Lelaki Lingkungan Cinta yang akan bersiaran bermula 21 Oktober 2020 di TV3. Drama adaptasi novel nukilan Lily Haslina Nasir itu akan bersiaran di TV3 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 9 malam.


Cik B Debut Kali Pertama Dalam Drama

Drama ini juga merupakan ‘debut’ Cik B dalam dunia lakonan, bergandingan dengan Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Ruhainies, Rozita Che Wan, Syazuwan Hassan dan Rozita Che Wan. Drama 13 episod ini diterbitkan oleh Zeel Production di bawah arahan Emi Suffian.


Lestary: Lelaki Lingkungan Cinta ini mengisahkan Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka. Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani).

Kenakalan Naim Daniel Tiada Penghujung

Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu. Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya.

Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya? Dapatkan jawapan persoalan-persoalan ini di Lestary: Lelaki Lingkungan Cinta, setiap hari Rabu hingga Jumaat bermula 21 Oktober 2020, pada pukul 9 malam, di TV3. 

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan juga YouTube, Facebook, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat! Dapatkan maklumat lanjut tentang drama dan program hebat lain TV3 juga di xtra.com.my.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post