Episod 4 The Masked Singer Malaysia dah pun berlalu. Kak Bell sempat
menonton di Astro Go tetapi baru la ni ada masa nak kongsikan 'recap' minggu
keempat. Rancangan nyanyian The Masked Singer Malaysia yang telah
berlangsung di Shah Alam Theatre membawakan 9 orang peserta selebriti untuk
episod ke-4.
Masuk minggu ke-4 juri masih lagi tidak dapat meneka dengan tepat. Kak
Bell pun sama juga. Dalam banyak-banyak juri, tekaan Zizan ke laut sangat.
Macam tak logik tekaannya. Kak Bell pun tak boleh nak hadam klu-klu yang
diberikan setiap minggu. Haha.
Untuk minggu lalu, Kak Bell berpendapat semua peserta menyanyikan lagu
mereka dengan baik, ada peningkatan dan ada juga pada Kak Bell biasa-biasa
sahaja. Peserta wanita sememangnya menunjukkan peningkatan dalam persembahan
mereka dengan membawakan lagu-lagu yang lebih mencabar. Pilihan Kak Bel
untuk peserta wanita adalah Rajah Brooke dan Wau.
Peserta lelaki juga kebanyakkan ok, tetapi nampak penurunan untuk Orang
Utan yang semakin boring tidak seperti di awal episod The Masked Singer
Malaysia. Untuk Reno dan Ayam Jantan memang best sebab membawakan lagu yang
susah. Bagi peserta lelaki Kak Bell pilih Reno dan Ayam Jantan (yang
diyakini adalah Hairul Azreen) yang menyanyikan lagu Farhana/Jinbara dengan
wow! Bukan senang nak menjerit di bahagian akhir lagu tersebut
kan.
Musang King Tersingkir Di Minggu Ke-4
Minggu keempat menyaksikan Rajah Brooke mengungguli di tempat pertama
dengan dendangan lagu Sumpah nyanyian asal Aina Abdul. Memang dari awal
Rajah Brooke jadi pilihan Kak Bell. Episod kali ini, baju Rajah Brooke
cantik sangat.
Akhirnya, 3 peserta yang berada di kedudukan terbawah adalah Orang Utan,
Bunga Raya dan Musang King. Kak Bell menjangkakan Orang Utan akan berada di
'bottom three' dan tak sangka untuk markah Wau hanya di tempat ke-5.
Musang King yang dipakai oleh penyanyi dan pelakon Zain Ruffedge terpaksa
akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Situasi dendangan
asal kumpulan Bunkface sekaligus tersingkir pada minggu keempat. Zain Hamid
yang biasa dalam genre (R&B) telah menukar cara nyanyiannya setiap
minggu. Memang tak dapat nak agak.
Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang
diperolehi pada konsert minggu keempat.
#2 Reno (Sedang Ingin Bercinta/Dewa 19) : 91.00%
#3 Ayam Jantan (Farhana/Jinbara) : 89.00%
#4 Enggang (Jampi/Hael Husaini) : 87.00%
#5 Wau (Kesal/Ella) : 87.00%
#6 Rafflesia (Sayang/Via Vallen) : 86.00%
#7 Orang Utan (Joget Angan Tak Sudah/Jay Jay) : 85.00%
#8 Bunga Raya (Perhaps/The Pussycat Dolls) : 80.0%
#9 Musang King (Situasi/Bunkface) : 67.00%
Klu yang diberikan untuk Musang King adalah buah durian yang
menggambarkan bakat Zain Hamid sebagai penyanyi dan pelakon. Apa pendapat
korang tentang klu yang diberikan, Kak Bell cuma agak dia ada jual produk
dari durian ajelah. Noob sangat kan.
Jom saksikan episod seterusnya untuk mengetahui siapa yang akan
tersingkir di The Masked Singer Malaysia Ep. 5. Nasib baik ada aplikasi
Astro GO untuk Kak Bell tonton.
Kredit:
Astro dan Astro Gempak